MTHE | 35

11.8K 385 0
                                    

TUBUHNYA terasa begitu lemah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TUBUHNYA terasa begitu lemah. Selesai sahaja meluangkan waktu bersama Efzan, tubuh itu terkulai lemah dengan bersandar pada kerusi itu. Nafas dihela sambil memejamkan matanya.

"Okey ke?" Soal Efzan tika menyedari keadaan Dara berbeza jika nak dibandingkan dengan tadi.

"Hah? Okey.." Kepala dianggukkan saja walaupun rasa perit di kepala mulai terasa.

"Betul ni? Kalau tak kita pergi klinik balik." Ujarnya bersama nada penuh kerisauan. Wajah pucat macam itu, ingat dia kejam sangatkah nak biarkan Dara menahan rasa sakit?

"Tak payahlah."

"Masalahnya abang tengok Dara macam ni, abang risau je kalau Dara tiba-tiba pengsan ke, apa ke.."

Dara tetap melakar senyum tawar, nafas dihela panjang sebelum dia menatap wajah tampan di sampingnya yang sudah memandangnya dengan pelbagai pandangan.

"Dara cuma penat je.." Lemah dia menjawab.

"Kalau macam tu abang bawak Dara balik. Berehat dekat rumah, jangan pergi mana-mana. Better duduk dalam rumah." Tegas Efzan. Serius wajahnya ketika itu. Melihat tingkah Efzan, jiwa Dara sedikit terusik.

Dia tahu Efzan risau terhadap dirinya.

Sempat Dara mempamerkan senyum manisnya. Perlahan-lahan kepala diangguk.

"Okeylah." Jawabnya penuh pasrah. Kalau tak sebab Efzan, mungkin kepalanya masih sekeras keras batu taknak balik.

Mendengar jawapan itu, Efzan menghela nafas lega. Kereta yang dipandu akhirnya meluncur pergi dari kawasan tersebut. Dara kekal diam membisu memikirkan kesihatannya.

Andailah Efzan tahu, adakah lelaki itu akan mengambil berat tentangnya?

"Efzan.." Bukan panggilan 'abang' yang selalu digunakan tetapi nama lelaki itu. Angkara terkejut, Efzan laju berpaling memandang Dara disamping.

"Apa dia?" Sebelah keningnya terjungkit sedikit.

"Hm, tak adalah." Dia menggeleng laju. Kembali melontarkan pandangan di luar jendela sambil menatap kereta Perodua Bezza hitam yang berada di hadapan mereka.

"Apa Dara? Cakap je kalau nak cakap sesuatu." Ujar Efzan. Jujur dia merasakan ada sesuatu Dara sembunyikan daripadanya.

Namun begitu, Dara tetap ingin menggelengkan kepala itu. Tidak mahu memberitahu. Terlalu banyak alasan untuk memberitahu kebenaran. Salah satunya adalah perpisahan. Dia tidak mahu perpisahan berlaku.

"Tak ada." Dara tersenyum paksa. Jari jemarinya sempat menguis hujung blaus yang dikenakan pada tubuh itu.

"Betul ni?"

Dara angguk sekali lagi. Sebaik sahaja Dara memberikan jawapan, Efzan hanya mendiamkan diri. Kalau gadis itu berkeras tidak mahu memberitahunya, buat apa dia nak paksa.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now