MTHE | 40

12K 412 0
                                    

DUA tahun kemudian,

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUA tahun kemudian,

"Doktor Hanim!"

Laungan yang kuat dan bergema dalam segenap ruangan lobi hospital. Senyuman Hanim terhias apabila melihat anak buahnya yang kacak dan segak itu sedang berjalan ke arahnya.

"Eh? Asal budak bujang ni datang sini?" Soal Hanim sambil memaut leher Hazriq. Cepat sangat meninggi. Kuat betul genetik Haziq dalam tubuh anak buahnya.

"Saja melawat. Lagipun bawa Tok Mi tu hah, beria sangat nak jumpa Mommy su. Rindu lah tu agaknya." Seloroh budak lelaki itu. Hanim tersengih memerhati gelagat Hazriq. Comel aje walaupun umur meningkat.

"Biasalah kan. Mommy su ni anak kesayangan dia sebab itu dia rindu.." Lagaknya bersertakan dengan tawa.

Hazriq jegilkan mata keatas.

"Perasan betul Mommy su ni." Kepala digeleng perlahan. Kadangkala letih juga dia melayan perangai ibu saudaranya. Budak-budak sangat.

"Okey, gurau aje pun. Ni dah makan ke? Mana Tok Mi?"

Mata mula melilau melihat sekeliling. Tercari-cari sosok tubuh ibunya, Tengku Nina pun satu masih gagah mahu melawat dia di rumah sakit selepas kejadian dua tahun yang lepas.

"Eh? Mana dia? Tadi ada aje, ni tiba-tiba dah tak ada. Hilang pulak." Hazriq turut mengerutkan dahi. Hairan bila Tok Minya hilang tanpa jejak.

"Hm, Tok Mi pergi toilet kut. Nanti kita call dia, ni Hazriq nak makan apa?" Ajaknya. Sekali lagi leher budak itu dipaut lembut. Agaknya orang yang tak kenal mereka akan sangka mereka adik beradik.

"Tak tahu. Nak makan pizza?"

"Asyik pizza aje. Lain lagilah.."

Hazriq mengeluh. Ini lah perempuan, kalau cakap nak itu, dia nak ini pula.

"Mana-mana ajelah. Makanan juga kan, masuk dalam perut." Ujarnya selamba. Hanim sedikit terpaku dengan tutur kata Hazriq.

Nampak dewasa betul.

"Anak siapalah ni." Hanim berbisik sendirian. Kadangkala dia sendiri tak sangka yang Adelia akan melahirkan seorang anak lelaki seperti Hazriq.

"Anak mommy dan daddy."

Hanim angguk kepala. Tahu pun!

"Hm, kita makan dekat Secret Recipe. Mommy su belanja. Dah lama tak makan kan?" Ajak Hanim lagi. Kali ini dia membayangkan Secret Recipe. Terutama kek Red Velvet yang menjadi kegemarannya.

"Boleh! Boleh!" Hazriq mengangguk teruja. Jangan kata senyuman pun bukan main lebar sehingga menyentuh cuping telinganya. Suka.

"Sebelum tu, Hazriq tunggu dekat sini. Mommy su nak naik sekejap, nak ambil handbag." Tubuh kecil itu lantas didudukkan di atas kerusi. Hanim meminta Hazriq menunggunya. Jam tangan sempat dikerling sebelum dia membuka langkahnya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now