MTHE | 50

13.8K 423 0
                                    

KELOPAK mata yang lama terpejam akhirnya dicelik semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KELOPAK mata yang lama terpejam akhirnya dicelik semula. Lampu siling yang menusuk iris matanya buatkan Hanim mengerutkan dahi. Saat tubuh hendak digerakkan, lengannya bagai ditindih dengan sesuatu yang berat.

Sebaik sahaja mata tertancap kearah satu figura yang begitu besar sedang duduk di samping katilnya. Hanim terkedu hingga tidak mampu mengatakan apa-apa.

Tangannya siap digenggam erat oleh lelaki itu. Kepala pula terlentok di atas lengannya. Tanpa melihat wajah, dia tahu itu Naim. Tetapi tidak mungkin Naim mengenggam erat tangannya seperti ini?

Mimpi? Mungkin.

Dalam keadaan senyap, Hanim menarik lengan itu. Genggaman tangan juga dileraikan. Ini pasti sekadar mimpi. Tidak mungkin Na--

"Let me hold your hand." Satu suara bagaikan bisikan halus menghentam sistem pendengarannya. Hanim terpaku.

Wajah tampan yang masih dalam keadaan mamai terlihat begitu menawan? Urgh! Pakai skincare apa ya?

"Maaf Tuan.. Sa--"

"Sampai bila nak berlakon?" Tatapan mata Naim umpama pisau belati. Tegas dan juga tajam. Tetapi entah mengapa dia bagaikan sudah terpukau dengan lelaki itu. Mimpi ni..

"Eh? Bila masa saya berlakon? Jangan sentuh-sentuh saya, Tuan tahu kan haram sentuh perempuan macam saya ni?" Hanim sengih seperti orang bodoh. Masih mahu melanjutkan lakonannya.

Melihat kebohongan Hanim, lelaki itu melakarkan senyuman penuh lebar. Memang pada mulanya, Naim tidak mempercayai kenyataan yang dikeluarkan oleh Haziq. Tetapi setelah melihat parut tembakan pada bahagian bahu Hanim, semuanya berubah.

Gadis itu memang berada di hadapannya sekarang. Namun, penampilan yang berbeza.

"Bila datangnya haram?" Naim menongkat wajah dengan senyuman terhias. Siap ada lesung pipit lagi.

Hanim kerut dahi. Lelaki ni dah angau ke?!

"Haram. Selagi belum kahwin."

Naim mengangguk faham. Tidak lama kemudian, lelaki itu berdiri daripada tempat duduknya. Punggung dihenyak perlahan di atas katil wad. Tangan naik menyentuh pipi Hanim buatkan Hanim laju menepis tangan itu. Aik!

"Tuan! Ni gangguan seksual. Saya bukan--"

"Bukan apa?" Naim menatap mata itu. Tidak semena-mena Hanim menelan air liur kelat berkali kali.

"Bukan isteri, Tuan. Tuan pasti tahu apa yang Tuan buat sekarang ni? Kalau saya buat laporan dekat polis, boleh jadi Tuan kena tahan dalam lokap untuk beberapa hari." Hanim mengomel penuh geram. Tidak tahu angin apa yang merasuk lelaki itu sehingga mahu menyentuhnya.

Namun begitu, kata-katanya hanya dibalas dengan tawa lelaki itu. Senyuman Naim melebar bersama mata yang asyik menatapnya. Jantung tidak usah ditanya, laju seakan akan mahu meletup.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now