LANGIT senja berwana jingga menjadi pemandangan yang indah di kota itu. Dia membuang pandangan sambil mengimbau kenangan lalu. Cantik seperti kebiasaannya. Bertahun-tahun berlalu, Kota Venice yang sentiasa menjadi kegemaran Hanim membuatkan Naim tidak dapat menghentikan langkah di atas tanah itu.
Dia rindukan gadis itu.
Rindukan belahan hatinya.
"Sei solo uno? (Seorang je ke?)" Soal seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan tersebut. Mungkin hairan kerana melihat pelancong dari luar negara.
"Sì, uno. (Ya, seorang)" Jawabnya begitu ringkas.
"Non vieni con gli amanti? (Tak datang dengan girlfriend ke?)"
Mendengar soalan itu, Naim tersenyum. Namun, dibalas dengan gelengan kepala.
"Non ho una ragazza.(I don't have a girlfriend)"
"Non vuoi trovare una ragazza? (Taknak cari girlfriend?)"
Sekali lagi Naim membalas dengan gelengan kepala. "Ho qualcuno che amo così tanto. (I have someone I love so much)"
"Who? Your mom?" Lelaki berasal dari Itali itu benar-benar tertarik dengan Naim. Manakan tidak, mana mungkin seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang segak itu langsung tidak mempunyai sesiapa. Lagipun Kota Venice dikenali sebagai kota romantik. Pasti ramai yang datang untuk tujuan temu janji.
"My wife."
"Oh ya? Where is she? Are you being alone or maybe she's already--"
"Questo è tutto. (Itu dia.)" Bibir itu mengukirkan senyuman penuh lebar tatkala anak matanya menatap figura tubuh seorang wanita sedang menghampirinya. Comel apatah lagi Hanim mengenakan jaket tebal di tubuhnya.
"Oh, bella persona. (Cantik orangnya.)" Sempat lelaki itu memuji kecantikan Hanim. Kulit yang cerah dan mulus tanpa sebarang jerawat mampu memukau sesiapa sahaja.
"È davvero bella. La mia moglie preferita. (She was pretty, my lovely wife.)" Bangganya. Sebaik Hanim mendekati tubuhnya, lengan si isteri ditarik lembut agar mendekat. Tangan memaut bahu isterinya seraya menghadiahkan ciuman hangat di atas kepala Hanim.
"Tu ami davvero tua moglie. (Awak sangat sayangkan isteri awak.)" Kata lelaki itu apabila melihat perilaku Naim.
"Certo, la amo più di quanto ami me stesso. (Of course, I love her more than I love myself)"
Terangguk-angguk sahaja kepala orang tersebut. Tanpa melontarkan apa-apa perkataan lagi, langkh beredar dari kawasan itu. Manakala Hanim mengerutkan dahi memandang Naim disebelah.
"Mentang-mentang saya tak tahu cakap Itali. Entah apa yang awak burukkan saya." Rengus Hanim begitu geram. Dengar macam mengumpat pun ada. Tapi betul ke?
"Bukan mengumpat sayang. Abang tengah puji. Lagi satu, abang dah suruh duduk diam-diam dekat kereta. Kenapa degil nak keluar?" Naim angkat sebelah kening. Nasib baik tidak bercekak pinggang.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed