MTHE | 53

12.8K 437 2
                                    

SEKUJUR tubuh sedang terbaring kaku di atas katil ditenung begitu lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEKUJUR tubuh sedang terbaring kaku di atas katil ditenung begitu lama. Gadis itu memejamkan matanya dengan rapat. Wajah yang pucat jelas terlihat. Berbeza sekali dengan wajah yang pernah dilihat selama ini. Inikah Idara Asha?

"Penyakit hati. Dara perlukan penderma untuk sembuh. Sekarang kesihatan Dara semakin teruk, aunty tak tahu sampai bila Dara akan macam tu.."

Masih terngiang jelas bagaimana rintihan hati Puan Aminah. Bukan setahun, bukan dua tahun tetapi sudah empat tahun Dara bertahan.

"Kenapa kau tipu aku?" Efzan berbisik sendirian. Dalam ruangan itu hanya ada mereka berdua, entah sama ada Dara mendengar ataupun tidak. Efzan harap gadis itu mendengar.

"Sebab tu kau kata kau takut terlambat, kau luahkan semua dekat aku?" Pelbagai perasaan mula menerpa di dada.

Mata tetap menatap seraut wajah yang sudah terpampang di hadapannya. Sungguh dia tidak menyangka gadis itu akan berada dalam situasi seperti itu.

Perlahan-lahan langkah dibuka menghampiri figura tubuh tersebut. Dipandang dengan jarak dekat. Jauh berbeza sekali dengan sebelumnya.

"Kenapa tipu?" Soalnya lagi. Berkali-kalipun disoal, Dara tidak memberikan jawapan. Angkara sudah tidak ada kudrat untuk melawan penyakit itu, mata terpejam dengan rapat.

Inikah yang Dara sembunyikan selama ni? Dari sebalik senyuman dan keceriaan yang sentiasa terpancar sebenarnya ada sesuatu yang hendak disembunyikan.

"Kau tak patut tipu aku, Dara. Jangan buat aku bodoh.."

Bibir diketap rapat menahan segala perasaan. Lama wajah itu ditenung.

"Efzan?" Saat mendengar suara seorang lelaki menyinggah dalam halwa telinganya. Kelopak mata sedaya upaya dicelik agar terbuka. Pandangannya tertumpu kearah lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.

"Awak ke tu?" Soal Dara sambil menyipitkan sedikit matanya. Kabur.

"Kenapa tipu?" Efzan tunjukkan wajah serius. Dara tidak tahu bagaimana ekspresi wajah Efzan kerana penglihatannya.

"Saya minta maaf." Dara mengetap bibir itu dengan rapat.

"Patutnya kau bagitahu aku, Dara. Bukannya buat aku macam orang bodoh tak tahu apa-apa." Marah lelaki itu. Entah mengapa dadanya terasa begitu sakit.

"Saya minta maaf.."

"Kenapa? Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa sanggup tipu?"

Dara memejamkan matanya. Angkara rasa sebak yang sudah tidak lagi tertahan, air mata akhirnya merembes keluar dengan esakan. Bagai dihunus dengan pedang melihat tingkah laku Efzan.

"Jawab soalan aku, Dara. Kenapa?"

"Saya taknak awak risau. Saya taknak awak ingat saya. Saya taknak, Efzan. Saya takut kalau suatu hari nanti Allah tarik nyawa saya, saya cuma tinggalkan luka dekat awak. Saya taknak." Luah Dara bersama perasaan sembilu. Ada sebab kenapa dia rahsiakan. Cukuplah dengan Amaya. Dia tidak mahu meninggalkan luka kepada Efzan.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now