MTHE | 12

12.9K 478 9
                                    

"HAI Hanim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HAI Hanim.."

"Ya hai.." Sapaan itu dibalas. Senyuman manis pantas terukir apabila menyedari keberadaan Efzan. Tampan lelaki itu apabila mengenakan baju berwarna putih. Baru selesai melakukan pembedahan agaknya.

"Baru habis ke?"

"Ya, baru je habis operate seorang patient.. Malam ni ada lagi, this week, schedule I pack sangat sampai nak borak dengan you pun susah.." Kata Efzan. Saat itu, Hanim cuma tersenyum kemudiannya menganggukkan kepala. Ya, dia tidak nafikan pun kerjaya Efzan sebenarnya.

Menjadi general surgeon bertahun-tahun. Malah lelaki itu merupakan seniornya. Pasti sudah mempunyai banyak pengalaman. Bukan itu sahaja, Efzan juga sudah memegang sijil PhD. Semestinya bahagian kedoktoran.

"Ouh yakah.. Nampak sangat you busy, anyway, goodluck for you. Kalau you ada masa sikit, mana tahu I boleh belanja you makan?"

Efzan tertawa kecil. "Kalau you nak ajak I makan, I rasa sekarang ni pun boleh. Lagipun you takda apa-apa kan?"

"I memang takda apa-apa.. Tapi you tu, you kan selalu sangat dicari oleh nurse lain. Alah, maklumlah doktor paling hebat kononnya" Perli gadis muda tersebut.

Hampir meletus tawa Efzan saat gadis itu sempat memerlinya. Namun, langsung tidak membekas dalam hati. Malah, dia semakin suka.

"You pulak selalu jadi tumpuan orang lain. Yalah, maklumlah doktor paling cantik kan?"

Hanim tertawa. Cantik? Syukur Alhamdulilah ke atas kurniaan Allah SWT yang membentuk dirinya seperti ini.

"Thanks to My Allah.."

"Of course, kalau buat bini lagi bagus, kan?" Katanya penuh bersahaja. Namun disebalik itu, Hanim tahu ada makna tersirat.

Efzan bukanlah lelaki yang mudah memberikan kata-kata manis. Melihat cara perlakuan lelaki itu sudah cukup meyakinkan Hanim bahawa lelaki itu sudah lama menaruh perasaan terhadapnya.

"You jangan mengada-ngada. I kalau jadi bini orang, boleh jadi gangster terus.."

"Manalah tahu, kalau you ada di tangan I.. You jadi lembut, selembut-lembut bunga dandelion.." Dia ukir senyuman. Terlihat manis. Ya, itulah tarikan Syed Efzan Hafizi.

Manis. Tetapi tegas.

"Abang!" Belum sempat Hanim membalas kata-kata Efzan. Pantas satu suara menyampuk perbualan mereka. Kedua-dua ekor mata itu langsung mengalihkan pandangan ke arah si pemilik suara.

"Dara?"

Seorang gadis ayu yang dinamakan Dara tersebut mula bergerak menghampiri mereka. Terpaku Hanim sementara melihat penampilan gadis itu, simple, ayu dan tidak terlalu menonjol. Manis sungguh orangnya.

"Apa Dara buat dekat sini?" Efzan melontarkan ayatnya kepada gadis muda itu. Di hadapan Hanim.

"Dara nak jumpa abang .."

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now