MTHE | 39

10.9K 413 1
                                    

"AKU dah kata tepi!" Jerkah Naim begitu kuat apabila anak buah ayah tirinya cuba menghalang jalannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKU dah kata tepi!" Jerkah Naim begitu kuat apabila anak buah ayah tirinya cuba menghalang jalannya. Kelihatan urat biru kehijauan timbul di bahagian leher cuba menahan amarah.

"Maaf Tuan Mercilio tak benar--"

"Siapa kau nak mengarah aku? Aku tahu apa yang aku buat.." Cantasnya. Keningnya hampir bertaut. Marah apabila orang tua itu mahu mengatur hidupnya tanpa dia inginkan.

Ya, dia seperti boneka.

"Ini atas arahan Tuan Mercilio. Mohon kerjasama." Arah lelaki itu lagi. Tapi Naim hanya kekal diam membisu.

Ditilik satu persatu anak buah lelaki yang hanya menjadikan dia sebagai patung untuk mendapatkan kekuasaan. Ya, selama ini dia turutkan tetapi kali ini tidak.

Tanpa ragu-ragu, gear kereta Ferrari ditukar. Pedal minyak sedia ditekan kuat. Sekumpulan lelaki yang menangkap kelakuan Naim terus meneguk air liur berpasir.

Sreett...

"Tepi!" Laungnya begitu kuat apabila kereta tersebut meluncur jauh ke hadapan. Semua berubah menjadi panik.

"Bodoh! Cepat kejar!" Arah seorang lelaki berpakaian sut hitam. Sah dia adalah ketuanya.

Masing-masing menggunakan kereta untuk mengejar kereta tersebut. Namun tak ada sesiapa yang boleh menandingi kelajuan yang dibawa oleh Naim. Kalau terlepas pandang, boleh jadi kereta itu menghilang.

"Laju sikit! Lembab ke apa?!" Keluh salah seorang sekumpulan lelaki tadi.

Bang!

Bang!

Tembakan dilepaskan. Seorang daripada mereka cuba menyasarkan tayar kereta Ferrari tersebut tetapi Naim lebih bijak mengelecek seperti bola.

"Dia guna apa sebenarnya?!"

Bang!

Kali ini Naim yang melepaskan tembakan. Walaupun sipi sipi, tetapi Naim menarik senyuman melihat sekumpulan anak buah Mercilio dalam kesengsaraan.

Kelajuan semakin ditingkatkan. Kali ini maksimum, mata kekal fokus dengan pemanduannya. Fikirannya hanya membayangkan sosok tubuh isterinya.

"Hanim, tunggu aku.." Bisiknya perlahan. Tangan semakin mengeratkan pegangan pada stereng. Dia sanggup bertarung nyawa kalau itu untuk isterinya.

Ya, dia sayangkan gadis itu.

Gadis yang menjadi pemilik hatinya.

Bang!

Sreett..

Dahi mereka berkerut apabila sebuah motorsikal besar mula melimpasi kereta itu dengan satu tembakan yang tepat mengena pada salah satu tayar belakang kereta tersebut.

"Argh bodoh! Siapa lagi ni!" Mereka saling berpandangan dengan pemandu motorsikal yang hanya mengenakan helmet. Tangan sempat membuat gaya.

"Tunggu apa lagi! Tembaklah!"

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now