MTHE | 42

11.1K 410 0
                                    

RUMAH yang besar didiami oleh dia dan ibunya terlihat seperti biasa walaupun sudah dua tahun ditinggalkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RUMAH yang besar didiami oleh dia dan ibunya terlihat seperti biasa walaupun sudah dua tahun ditinggalkan. Sempat lelaki itu tertanya-tanya, tidak pernahkah Hanim menjejakkan kaki ke dalam rumah itu?

"Im tak penat ke?" Soal Datin Aulia sebaik meletakkan beg tangannya di atas sofa. Wangian rumah itu sudah jelas dipenuhi dengan wangian maskulin anak lelakinya.

"Kalau mama penat, mama berehatlah." Arah Naim. Perjalanan mereka dari Itali bukannya jauh. Sudah tentu lelah.

"Kejap lagi. Mama nak kemas mana yang mampu. Im pun jangan paksa diri, kalau nak jumpa Hanim. Esok boleh jumpa, sekarang dah tengah malam." Kali ini giliran Datin Aulia memujuk hati anak lelakinya.

Sejak di Itali lagi, dia tahu bagaimana lelaki itu merindukan Hanim. Lagi kasihan apabila bekas suaminya tergamak menyekat pergerakan Naim sehingga terjerat selama dua tahun.

"Tahu.."

"Mana lah tahu rindu sangat sampai tak boleh menyabar." Sempat Datin Aulia bergurau. Wanita itu tertawa kecil bersama anak lelakinya. Ibu mana yang tak sedih bila tengok anak sedih? Cukuplah pernah bersedih disebabkan Amaya.

"Ma.."

"Ya.. Ya.. Takyah marah mama. Lagi satu, mama dengar Im start kerja esok. Tak ke terlalu tergesa-gesa? Lagipun kita baru balik.. Tak penat?" Ujar Datin Aulia. Entah tenaga apa yang anaknya ada sehingga dia sendiri menggelengkan kepala.

Mendengar kata-kata ibunya, giliran Naim pula menggelengkan kepala itu. "Esok cuma tengok je. Belum start apa-apa lagi, lagipun Pak Long tak minta Im buat apa-apa dulu."

Sudah sedia maklum, Datin Aulia berasal daripada keluarga berada. Sudah tentu mempunyai syarikat sendiri. Tetapi syarikat ini dipegang oleh Dato Taqeem yang merupakan abang kepada Datin Aulia. Keluarga mereka sederhana tetapi mereka juga takkan lari daripada konflik keluarga.

Sejak Datin Aulia bernikah dengan seorang lelaki berasal Itali, mereka semua memandang Datin Aulia seperti penjahat. Tetapi hanya Dato Taqeem yang mengambil berat terhadap mereka.

"Oh yeke. Baguslah. Mama ingat dia nak dera kamu."

Naim tergelak.

"Ma.. Im bukan kecil lagi. Badan macam ni mama masih nak pertikaikan kekuatan Im?" Lagaknya. Mentang-mentang sudah ada tubuh yang sasa dan tinggi. Berlagaknya bukan main lagi.

"Di mata mama, Im tetap anak kecil."

Naim pasrah. Setua mana pun dia, memang dia akan terlihat kecil di hadapan Datin Aulia. Itulah seorang ibu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now