MTHE | 6

24.4K 1.1K 25
                                    

BANG! bang!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BANG! bang!

Bunyi tembakan membuatkan Hanim tersentak. Suara jeritan seiring dengan bunyi tembakan mula bergema dalam segenap ruangan hospital itu.

"Dokter!" Suara menyeru gelarannya bersama bunyi derapan kaki yang begitu kuat menghampirinya telah memancing Hanim. Laju kepalanya ditolehkan ke arah Zariff.

"Apa yang jadi?!"

"Salah satu pesakit dari ruang kecemasan ada bawak senjata api. Saya tak tahu dari mana dia dapat.."

"So?! Macam mana pesakit lain?!" Hanim meninggikan nada suaranya. Raut wajah berubah serius apabila melibatkan pesakitnya. Lebih-lebih hal seperti ini lebih baik dijauhkan kepada kanak-kanak.

"Untuk setakat ni takda, tapi dokter Efzan sedang cuba tenangkan pesakit tu. Kandungan dadah dan alkohol dalam darah pesakit tu tinggi, jadi kami syak dia penagih.."

"Kalau penagih, dari mana dia dapat senjata tu?" Berubah terus nada suara gadis itu. Hati semakin tidak tenteram, tanpa aba-aba langkah cuba dibuka laju. Namun belum setapak, pergelangan tangannya yang berlapik dengan hujung lengan baju itu disambar laju.

"Kau nak pergi mana?"

"Emergency ward, keadaan genting macam ni. Saya tak boleh biarkan Efzan buat sendiri.." Tuturnya begitu serius. Saat itu, detik itu, Naim melihat sendiri betapa seriusnya Hanim Eriana.

"Kau nak pergi sorang?" Soal Naim dengan nadanya sedikit keras dan tegas.

"Saya kena pergi, Naim.." Pegangan itu sedaya upaya dileraikan. Saat pegangan Naim dileraikan, Hanim sudah tidak mengendahkan lelaki tersebut. Dalam fikirannya hanya melibatkan pesakit hospital.

Ya, itulah tugasnya sebagai seorang dokter. Bukan setakat merawat, tetapi melindungi pesakit yang berada di bawah perlindungan pihak hospital.

Melihat tindakan Hanim yang begitu berani, Naim laju menggelengkan kepalanya. Kaki turut dihayun pantas mengejar tubuh Hanim yang sudah semakin menjauh.

 Kaki turut dihayun pantas mengejar tubuh Hanim yang sudah semakin menjauh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TOLONG letak senjata tu ke bawah. Ini hospital, bukannya medan peperangan. Kalau Encik bertindak seperti ini, pihak hospital tidak akan berdiam diri.." Suara serak seorang lelaki begitu lantang dan memenuhi ruangan tersebut menjadi tumpuan orang lain.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now