SEMINGGU hanya terperuk di tempat yang sama. Dia sudah berasa muak apabila berada di tempat yang sama. Malah tempat kerjanya juga tidak pernah lari dengan situasi saat itu. Pesakit yang seringkali datang dengan pelbagai penyakit. Bunyi bising yang membuatkannya tidak selesa. Walaupun berada di wad kelas pertama.
"Hanim okey tak?" Adelia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersampingan dengan katil adik iparnya.
"Tak okey. Tak boleh ke hari ni Hanim balik, kak? Bosan tau duduk dekat sini seminggu. Hanim nak keluar.." Gadis itu mula merungut. Bibir merahnya dimuncungkan ke hadapan tanda memberontak.
Melihat kelakuan adik iparnya, Adelia hanya mampu tersenyum nipis. Ryanna yang berada dalam pangkuannya cuba dibetulkan posisinya.
"Sabar kejap lagi. Kalau doktor dah kata Hanim okey. Hanim bolehlah keluar, cuma buat sementara waktu ni. Hanim takleh keluar lagi, takut je dia bagi effect kat jantung Hanim" Pujuk Adelia dengan lembut.
"Susahnya jadi orang sakit" Hanim bergumam sendirian. Sungguh dia tidak suka apabila orang memperlakukan dirinya seolah-olah dia sudah berada di hujung nyawa.
Lagi-lagi Adelia tersenyum. Tidak mampu berkata apa-apa.
"Akak, macam mana akak boleh bertahan lima tahun tanpa berjalan langsung? Mesti susah,kan?" Soal Hanim. Raut wajahnya menunjukkan betapa ingin tahu bagaimana Adelia cuba untuk bertahan selama bertahun-tahun dengan keadaan lumpuh.
Yang hanya bergantung dengan orang lain. Sedangkan dia, yang hanya mempunyai masalah jantung saja sudah tidak mampu bertahan. Apa yang ingin dilakukan, semuanya terbantut.
"Mungkin sebab orang-orang yang berada di sekeliling akak. Selalu bagi semangat, bagi motivasi untuk teruskan hidup. Yalah, rasa hidup ni takda guna pun ada jugak. Akak lumpuh, akak tak boleh jalan seperti yang akak nak. Yang akak harapkan hanya orang lain"
"Akak pernah tertanya-tanya. Kalaulah suatu hari nanti, ada benda buruk berlaku.. Akak ke jadi punca mereka semua mati?" Tuturnya sambil menundukkan kepala. Mengimbau semula pahitnya kehidupan dulu.
"Akak taknak menyusahkan orang. Akak rasa sangat akak tak sempurna. Bila orang lain hina-hina diri akak yang tak sempurna. Akak rasa teraniaya.. Tapi itulah hakikatnya, akak kena sedar diri yang akak memang menyusahkan orang lain. Jadi beban pada keluarga"
Hanim mendengar dengan begitu teliti. Dia tahu segala-galanya. Tapi Hanim ingin tahu bagaimana perasaan seseorang itu mengalami pahitnya dalam kehidupan. Pasti semua manusia mengalami kesukaran dan ujian dalam hidup ini.
"Tapi lepas abang Haziq datang dalam hidup akak. Semuanya dah berubah. Akak sedar, hidup ni kena diteruskan. Allah dah atur bagaimana jalan cerita kehidupan kita. Memang pasti ada naik turunnya, kita akan menangis, kita akan marah, dan kita akan gembira. Tapi sedar tak, apa yang kita lalui tu dah latih diri kita untuk jalani ujian yang akan datang?"
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed