WAJAH tampan itu dipandang penuh teliti. Sukar untuk melepaskan pandangan itu apabila Naim yang dulunya menjadi cinta pertamanya kini sudah bergelar sebagai suami. Halal untuk dia sentuh dan halal juga untuk dia melakukan apa - apa saja.
Jari jemarinya yang runcing menjamah seluruh inci wajah tampan itu. Kalau nak kata ada muka seperti seorang model pun ada juga, tapi lelaki itu memang dingin. Sedingin apapun dia, Hanim tetap menyukainya.
"Dah puas sentuh muka aku?" Suara itu tiba - tiba terdengar oleh Hanim. Dengan keadaan mata lelaki itu masih terpejam, Hanim kaku ditempatnya.
Berpura pura tidur rupanya! Perlahan - lahan Naim celikkan matanya. Tangan tidak segan lagi melingkar pada bahagian tubuh isterinya sebelum dahi gadis itu dikucup penuh hangat.
"Naim?"
"Hm?" Hampir gugur jantungnya. Suara serak basah itu benar - benar membuatkan imannya naik turun.
"Bila kita balik Malaysia? Saya rindu umi dengan abi." Nada suara Hanim lembut merintih kerinduannya terhadap Tengku Raihan dan Tengku Nina yang masih berada di Malaysia.
Mengenai keadaannya ini pun, Naim terpaksa menutup mulut kerana takut Tengku Nina menjadi lebih risau. Belum lagi Tengku Raihan dan juga abang - abang gadis itu. Silap-silap dia yang kena terajang.
"Kerja aku belum selesai lagi dekat sini."
"Kerja? Lama lagi ke?" Hanim ketap bibirnya dengan rapat. Walaupun pernah juga berjauhan dengan orang tuanya, tetap saja Hanim tidak mampu menahan perasaan rindu.
Mendengar setiap kali luahan rindu isterinya, Naim menyimpan rasa serba salah itu. Bukannya dia tidak ingin balik ke Malaysia. Tapi untuk saat ini, dia perlukan orang - orangnya untuk menghentikan tindakan Nicholas.
"Aku janji aku bawa kau balik hm?" Pujuk lelaki itu.
"Okey." Hanim tidak banyak bunyi. Kerja apa? Dia sendiri tidak tahu, malah puncanya hampir ditembak pun Hanim tidak tahu. Mahu bertanya, dia takut Naim tak mahu memberitahunya kalau perkara itu turut membahayakan diri.
Tak lama kemudian, tangan lelaki itu beralih pula menyentuh luka jahitan Hanim yang sudah berparut. Terasa sekali lagi sentuhan halus Naim. Hanim hanya membiarkan tindakan suaminya.
"Sorry..."
Ucapan maaf keluar dari hujung bibirnya. Hanim tidak pasti apa maksud disebalik itu. Tapi dia tahu Naim pasti menyembunyikan sesuatu darinya.
"Kenapa cakap Sorry dekat saya?" Soal gadis itu. Ekor matanya beralih menatap wajah tampan di hadapannya walaupun keadaan rambut lelaki itu sedikit kusut. Tetap kacak.
"Aku buat kau sakit." Luahnya.
Melihat riak wajah yang ditunjukkan oleh Naim. Lantas Hanim menaikkan tangannya lalu dilekapkan tapak tangan tersebut pada kulit wajah Naim. Diusap lembut dan penuh sayang.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed