SUASANA sunyi sepi hanya ditemani dengan bunyi penghawa dingin dalam ruangan. Dia duduk sambil menatap wajah polos pucat yang sedang terbaring kaku di atas katil.
"Naim... Saya... Sa-saya.. Ta-Tak boleh bernafas.."
Suara Hanim merintih dalam kesakitan membuatkan Naim terduduk dalam keadaan serba salah. Hati gusar melihat gadis itu sudah terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Dia bagaikan diserang dengan takutnya kehilangan.
"Apa kau buat dekat aku, Hanim.." Bisik perlahan bersama tatapan sayu melihat wajah polos Hanim di hadapannya. Entah mengapa gadis itu membuatkannya hilang arah tuju.
"Astagafirullah hal'azim.." Naim meraup kasar wajahnya. Nafas kasar berkali-kali dihembus cuba mengurangkan rasa sesak di dada.
"Im.." Suara serak kini menyergah dalam halwa telinganya. Lantas lelaki itu menolehkan kepalanya.
Haziq.
"Macam mana dengan adik aku?" Soal Haziq sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam ruangan tersebut. Ekor matanya terus tertumpu ke arah sekujur tubuh yang sudah terbaring.
"Okey. Takda apa-apa buruk jadi, nasib je aku bawak dia pergi hospital cepat. Lagi satu, dia memang tak bawak EpiPen?"
"Dia tak bawak?" Haziq kerut dahi.
Naim menggelengkan kepalanya. Puas dia mencari ubat tersebut di dalam beg tangan Hanim sehingga pada akhirnya, dia sendiri yang mencari ubat tersebut.
Ya, semata-mata hanya kerana gadis itu.
"Kalau kau takda, aku dah tak tahu apa jadi dekat adik aku" Haziq hanya pandang lama wajah Hanim. Serba salah terhadap adiknya sendiri kerana gagal menjadi abang yang baik.
"Aku cuma tolong apa yang patut"
"Kau akan tolong sebab aku yakin, kau takkan anggap Hanim seperti orang biasa dalam hidup kau" Kata lelaki itu lagi. Tadi merenung wajah Hanim, tetapi kini ekor matanya beralih memandang Naim di samping.
"Maksud kau?"
Haziq tersenyum nipis. Tangan naik berlabuh di atas bahu lelaki tersebut sebelum dipaut lembut.
"Aku tau kau sayangkan Hanim. Kalau kau tak sayangkan dia, kau takkan bertindak gila macam ni. Kau takkan sanggup berlari bawak dia pergi hospital. Dari raut wajah kau, dah tunjukkan semuanya.." Kini Haziq sendiri yang menyatakan pendapatnya. Memang dia tahu Naim pernah membesar dengan dia, Arshad, Haffaz dan Hanim. Malah, Haziq sendiri tahu bagaimana Hanim pernah menyimpan perasaan terhadap Naim dulu.
Naim bagaikan hero buat adiknya dahulu.
"Kau dah lupa ke kau pernah buat benda yang sama masa dia kecik dulu?"
Diam. Lewat birai mata, dia hanya berbicara dengan bahasa tubuh. Mustahil dia hendak melupakan detik-detik itu.
"Kau tak pernah berubah, Naim. Apa yang kau buat dekat Hanim, dah terbukti yang sayang kau dekat dia tak pernah berubah.."
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed