MTHE | 27

11.4K 427 2
                                    

WAJAH panik terhias dari pandangan Uzzam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

WAJAH panik terhias dari pandangan Uzzam. Sekujur tubuh yang sudah kaku si atas katil kini terlihat tepat ke dalam iris mata sahabatnya dan turut merangkap sebagai majikannya.

"Keluar, Im..." Tegas Uzzam melarang Naim untuk berada dalam wad kecemasan itu. Tidak mahu membuatkan trauma lelaki itu semakin teruk. Cukuplah Naim pernah berhadapan dengan kematian Amaya. Jangankan gadis yang digelar isteri lagi.

"Tak.."

"Aku kata keluar! Jangan macam ni!" Uzzam kembali menolak tubuh Naim. Tubuh lelaki itu bergetar seperti kebiasaannya.

Namun, Naim lebih kasar menolak Uzzam. Bibir diketap rapat sebelum melemparkan kata - katanya.

"Dia bini aku!" Naim menjerkah hebat dalam ruangan tersebut. Lelaki yang terlihat dingin akhirnya menunjukkan kemarahan yang sudah lama terbuku dalam dada. Apa dia mahu melihat isteri yang sudah dihalalkan terbaring di atas katil tanpa sebarang respon?

"Keadaan dia tengah kritikal sekarang, Naim! Kau tak nampak ke oksigen level dia dah drop! Detak jantung dia lemah! Ni bukan masa aku nak bertengkar dengan kau! Dia perlukan pembedahan!" Kali ini Uzzam turut membentak Naim.

Melihat mesin - mesin yang sudah berada di tepi katil isterinya buatkan Naim kelu. Begitu juga alat pernafasan yang digunakan oleh Hanim. Lumuran darah yang sudah membasahi bahagian bahu isterinya begitu banyak.

"Kawal emosi kau!" Uzzam sekali lagi menjerit. Cuba menyedarkan tindakan lelaki itu yang sudah menggelabah. Lagipun, tahu Naim takkan bisa lakukan apa - apa setelah lelaki itu alami penyakit panik selama berapa tahun ini.

Tit... Tit.. Tit...

Bunyi mesin kuat kedengaran telahpun menarik perhatian Uzzam dan Naim. Sebagai doktor, mereka tahu bunyi itu.

"Medico! Il paziente è sotto shock! (Dok! Pesakit mengalami shock!)" Seorang jururawat lantang memberitahu keadaan pesakit kepada Uzzam. Laju Uzzam menghampiri figura tubuh Hanim. Mesin defibrilator dibawa oleh jururawat lain.

Saat seorang jururawat wanita cuba membuka butang blouse yang digunakan oleh Hanim. Pantas pergerakan jururawat itu dihalang oleh lelaki tersebutr. Iris matanya tajam merenung satu persatu manusia yang berada dalam ruangan itu.

"Uscire. (Keluar.)" Tegas nada suaranya menyuruh Uzzam dan beberapa jururawat yang lain keluar.

"Apa kau buat! Dia kena shock!"

"Aku kata keluar! Tinggalkan seorang jururawat dekat sini! Biar aku yang buat!" Mesin defibrilator dirampas kasar daripada pegangan Uzzam. Manakala Uzzam pula bagaikan termangu - mangu di tempatnya. Dia salah dengarkah?

"Naim, ka-kau..."

"She's my wife, I know how to saves her."

Tidak tahu sama ada ingin percaya ataupun tidak. Tapi melihat wajah Naim, Uzzam tahu Naim kini dalam keadaan terdesak. Mahu tidak mahu, kaki turut menapak menjauh dari kawasan tersebut.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now