HANYA sekali pandang, aura lelaki itu sudah terpancar. Maskulin, ditambah lagi dengan wangian parfum lelaki itu. Bahkan baju kemeja berwarna gelap tersarung kemas pada tubuh suaminya yang tegap boleh menarik mana-mana wanita. Nasib saja Naim tak lepaskan cincin yang tersemat di jari manisnya.
"Kejap, saya belum siap lagi." Kata Hanim. Baju kemeja blouse yang labuh dikenakan pada tubuh bersertakan seluar loose. Tudung bawal curve cuba dicapai setelah wajahnya dicalit sedikit dengan solekan tipis.
Memandangkan hari ini ada event penting yang patut dihadiri di Universiti Malaya, Naim terpaksa menghadiri untuk memberikan sedikit kuliah. Maklumlah lelaki itu pernah bergelar sebagai pensyarah perubatan.
Manakala Hanim pula sebagai pengiring lelaki itu. Kalau tak disebabkan Naim yang suruh, dia takkan lakukan langsung.
"Pakai simple je."
"Mana boleh, awak pakai cantik. Saya pun kena pakai cantik-cantik." Seperti biasa, Hanim tidak mahu mengalah. Kalau suami mampu menarik perhatian perempun, dia pun kena macam itu.
"Cantik-cantik depan abang je."
"Hari-hari saya cantik. Saya nak cantik lagi." Hanim jegilkan matanya ke atas. Sempat dia mengibas tudungnya.
Mahu tidak mahu, Naim terpaksa pasrah. Sebelum isterinya naik mengamuk. Lebih baik dia kunci mulut itu dulu.
"Cepat. Nanti lambat." Pesan Naim perlahan seraya mengatur langkahnya beredar dari bilik Hanim. Sudah hampir seminggu dia menginap di rumah mentuanya hanya kerana ingin meluangkan waktu dengan Hanim.
Lagipun sudah berjanji nak mengejar cinta kononnya.
"Kejap. Awak tunggu je lah dekat bawah sana." Hanim menampakkan kerutan di dahinya. Cermin jelas memantulkan penampilan itu sehingga Naim melihat sendiri keadaan Hanim.
"Yalah." Jawabnya ringkas.
Tidak menghiraukan keadaan Hanim, lelaki itu membuka langkahnya. Satu persatu satu anak tangga dituruni.
"Aik? Mana Hanim? Tak siap lagi ke?" Kali ini giliran Tengku Nina pula menegur. Melihat Naim sudah berpakaian segak, Hanim pula menghilang entah kemana.
"Belum, mi.."
"Ya Allah budak tu. Patutnya dah bersiap awal. Suka sangat buat orang tertunggu-tunggu." Keluh Tengku Nina.
"Im boleh tunggu."
"Im tak payah manjakan budak seorang tu. Kalau dimanjakan, makin mengada-ngada." Omel ibu mentuanya. Dah sedia bercekak pinggang. Tahulah dia apa maksudnya.
"Tambah comel kalau Im manjakan dia."
Membulat terus mata Tengku Nina mendengar. Alahai...
"Amboi bukan main eh. Dulu macam anjing dengan kucing. Sekarang anjing dan kucing dua orang ni dah berbaik. Melekat bukan main taknak lepas. Harap-harap bertambah lagilah cucu umi macam ni." Katanya sambil terselit harapannya di situ. Tak habis-habis dengan cucunya.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed