MTHE | 17

12.2K 471 1
                                    

BUNYI tapak kaki memecahkan keheningan suasana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI tapak kaki memecahkan keheningan suasana. Belalang yang melompat kesana kesini cuba dikejar dengan kakinya yang kecil. Rambut comel diikat dua dengan reben merah yang menghiasi rambut si kecil yang berwarna sedikit keperangan.

"Jangan lari." Mulutnya berbisik. Fokus sungguh cuba menangkap belalang di kawasan semak. Perlahan lahan kakinya dihayun, menjengket kerana tidak mahu belalang itu lari.

"Tangka--"

"Hanim!"

Suara lantang melaungkan namanya membuatkan Hanim terkejut. Dada diusap lembut. Pantas kepalanya menoleh memandang kelibat manusia yang hampir membuatnya maut.

"Abang Im! Jangan main sergah macam tu, sakit tau tak!" Jerit Hanim begitu kuat. Ingat tak sakit ke dada bila terkejut?

"Kau nak pergi mana? Ni dah petang, kalau bonda tau kau pergi sini. Apa kau nak jawab?" Ujar budak lelaki tersebut. Ini kalau ditiup angin ribut, boleh jadi Naim terbang di bawa angin. Tubuhnya yang kecil itu selalu menjadi bahan ketawa orang lain.

"Kejap lagi. Jangan bagi tahu bonda. Sshhh." Jari telunjuk didekatkan dengan bibir.

Mahu menggeleng kepala Naim memerhati kelakuan budak perempuan di hadapannya.

"Comot, jangan cari pasal boleh tak."

"Dah banyak kali Hanim kata! Jan-Jangan panggil comot!" Tangan naik mencekak pinggang. Bibir dimuncungkan ke hadapan. Tanda sedang marah.

"Tengoklah baju kau. Kotor. Comot." Kata budak lelaki itu lagi. Nada suaranya kedengaran seperti mengejek. Baju Hanim yang sudah kotor akibat tanah yang lecak dipandang sekilas.

"Tak baik cakap macam tu."

"Apa yang tak baik? Lagi bagus kau main dengan abang-abang kau kat sana." Wajah itu selalu mendatar. Memang suka sangat mengajaknya bergaduh.

"Taknak! Mereka tu tak habis-habis main bola! Bola! Bola! Tak ada siapa nak main masak-masak dengan Hanim." Tangan menyilang seakan akan memeluk tubuh itu. Merajuk.

Naim menghembuskan nafas panjang. Sekali lagi kepalanya digelengkan. Letih betul mahu melayan budak seorang ini.

"Kau nak apa?"

"Abang Im boleh tangkapkan belalang?" Bibirnya naik mengoyakkan senyuman lebar.

"Belalang?"

Gadis kecil tersebut menganggukkan kepalanya. Mata itu sudah bergerak - gerak mencari kelibat belalang. Belalang mana kau?

"Cepatlah! Tu hah dia dah lompat! Tangkap!" Hanim seperti dalam dunianya sendiri. Tanpa menghiraukan apa - apa, kaki berlari cuba menangkap belalang.

"Hanim."

"Ya?" Sebaik saja namanya dipanggil, kepala ditoleh ke arah Naim.

"Aku dah dapat satu." Bersama wajahnya yang datar. Dia tunjukkan belalang yang berada dalam genggamannya. Hanim terus memancarkan wajah penuh dengan senyuman lebar.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now