MTHE | 57

11.4K 402 3
                                    

SELURUH tubuhnya berketar begitu kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELURUH tubuhnya berketar begitu kuat. Melihat tubuh Puan Aminah sudah jatuh tersungkur di atas lantai sambil ditahan oleh suami wanita itu, tangisan semakin kuat.

"Da-Dara..." Hanim mengetap bibirnya dengan rapat. Iris mata sempat memandang wajah suaminya.

Naim kelihatan bingung saat melihat Puan Aminah.

"Puan..." Seorang doktor keluar dari ruangan wad sambil tergesa-gesa. Bunyi mesin sejak tadi hanya kedengaran membuatkan semua panik.

"Kami perlukan penderma dengan segera. Tahap kesihatan Cik Dara semakin memburuk. Mungkin mana-mana ahli keluarga boleh jadi penderma." Ujar doktor tersebut. Saat-saat genting ini hanya orang terdekat yang boleh dijadikan sebagai penderma untuk memudahkan segala urusan.

Sejenak kemudian, Hanim meneguk air liur payah. Berkali-kali juga dia memandang suaminya. Sehinggalah..

"Saya nak jadi penderma."

"Hanim!" Suara Naim menyentuh gegendang telinga. Dia sudah agak.

Sesaat kemudian, Puan Aminah memandang pasangan itu. Entah sama ada terdesak ataupun tidak. Sungguh hati seorang ibu itu mahukan bantuan sesiapapun.

"Puan betul-betul nak jadi?" Tanya doktor itu lagi. Serius.

"Saya nak. Tapi saya perlukan pemeriksaan terlebih dahulu, kan?"

Doktor tersebut menganggukkan kepalanya. "Ya, kita perlu lakukan pemeriksaan sama ada pemindahan organ tu boleh dilaksanakan ataupun tidak. Kita akan tetap ikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak hospital."

"Saya nak."

"Boleh, Puan boleh ikut saya untuk pemeriksaan lanjut." Panggil doktor tersebut sebelum melanjutkan langkahnya ke tempat lain. Saat Hanim ingin mengikuti jejak doktor itu, pergelangan tangannya bagai disambar oleh satu tangan yang begitu erat mencengkam.

"Abang nak cakap sesuatu." Tegas. Naim menunjukkan riak wajah yang begitu serius dan mampu membuatkan orang lain berasa gerun. Termasuk dirinya juga.

"Naim, kita cakap nanti."

"Sekarang." Balas suaminya. Hanim menelan air liur kelat berkali-kali. Sah, Naim sudah menahan perasaan amarah.

"Naim, saya taknak bergaduh. Kita cakap lepas ni ya." Pujuknya. Tangan lelaki itu ditepis lembut. Memang dia degil. Memang dia pentingkan diri. Tapi tak salah kalau mencuba demi kebaikan.

Mahu tidak mahu, Naim terpaksa melepaskan gadis itu. Walaupun hati terasa panas dek kerana marah dengan kelakuan Hanim yang suka melakukan keputusan tanpa memikirkan orang lain. Dia tetap tidak mahu menimbulkan perbalahan.

Belakang tubuh gadis itu dipandang daripada jauh.

"Naim.." Suara memanggil nama itu buatkan Naim memalingkan wajah. Figura tubuh seorang wanita yang amat dikenali jelas terpampang di hadapan.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now