JIKA semuanya bisa dibetulkan,
Kenapa harus merosakkan?Dua baris ayat yang dibaca berdasarkan sebuah buku motivasi yang ditulis oleh penulis luar negara buatkan Hanim termenung jauh. Setelah keluar dari wad hospital, Hanim berehat seketika di villa keluarganya ditemani oleh Tengku Nina.
"Ni tengok pokok ke atau tengah baca buku?" Tegur Tengku Nina sembari mengatur langkahnya mendekati Hanim. Bibir sempat menarik senyuman sebelum punggung dilabuhkan di atas bangku.
"Tengah baca buku. Cuba hilangkan stres."
"Stres pasal apa? Tak kerja pun boleh stres?" Dahi Tengku Nina sudah mulai berkerut. Setahunya, Hanim hanya duduk tanpa melakukan apa-apa. Mana datangnya stres?
"Stres fikir pasal menantu umi tulah." Mata dijegilkan ke atas.
"Lah, apasal? Naim ada buat benda bukan-bukan ke?"
Hanim menggelengkan kepalanya.
"Habistu?"
"Tak boleh ke satu hari tu dia tak WhatsApp Hanim? Ni nak dekat setiap hari, setiap masa dan setiap detik dia akan spam chat Hanim macam tak ada hari esok. Dia tak sibuk ke?" Hanim mengomel sendirian. Disebabkan kelakuan Naim seperti ini, mahu tidak mahu Hanim terpaksa mute telefon pintarnya.
Ketika mendengar omelan anak perempuannya, Tengku Nina menghamburkan tawa. Laju sahaja dia tersengih.
"Sibuk bekerja, sibuk melayan buah hati. Bukannya kamu ke yang dok beria nak perhatian dia? Kenapa tak suka pulak?"
"Itu dulu, bukan sekarang."
"Cakap jelah suka. Jual mahal pula dia. Biarlah dia nak layan kamu macam tu, isteri juga kan? Bukannya orang asing. Nanti tak layan, mulalah dia merajuk." Kata Tengku Nina. Bukannya dia tidak tahu bagaimana sikap manja Hanim. Kuat sangat merajuk.
"Umi, tak baik cakap macam tu."
"Apa yang tak baik. Umi cakap benda betul. Kalau nak dibandingkan kamu dengan anak abang kamu tu. Lagi teruk perangai merajuk kamu." Tegas wanita itu lagi.
Hanim menunjukkan riak wajah cemberut.
"Mulalah tu.." Tengku Nina menatap tajam kelakuan anak perempuannya. Belum apa-apa, muka itu sudah menunjukkan sikap Hanim Eriana walaupun dengan penampilan berbeza.
"Dari dulu sampai sekarang memang tak ubah-ubah perangai manja kamu. Umi dah bertahun-tahun hidup pun boleh letih melayan. Mujur ada Naim yang sudi jaga perempuan mental macam kamu."
"Umi!" Separuh menjerit Hanim tika itu. Tergamak ibu sendiri panggil dirinya perempuan mental. Huh!
"Umi cakap benda betul."
"Semualah bagi umi betul. Habistu apa yang tak betul?" Jelingnya begitu tajam. Geram!
"Kata-kata seorang ibu adalah betul. Jangan membantah."
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed