MTHE | 22

12.2K 460 2
                                    

SEDARI tadi, Naim hanya mengekori jejak isterinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEDARI tadi, Naim hanya mengekori jejak isterinya. Entah berapa lama sudah lelaki itu memerhati kelakuan Hanim yang asyik membelek-belek pakaian yang ada di dalam kedai tersebut.

"Kalau nak tu, ambil jelah, comot." Naim mengeluh panjang. Lenguh kaki. Lebih baik dia menghadap pesakit di hospital daripada menghadap isteri sedang membeli belah.

"Bukan taknak ambil. Tapi tak tahu nak mana satu. Awak suka yang mana? Yang ni atau yang ni?"

"Yang tu." Laju Naim memberikan jawapan. Matanya tertancap kearah bahagian pakaian muslimah. Hampir melorot ke bawah rahang Hanim tika itu.

"Itu.."

"Itu kenapa? Daripada pakai yang ni, lebih baik pakai tu."

"Baju macam tu saya nak pakai kat mana? Pakai kat kenduri orang kahwin ke? Orang kahwin pun saya tak tahu." Hanim jegilkan matanya keatas. Takkanlah dia datang bekerja dengan baju jubah? Sudahnya hospital bukan seperti kerja pejabat yang aman sentiasa.

Kalau kecemasan?

"Comot, kau tau tak kau lama sangat. Dalam kedai ni pun kau dah ambil masa dua jam. Apatah kedai lain." Naim sudah mulai mengeluh. Kepala digeleng perlahan melayan tingkah isterinya.

Sesaat itu, Hanim mencebikkan bibir merahnya.

"Habistu kenapa awak tak panggil saya aje? Awak asyik tercegat berdiri kat sana macam batu. Saya ingat awak ni bertahan lah."

"Bertahan apanya, kaki aku dah lenguh." Kakinya sudah berubah-ubah posisi. Nampak sangat lenguh. Serentak itu, Hanim membuka langkahnya mendekati Naim. Dia berdiri tepat di hadapan tubuh lelaki itu.

"Apasal tengok aku?" Naim mengerutkan dahi. Mata gadis itu tajam sekali menatap kearahnya. Bagaikan pisau belati.

"Salah ke tengok suami sendiri?" Bisik Hanim perlahan tanpa menghiraukan orang disekeliling. Mereka berdua saling bertatapan mata.

"Sedar diri, ini depan public."

"Tak perlu nak sedarkan diri. Depan saya ni hak milik saya. Biarlah mata saya nak tembus kat mana pun. Macam awaklah, awak nak tengok saya. Tembus macam mana pun, tak ada istilah haramnya. I'm yours." Selamba Hanim berkata seperti itu. Sekali lagi Naim bungkam untuk berkata apa-apa. Rancak sungguh Hanim membidas setiap bait kata yang dilontarkan.

"Jangan bermain dengan mata lelaki." Suara yang garau itu kedengaran berbisik tepat dalam pendengarannya.

"Cakap jelah awak takut dengan saya. Saya tahu lepas saya jadi isteri awak, awak takut saya goda awak, kan?" Kata Hanim tanpa berlapik. Pekerja-pekerja kedai mulai menatap mereka dengan pelbagai pandangan sehingga Naim merangkul pantas pinggang isterinya.

"Kurangkan suara kau."

"Taknak, ini suara saya. Bukan suara awak." Bidas Hanim lagi. Tangan laju melilit pada bahagian leher suaminya. Sengihan nipis terukir di wajah bersama bibir mendekati cuping telinganya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now