"TAK apa." Balas Farisha tatkala menyedari kehadiran lelaki itu. Wajah tampan dengan kening yang tersusun rapi, bibir merah menandakan lelaki itu sama sekali tidak merokok, mempunyai bentuk rahang yang tajam dan menawan. Tak dinafikan lelaki itu memang kacak.
Sementara, Hanim diam membisu. Tak mengeluarkan sepatah perkataan dari mulut itu. Namun, pandangannya sukar untuk dilepaskan daripada menatap wajah lelaki di hadapannya.
"Maaf encik, boleh saya tahu nama? Setahu saya Dato Taqeem tak bagitahu pun yang dia hantar orang lain untuk perjumpaan ni." Hanya Farisha yang menjawab. Kalau begitu, lebih baik Hanim tak ikut serta.
Jauh di sudut hati gadis itu, perasaan sembilu mula terasa. Dia ingatkan Naim akan mengenalinya dengan wajah yang baru ini. Benar, jangan terlalu berharap Hanim..
"Naim Faeeq, anak saudara Dato Taqeem. I thought he already told you about this." Nada suaranya kedengaran agak dingin. Sama seperti dulu.
"No, saya tak tahu apa-apa. By the way, saya Farisha, saya wakil Doktor Nazri. Saya minta maaf kalau saya terlambat." Ucap gadis itu lagi. Makin bergetar tubuhnya kerana aura yang dipancarkan oleh lelaki itu.
Tidak lama kemudian, anak mata lelaki itu bergerak memandang Hanim.
"You?" Soal lelaki itu. Dia merenung wajah Hanim tanpa mengenali siapa gadis di hadapannya. Wajah ayu dan terlihat manis cuma dipandang dingin.
Pada masa yang sama, pelbagai perasaan mula menyerbu dalam dada gadis itu. Apa yang dia harapkan? Apa yang dia inginkan sebenarnya? Lelaki itu memang tidak mengenalinya.
"E-Eriana." Ringkas dia menjawab.
Saat mendengar sebaris nama yang jelas keluar dari mulut gadis itu. Naim mulai membayangkan wajah isterinya. Tengku Hanim Eriana.
Nama yang sama tapi dia yakin gadis itu bukanlah isterinya.
"Nice name." Kepala diangguk perlahan tanpa riak.
Hati bagai dicarik dengan begitu kasar. Hanim senyum tipis cuba menutup rasa sedih. Mana mungkin Naim akan mengenalinya dengan wajah baru ini. Dia bukanlah Hanim yang lelaki itu kenali.
"Dah alang-alang kita ada dekat sini, better kita bincang pasal ni." Ujar Farisha setelah merasakan suasana pertemuan ini terasa dingin dan janggal.
"Sha, I nak pergi toilet kejap." Lembut nada suara Hanim ketika itu. Jelas suara gadis tersebut menyergah dalam halwa telinga si lelaki membuatkan jantung Naim berdetak laju.
Suara itu.
"Sekarang? O-Oh okey.." Farisha mengangguk terpaksa. Takkan dia mahu menghalang Hanim ke tandas kalau ada lelaki itu di hadapannya. Tak pasal-pasal dia kena cop penjahat!
Hanim senyum tipis. Saat ekor mata beralih memandang wajah yang dirindukan itu, Hanim hanya menatap dengan tatapan penuh kesakitan.
'Dia takkan kenal kau, Hanim' getusnya sendirian. Berharap lelaki itu bakal memeluknya, tapi itu cuma mimpi. Mimpi yang sangat dia idamkan sejak dulu lagi.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed