"AKU terima nikahnya Idara Asha binti Hatar dengan mas kahwinnya sebanyak RM250 tunai."
Cukup dengan sekali lafaz, Dara sah menjadi isteri kepada lelaki yang diidamkan selama ini. Air mata mengalir deras sambil tangan meraup wajah itu. Mungkin ini hadiah terakhir yang Allah berikan kepadanya.
Walaupun tubuhnya terlantar di atas katil. Masih ramai yang menemaninya pada majlis penuh berkah itu. Seorang lelaki segak berpakaian putih datang menghampirinya dengan senyuman.
"Assalamualaikum Idara Asha, bidadari terindah abang.." Bisiknya begitu lembut tetapi cukup menyentuh hatinya.
"Waalaikumsalam.." Dara membalas dengan perasaan sebak. Kepala tertunduk sepi kerana takut..
Namun begitu, perlahan-lahan dagunya diangkat. Satu ciuman hangat berlabuh di atas dahinya buatkan Dara menitiskan sekali lagi air mata itu.
"Saya minta maaf, Efzan.." Berketar bibir merahnya kerana rasa bersalah. Hanya kerana tamak, dia ingin sekali menjadi milik lelaki itu walaupun Efzan tidak pernah menyatakan perasaan cinta terhadap dirinya.
"Jangan minta maaf dengan abang.." Efzan memeluk tubuh isteri yang sudah sah. Selama ini dia menjaga jarak tetapi kali ini tidak. Dia mahu menjadi kekuatan gadis itu.
Pelukan itu semakin erat buatkan Dara tidak mampu lagi menahan rasa sebak yang semakin menumpuk dalam dada itu.
"Saya minta maaf sebab tamak." Katanya lagi.
"Dara tak tamak."
Bahagian bawah bibirnya digigit dengan begitu kuat. Tidak menyangka Efzan mahu menunaikan hajatnya untuk bersama lelaki itu.
Sebentuk cincin yang terukir indah bertatahkan berlian yang cantik tersemat pada jari manisnya. Lama Dara memandangnya. Perasaan mula bercampur aduk.
Ya, kini dia menjadi milik lelaki itu. Selama-lamanya.
"Terima kasih Efzan sebab tunaikan keinginan saya.." Ucapnya sambil berbisik sebak.
"Jangan cakap macam tu. Abang minta maaf sebab buat Dara tertunggu-tunggu." Kekura tangan isterinya diusap lembut menggunakan jari itu sebelum dikucup sekilas. Ketika lafaz nikah dilepaskan, Efzan sedar Idara Asha memang tercipta untuknya.
Segala urusan pernikahan mereka dipermudahkan tanpa sebarang masalah. Itu semua kuasa Allah SWT.
"Abang tahu Dara kuat." Pujuk Efzan seraya melabuhkan ciuman hangat di tepi kepala isterinya. Menyalurkan kesemua semangat yang ada kepada isterinya.
Dara hanya tertunduk sepi tanpa mengatakan apa-apa. Dia sudah cukup kuat bertahan selama empat tahun. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik nyawanya.
"Saya harap saya boleh genggam tangan ni sampai hembusan terakhir saya." Tapak tangan yang besar itu digenggam begitu erat.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed