MTHE | 28

11.8K 455 0
                                    

SAAT mata itu dicelik, satu cahaya memasuki terus iris matanya buatkan Hanim kerutkan dahi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SAAT mata itu dicelik, satu cahaya memasuki terus iris matanya buatkan Hanim kerutkan dahi. Silau. Pada masa yang sama, telinganya dihiasi dengan bunyi kicauan burung. Ada burung ke?

"Puan Hanim? Dah bangun?" Suara seorang gadis jelas terdengar di dalam halwa telinga itu. Keras Hanim cuba mengembalikan pandangannya daripada kabur.

"Boleh nampak saya?" Soal gadis itu lagi. Pandangan Hanim perlahan-lahan menjadi jelas, seraut wajah yang sedikit muda kini terpampang di hadapannya buatkan gadis itu terkedu.

"Saya dekat mana?" Hanim mula menyoal gadis itu. Kalau gadis tersebut berbahasa Melayu, takkan dia nak bertutur dalam bahasa Inggeris? Kalau nak cakap Itali, lagilah jauh.

"Dekat mansion Tuan Ravino."

Hanim terdiam sejenak.

"Ravino?" Keningnya hampir bertaut. Tak faham, siapa lagi ada nama Ravino ni? Dia kena culik dengan mafia ke apa? Pelbagai soalan sudah bermain dalam mindanya.

"Oh, maaf. Maksud saya Tuan Naim. Tuan yang bawa Puan dekat sini. Dah seminggu Puan terbaring atas katil..."

"Seminggu!" Membuntang mata Hanim tatkala itu. Mendengar saja perkataan tersebut, air liur diteguk payah. Boleh tahan dia terbaring atas katil selama seminggu. Patutlah badan lenguh semacam.

"Haah seminggu." gadis itu anggukan kepala.

Lama Hanim mendiamkan diri, iris mata beralih memandang ruangan tersebut. Cantik dan selesa. Bahkan dari dalam bilik itu, Hanim boleh melihat pemandangan cantik yang ada di luar rumah itu.

"Puan nak makan?" Soal gadis itu lagi. Pada masa yang sama, perut Hanim sudah mula berkeriut minta diisi.

"Dah dengar perut tu minta makanan." Selorohnya. Hanim tergelak kecil. Malu pula bila perut sendiri mengeluarkan bunyi.

Namun, belum sempat gadis itu atur langkah meninggalkan ruangan. Hanim lebih laju menyambar pergelangan wanita tersebut kemudian menariknya semula agar menatap sepasang anak matanya.

"Maaf, I nak tanya. Apa nama you?" Soal Hanim sedikit ragu. Bukannya apa, kadangkala takut juga apabila orang yang tidak dikenali berada di hadapannya secara tiba - tiba. Malah, kelibat Naim juga tidak ada.

Takut saja mereka menipu.

"Saya lupa nak kenalkan diri, saya Bella. Orang kanan Tuan Ravino. Kalau nak lagi faham, anggap aje saya bawahan Tuan Ravino." Ujar wanita itu lagi. Tapi Hanim tetap kerutkan dahi, sekejap Naim, sekejap Ravino.

Lelaki mana lagi Ravino ni?

"Siapa Ravino?" Masih bingung.

"Tak kenal? Tuan Naim tu Tuan Ravino."

Hanim terkelu seketika. Otaknya sudah memerah pelbagai kemungkinan. Langsung tidak faham.

"Maksudnya?"

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now