MTHE | 46

11.4K 409 0
                                    

"ERIANA , just Eriana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ERIANA , just Eriana."

Tubuh yang tinggi itu dihempas di atas katil. Masih lagi membayangkan nama gadis itu. Kenapa perlu ramai-ramai gadis yang ditemuinya, kenapa perlu ada gadis yang mengingatkan dirinya kepada Hanim?

Wajah itu diraup kasar sebelum menghembus nafas kasar. Semakin tidak lena tidurnya tatkala membayangkan gadis itu. Berkeras dia mengusir, sungguh hanya ada isterinya dalam hati.

Dua tahun begitu pantas berlalu. Dia bukan hanya dibenci oleh Hanim tapi juga dibenci oleh keluarga gadis itu. Kemalangan yang berlaku dua tahun yang lepas sudah tentu buatkan dirinya terus dibenci.

Malahan keadaan gadis itu pun dia tidak ketahui sama sekali.

"Kenapa susah untuk aku lepaskan kau?" Ujar lelaki itu. Berbisik dan berbicara dengan siling. Jika orang mengatakan dia gila, memang dia gila kerana masih dihantui bayang isterinya.

Croissant yang dibeli tadi diletakkan di atas meja. Walaupun perkara kecil tapi dia ingat semua apa yang Hanim sukakan.

Terutamanya croissant.

"Jom cari croissant kau!"

Dia masih ingat laungan Farisha tadi. Detik itu seakan akan membuatkan lelaki itu semakin merindukan sosok seorang gadis yang ceria dan sentiasa mengusik diri itu. Bahkan kalau marah sekalipun, tetap terlihat comel di hadapannya.

"Aku rindukan belahan hati aku."

Luahnya satu persatu perkataan tersebut. Gadis itu lari membawa hatinya, bahkan walau mereka menjauh. Dia tetap tidak dapat melupakan gadis yang sudah terikat dengannya. Bukan sebagai sesiapa tetapi sebagai belahan jiwanya.

 Bukan sebagai sesiapa tetapi sebagai belahan jiwanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HARI ni hospital akan terima pengarah baru."

Semua membulatkan mata apabila terkejut mendengar berita yang tidak pernah disangka-sangka selama ini.

"Maksudnya?" Soal Basyirah sambil mengerutkan dahi. Masih tidak faham. Tak ada pun desas desus yang mengatakan bahawa hospital itu dijual kepada orang lain.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now