MTHE | 2

29.2K 1.2K 17
                                    

SEORANG lelaki berlari mengelilingi track balapan bersama baju tshirt hitam tanpa lengan yang dikenakan pada tubuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEORANG lelaki berlari mengelilingi track balapan bersama baju tshirt hitam tanpa lengan yang dikenakan pada tubuh. Tidak peduli akan cuaca yang sedikit sejuk, sementara Uzzam berdiri memperhatikan Naim bersama helaan nafas panjang.

"Kau ni kenapa?" Soal Uzzam sebaik sahaja Naim menghentikan lariannya. Bersama nafas termengah - mengah, botol air mineral yang dipegang oleh Uzzam langsung direbut kemudian diteguk rakus.

Menghilangkan rasa lelah dan dahaga.

"Kau tak boleh tidur lagi?" Tutur Uzzam sambil meneliti raut muka Naim. Sudah diagak.

"Bukan macam tu--"

"Bukan macam tu apa, Im. Aku tengok kau macam mayat hidup, badan kau ni macam dah takda roh. Kau ni kenapa? Sejak bila Naim Faeeq yang aku kenal ni jadi lemah hah?!" Uzzam menonjol dada tegap Naim. Cuba menyedarkan rakannya bahawa perubahan lelaki itu sangat ketara selepas dua tahun berlalu.

"Dah lah Zam, aku bukannya nak bergaduh dengan kau. Aku takda masa" Kata Naim endah tak endah. Walaupun Uzzam sedang menahan amarah, namun Naim masih boleh bersantai.

"Aku hairan betul dengan kau. Boleh tak kau move on dengan apa yang jadi, cari perempuan lain. Bina hidup baru, berkali - kali pun kau teringatkan Amaya. Dia takkan hidup semula, Allah lebih sayangkan dia daripada kau" Beritahunya sekadar memberi nasihat.

Namun, kata - kata itu langsung tidak menggerakkan hati Naim. Malah lelaki itu lagi - lagi melakukan hal tidak peduli sama sekali dengan nasihat Uzzam. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

"Im, jom kerja dengan aku lagi"

Serentak itu, Naim mengangkat wajahnya. Ekor mata menatap Uzzam dengan tatapan serius.

"Aku tau kau pasti tolak kerja ni. Tapi tak salah kalau kau nak cuba lagi, aku bukannya nak halang kau jadi pensyarah, tapi atleast try untuk atasi ketakutan kau" Tidak henti - henti Uzzam melemparkan pujukannya. Dua tahun Naim meninggalkan bidang perubatan, dan dua tahun juga Naim menjadi pensyarah di sebuah Universiti Perubatan.

Mendengar kata - kata rakannya, Naim menghela nafas panjang. Lelaki itu kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang terletak di deretan pertama.

"Itu bukan bidang aku lagi. Aku tak boleh Zam.."

"Percaya dengan diri kau, benda tu cuma sekejap. Kalau kau dapat rawatan, Insya Allah membaik"

"Zam.. Kau cakap memang senang, cuba kau yang alami. Kau rasa boleh? Bayangkan Qaseh tinggalkan kau macam tu, tanpa kata selamat tinggal. Kau boleh terima?!" Nada suara Naim naik seoktaf. Marah.

Hati yang panas disaat menerima kata - kata pujukan Uzzam yang tidak henti - henti membuatkan lelaki itu ingin melempiaskan rasa marahnya.

"Tengok, kau masih tak boleh lupakan Amaya. Dua tahun berlalu, kau tetap ingat Amaya. Sedangkan semua dah boleh hidup bahagia"

Naim geleng kepalanya, "Aku tak boleh lupakan"

Cincin pertunangannya dengan arwah masih lagi tersemat rapi pada jari manisnya. Walaupun cinta Amaya sudah mati untuk Naim namun cinta Naim masih lagi membara untuk Amaya.

"Amaya dah takda, Naim. Jangan disebabkan ini kau jadi hilang arah, mana Naim yang aku kenal. Aku tak kenal Naim macam ni"

"Macam mana aku nak lupakan Amaya, Zam. Aku cintakan dia, kalau dia masih hidup sampai sekarang. Mungkin dia dah jadi isteri aku"

Lagi - lagi Uzzam mengeluh perlahan. Dia akui Naim yang tidak pernah jatuh hati kepada mana - mana wanita akan sukar untuk melupakan Amaya. Apatah lagi Amaya adalah cinta pertama rakannya.

"Perancangan Allah tu wujud. Jodoh kau dengan Amaya hanya sampai dua tahun yang lepas. Ada lagi perempuan yang lebih baik dan kau akan jumpa perempuan tu.."

"Berkali - kali pun kau nak menafikan. Kalau diinginkan untuk terjadi, maka jadilah ia. Jodoh dan ajal manusia ada di tangan Allah SWT, dan apa yang kita boleh buat hanya mampu berdoa untuk yang terbaik" Sambung Uzzam.

"Aku percaya dengan kau, Im.."

BERSAMBUNG

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now