JEJAK sahaja kaki masuk ke dalam bilik, sekujur tubuh sudah terbaring lena di atas sofa. Dahi si lelaki berkerut tatkala memandang isterinya berbaring tanpa berselimut. Walau suhu penghawa dingin begitu sejuk sehingga menusuk ke dalam kulit. Hanim masih lena dengan tidurnya.
Perlahan-lahan langkah diatur mendekati tubuh kecil itu. Sempat dia rapikan baju jersey itu sebelum mencempung tubuh isterinya.
Hanim masih dibuai dengan mimpi lena.
"Urm.." Suara mamai kedengaran. Tanpa sedar, Hanim melilitkan lengannya pada bahagian leher lelaki itu lalu membenamkan kepala di celah leher suaminya.
"Ssshhhh..."
Naim sedaya upaya tidak menganggu lena Hanim. Tubuh yang dicempung perlahan-lahan direbahkan di atas katil yang empuk.
"Mana aiskrim saya?" Bersama keadaan yang masih lagi mamai, Hanim mulai mencari aiskrim yang kononnya diminta tadi. Tidak semena-mena Naim mengukirkan senyuman. Dah mengantuk pun masih memikirkan aiskrimnya.
"Abang ada beli. Dah letak dekat peti sejuk." Beritahunya dengan begitu lembut.
"Kenapa letak kat sana, nanti umi makan." Hanim menunjukkan riak wajah cemberut. Takut aiskrimnya habis dimakan oleh orang lain. Terutama sekali Hazriq.
"Tak. Umi tak makan, sayang. Abang dah bagitahu dengan umi awal-awal."
Kepala diangguk faham. Hanim kembali memejamkan mata. Masih berasa mengantuk. Berat sungguh kelopak matanya mahu terbuka.
Tidak sampai dua minit, Hanim kembali diulit mimpi. Naim hanya tersengih melihat gelagat comel isterinya. Hilang rasa lelah walaupun pelbagai benda yang terjadi buatkannya tidak senang.
Perlahan-lahan comforter ditarik sehingga ke paras dada. Bibir berlabuh lembut di atas dahi gadis itu. Sempat dia membisikkan selawat di telinga isterinya. Cuba memberikan ketenangan.
"Naim...." Hanim terjaga. Kelopak mata perlahan lahan dicelik. Mata digosok cuba menghilangkan rasa mengantuk.
"Hm?" Sahutnya kembali. Halus.
"Saya nak peluk." Hanim mendepakan tangannya seperti gaya anak kecil. Lantas, Naim tersengih melihat tingkah gadis itu.
"Abang belum mandi."
"Tak payah mandi."
"Hanim, abang tengah bau peluh ni."
"Biarlah."
Semakin hairan Naim dengan perangai Hanim. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba mahu dipeluk walaupun tubuhnya sudah melekit disebabkan peluh.
"Bagi abang mandi dulu." Pujuk Naim. Nada suaranya yang selalu sahaja berkasar dengan Hanim tidak ada lagi. Yang ada, hanya nada suara yang begitu halus dan lembut.
"Esok pagi je mandi." Lengan sasa lelaki itu sudah ditarik begitu kasar. Mahu tidak mahu, Naim terpaksa melabuhkan tubuh itu di atas katil dengan keadaan belum mandi. Hanim pula sibuk memeluk tubuh tegap dan tinggi itu.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed