MTHE | 56

11.9K 387 0
                                    

BOLA mata wanita itu bagaikan hendak terkeluar dari tempatnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BOLA mata wanita itu bagaikan hendak terkeluar dari tempatnya. Tubuh terus kaku mendengarkan ayat yang baru sahaja dilontarkan oleh Hanim. Tidak percaya.

"Hanim, ni bukan benda main-main."

"Hanim tahu. Tapi tak salah kalau kita mencuba." Hanim melakarkan senyuman tipis. Wajahnya seakan akan tenang dan tidak berasa takut dengan apa yang terjadi.

"Kalau Dara tahu, Dara pasti tak benarkan Hanim buat semua ni." Kepala Puan Aminah menggeleng lebih laju.

"Jangan bagitahu Dara."

"Naim dah tahu?"

Hanim senyum lagi. Tetapi kali ini dengan gelengan kepala.

"Naim berhak tahu. Ini dah dekat dengan soal hidup dan mati. Aunty tak boleh buat keputusan bila melibatkan nyawa orang lain, Hanim. Kena buat keputusan yang betul-betul." Bukan Hanim sahaja dilema tetapi Puan Aminah turut dilema.

Gembira bila mendengar Hanim mahu menjadi penderma untuk Dara tetapi tetap sahaja ini soal kehidupan orang lain. Dia tidak boleh mementingkan diri sendiri.

"Hanim akan cuba untuk bagitahu semua."

"Tapi Hanim.." Puan Aminah terdiam sejenak sebelum menyambung semula ayatnya. Berat hati wanita itu mahu menerima pemberian Hanim.

"Kamu ada masalah jantung, boleh ke?" Sambungnya.

Ketika mendengarkan kata-kata itu, Hanim terus tertunduk sepi. Lama juga dia mendiamkan diri sebelum menjawab persoalan daripada Puan Aminah.

"Boleh. Tapi risiko terlalu tinggi dan kemungkinan pemindahan organ ini dikategorikan dalam special case yang mana memerlukan pemeriksaan yang mendalam."

Puan Aminah sekali lagi bungkam. Kehilangan kata-kata. Tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan walaupun dia tahu jawapannya.

"Tolong fikirkan baik-baik, Hanim. Aunty taknak disebabkan ini, ada nyawa yang ikut melayang."

"Hanim dah fikir masak-masak, aunty. Kalau dengan cara ni Hanim boleh bantu Dara untuk teruskan hidup." Hati gadis itu terlalu lembut untuk Puan Aminah sentuh. Siapa sangka gadis yang menjadi sahabat untuk anaknya walaupun pertemuan singkat ini mempunyai hati yang mulia.

"Berbincang dulu dengan keluarga. Hanim kena ingat nyawa Hanim bukan untuk Hanim seorang tapi keluarga Hanim." Pesan wanita itu. Masih ramai yang masih sayangkan gadis itu. Takkan hanya disebabkan nyawa anaknya, dia terpaksa mempertaruhkan nyawa anak orang lain.

Sungguh, Puan Aminah tidak mahu menjadi orang yang kejam.

Sungguh, Puan Aminah tidak mahu menjadi orang yang kejam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now