MTHE | 44

10.8K 396 2
                                    

"NAK pakai baju apa?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"NAK pakai baju apa?"

Hanim sendiri bergumam sambil memandang almarinya. Ada baju banyak-banyak pun, baju yang sama juga yang dipakai. Ini masalah perempuan, kalau nampak baju cantik-cantik. Mulalah meraung kata tak cukup duit nak beli baju padahal dalam almari dah cukup berlambak.

"Kalau aku pakai kemeja dengan blazer. Serupa lawyer pulak." Getusnya. Nak memilih pakaian pun satu masalah.

Lama dia termenung sendiri. Akhirnya blouse hitam ditarik olehnya bersama seluar palazo berwarna putih. Dipadankan pula dengan tudung berwarna kelabu. Elegan!

"Pakai cantik-cantik ni nak kemana?" Tegur si ibu sebaik membuka pintu bilik anaknya tanpa gadis itu sedar.

"Ada perjumpaan. Umi rasa baju ni sesuai tak dengan Hanim? Macam kerdil je.." Kata gadis itu. Dia berdiri statik sambil menunjukkan penampilannya kepada Tengku Nina.

Mata Tengku Nina pula memandang atas bawah.

"Cantik. Tak nampak kerdil pun. Sesuai sangat warna tu dengan ton kulit Hanim." Kata si ibu lagi. Semakin melebar senyuman Hanim. Kalau dah dipuji, memang inilah pilihan utamanya.

"Ni umi nak tanya, perjumpaan dengan siapa? Jarang betul Hanim terlibat dengan perjumpaan."

"Tak tahu dari mana. Ni pun sebab kawan yang ajak untuk temankan dia. Hanim ni apalah sangat nak kena libatkan diri dalam perjumpaan projek juta-juta." Tawanya kecil.

Mendengar kenyataan itu, terus Tengku Nina tidak mengatakan apa-apa. Tetapi selang beberapa minit kemudian, wanita itu mulai bersuara.

"Hanim... Semalam.."

"Ya?" Hanim menjungkitkan sebelah keningnya.

"Hm.." Tengku Nina terdiam sejenak. Raut wajah itu ditenung lama oleh si ibu. Entah mengapa terasa debaran di dada apabila memikirkan bagaimana reaksi Hanim yang sudah dua tahun dalam keadaan penuh derita.

"Apa yang hm? Bagitahulah.."

"Tak ada. Masalah kecil aje." Senyum manis sempat dipamerkan. Tak kuat Tengku Nina mahu memberitahu kedatangan Naim malam semalam.

Ketika mendengar jawapan dari ibunya, Hanim menghela nafas panjang. "Buat suspen orang aje."

"Sorry.." Ucap wanita itu dengan lembut.

"Tak apa. Umi tak perlu minta maaf." Kepala itu digeleng cuba menyedapkan hati Tengku Nina. Pada masa yang sama, Hanim mula mengerling ke arah jam yang bergantungan di dinding. Tepat menunjukkan angka lapan.

"Allah! Tinggal sejam, tak siap lagi!" Gadis itu sudah menggelabah. Baju tadi diambil kemudian diletakkan di atas katil. Tengku Nina memandang anak perempuannya dengan kerutan dahi. Perangai menggelabah sama aje seperti dulu.

"Lalai lagi. Kan dah rushing."

"Umi lah ni! Ajak orang berborak.." Dia jegilkan matanya ke atas. Tak puas hati.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now