MTHE | 13

11.8K 495 7
                                    

WAJAH begitu pucat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WAJAH begitu pucat. Terasa sesak di dada apabila melihat begitu banyak pesakit di dalam ruangan wad kecemasan. Penuh dengan darah. Seolah olah kejadian bertahun yang lalu kembali terjadi.

"Naim, awak jangan tercegat dekat situ. Kita kena ready untuk pembedahan" Hanim menyiku lelaki itu apabila menyedari lama Naim termenung sendirian. Entah apa yang berlegar-legar dalam ingatannya.

"Naim.. Awak okey ke ni?" Wajah pucat itu menjadi tatapan Hanim. Peluh dingin tanpa disedari sudah mengalir membasahi dahi.

"Aku tak boleh buat.."

"Apa yang awak tak boleh buat?" Berkerut dahinya. Tidak faham.

Naim ketika itu hanya mampu menggelengkan kepalanya. Tangannya terketar-ketar kerana trauma yang sudah dialami. Sedangkan hanya memegang skalpel pun sudah terlepas.

"Naim.. Awak dah kenapa ni hah?" Suara gadis itu semakin lantang. Baju kemeja Naim ditarik kasar menghampirinya. Cuba untuk menarik perhatian Naim.

"Hanim, aku tak boleh."

Bibir lelaki itu terketar-ketar. Matanya mulai merah seperti cuba menahan air mata. Nafas sukar diatur normal. Lama Hanim merenung keadaan lelaki yang berada di hadapannya.

"Naim.. A-Awak okey tak?" Bahu bidang lelaki itu segera dipaut.

"A-Ak.."

"Pandang saya, dengar suara saya. Jangan fikir benda lain." Suara itu semakin kuat. Sekali lagi cuba menarik tumpuan Naim daripada terus menunjukkan keresahan.

Mendengarkan suara seorang gadis yang kedengaran agak sayup akhirnya membuatkan Naim mengalihkan pandangan. Mata yang sudah kelihatan kemerah-merahan bertembung dengan iris mata berwarna coklat tua itu.

"Takda apa-apa yang jadi. Saya ada dekat sini, saya ada dengan awak." Bisik gadis itu dengan suara lunaknya. Lembut.

"Takda apa yang jadi. Awak boleh buat sebenarnya." Hanim ukir senyuman. Walaupun dia tidak tahu apa yang jadi sebenarnya. Namun, dia sendiri boleh tahu apa yang lelaki itu rasakan.

"Dengar sini, saya ada dengan awak. Kita buat sama-sama, okey?"

"Aku tak boleh.." Tangannya yang berurat itu masih dalam keadaan terketar-ketar. Seperti seluruh tubuh lelaki itu menggeletar begitu kuat.

Melihat keadaan Naim, Hanim ketap bibirnya dengan rapat. Apa yang awak rasa selama ni? Kenapa awak macam ni? Hanim mulai bergumam.

Sumpah dia tidak tahu apa yang berlaku terhadap lelaki itu selama ini. Malah dia sendiri tidak mampu untuk menenangkan lelaki itu.

Sungguh.

"Naim..."

"Aku mintak maaf, aku tak boleh." Naim geleng kepala. Pautan di bahu bidangnya terus terlerai apabila Naim sendiri beredar dari kawasan itu.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now