MTHE | 48

11.1K 396 0
                                    

SYED EFZAN HAFIZI

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SYED EFZAN HAFIZI.

Saat melihat nama itu tertulis di atas papan sambil dihalakan ke arah pintu ketibaan penumpang. Efzan mengangkat kaca matanya naik ke atas. Bibir melakar senyuman manis ketika seorang gadis hadir menyambut kedatangannya.

"Cute.."

Kaki laju melangkah menghampiri gadis itu, kaca mata hitam tadi dibiarkan pula bersangkut pada kolar baju tshirtnya.

"Kenapa tak bagitahu Dara yang jemput abang?" Soal Efzan kepada Dara yang sedang berdiri tegak di hadapannya dengan wajah polos itu. Comel.

"Surprise for you."

"Cute surprise with write it my name?" Efzan angkat sebelah keningnya. Dara memandang papan yang tertulis nama Efzan bersama lukisan rama-rama di samping.

"Memalukan ke?"

"Nope, tulis nama abang panjang-panjang. Siap dengan rama-rama lagi. Dari jauh pun abang boleh tahu siapa yang tulis tu."

Dara tersipu malu. Sebahagian wajahnya ditutupi dengan papan kecil tersebut. Ini dah memalukan diri sendiri agaknya.

Namun, saat mengetahui kepulangan lelaki itu. Dara sanggup merayu-rayu dengan keluarganya untuk keluar dari hospital. Cuma semata-mata untuk bertemu dengan Efzan.

"Dara sihat? Kenapa abang tengok Dara makin kurus ni?" Kembali Efzan menyoal.

Dara tahu dia tidak mampu mahu menyorokkan lagi. Wajahnya yang cengkung dengan penampilan yang lemah. Mana mungkin Efzan tidak menyedarinya.

"Dara kurang sihat."

"Dah check doktor?"

Kepala diangguk. Cuba berbohong untuk menutup kebenaran walaupun tahu kebenaran ini akan terbongkar juga suatu saat nanti.

"Kalau tak sihat, kenapa nak datang sini juga?" Efzan mula mengerutkan dahi. Dara selalu bertingkah seperti tidak berlaku apa-apa. Sakit ataupun tidak, diredah juga.

"Setahun kita tak jumpa, Dara nak jadi orang pertama sambut kepulangan abang. Kenapa? Abang tak suka?"

"Bukan tak suka, tapi abang taknak abang yang jadikan Dara macam ni. Dara dah kerap sangat sakit. Tak boleh ke duduk rumah dan berehat?"

Dara tetap mendiamkan diri. Bibir masih mampu lagi melakar senyuman.

"Bosan." Balasnya dengan ringkas.

"Kalau bosan sekalipun, kesihatan kena jaga juga." Keluh Efzan. Kedegilan Dara langsung tidak ada penghujungnya. Tak pasal-pasal berbuih mulut mahu menasihati gadis itu.

"Abang ni takyah membebel macam ibu. Dara tahulah apa yang Dara nak buat."

"Abang membebel bersebab." Cantas lelaki itu. Hampir dia bercekak pinggang memerhati kelakuan Dara.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now