TIDAK lepas mata itu memandang wajah lelaki di hadapannya. Sebaik saja tiba di Itali, persekitarannya tidak sama seperti di Malaysia. Kadangkala gadis itu merasakan dirinya dipinggirkan. Begitu juga ayah mentuanya seakan akan tidak suka keberadaan dirinya. Entah atas alasan apa.
"Tidurlah." Suara garau menyinggah dalam halwa telinga. Hanim terkedu buat seketika. Mata membuntang apabila Naim mencelikkan mata. Lekas-lekas Hanim pejam mata, tidak mahu terkantoi.
"Tak payah pura-pura tidur." Tegur Naim bersama suara itu. Dengan suasana yang sepi dan sunyi, suara itu sahaja yang kedengaran. Timbul debaran dalam dadanya.
Perlahan-lahan gadis muda tersebut membuka kelopak mata itu. Wajah tampan terhias di hadapannya kembali membuatkan rentak jantungnya semakin laju. Hanya mereka berdua walaupun ini adalah rutin mereka setiap hari. Biasalah masih bergelar pengantin baru.
"Kenapa tak tidur lagi?" Soal Naim. Tangan naik merangkul pinggang langsing isterinya. Mahu membulat mata gadis itu dengan perilaku Naim. Sejak berkahwin, suka benar menyentuhnya. Mana-mana tempat pun akan menjadi tempat lelaki itu melabuhkan tangan.
"Susah nak tidur, awak?"
Naim menggelengkan kepalanya. "Sama, susah."
Walaupun menjawab dengan begitu ringkas, rasa risau mulai timbul dalam hati sang isteri. Laju-laju Hanim bangkit dari perbaringannya.
"Kau nak buat apa?" Naim mengerutkan dahi. Pelik.
"Awak ada insomnia?" Lontar Hanim tanpa segan silu. Dalam kegelapan itupun, Hanim masih mampu melihat seraut wajah itu.
"Ma-macam mana kau tau?"
Hanim hela nafas berat. "Patutnya awak bagitahu saya. Jangan ingat saya pejam mata, saya tak tahu apa yang awak buat. Dah berapa lama awak makan ubat tu?"
Sekali lagi Naim terpaku sendirian. Semakin kelihatan kerutan pada ruas dahinya. Sejak bila lagi Hanim tahu dia makan ubat?
"Tak payah hairan, Naim. Saya doktor, saya tahu. Walaupun saya ni general surgeon but I know about mental health. Awak nak sorok mana pun, saya tahu. Anxiety, panic attack, depression, insomnia, bipolar. Saya tahu. Ingat saya tak belajar ke?" Hanim angkat sebelah keningnya. Jangan ingat jadi pakar bedah pun tak tahu mengenai kesihatan mental.
"Sejak bila kau tahu?"
"Tak lama, baru-baru je. Awak jadi macam ni lepas Amaya meninggal ke?"
Naim hanya mampu membalas dengan anggukan. Tidak menafikan ataupun membantah keras kerana hal-hal yang dikatakan oleh isterinya adalah benar. Penyakit mentalnya semakin menjadi sejak kehilangan Amaya.
"Cemburunya saya, nampak sangat awak sayangkan dia." Hanim pamerkan senyuman. Cuba menyorok perasaan cemburu dan sedih. Sepanjang berkahwin, Naim tak pernah meluahkan perasaan. Bahkan mahu katakan cinta itu tidak pernah keluar dari mulut itu. Adakah cuma dia yang berharap?
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed