MTHE | 5

27.1K 1.1K 49
                                    

"STRESS aku nak hadap dengan perempuan macam tu"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"STRESS aku nak hadap dengan perempuan macam tu"

Suara - suara penuh dengan emosi memenuhi segenap ruangan tamu di villa itu. Gelap, hanya diterangi dengan sinaran cahaya yang berasal dari kaca televisyen.

"Halah, kau tau tak kau buat aku emo sekarang ni!" Tutur Hanim lagi sambil mengetap bibirnya dengan begitu rapat. Marah benar tu.

"Cakap jelah anak tu anak kandung dia!"

"Hanim.."

Sesaat namanya diseru, Hanim ikut tersentak. Ekor matanya beralih memandang sosok tubuh yang tinggi bersama baju tshirt dipadankan dengan seluar pendek separas lutut datang menghampirinya.

"Slow sedikit suara tu.. Kau tau tak suara kau boleh dengar sampai atas" Tegur Haffaz sembari melabuhkan punggungnya di atas sofa. Sempat lagi lelaki itu mengerling skrin televisyen.

"Tengah malam begini kau tengok cerita Hindustan apasal? Memang takda cerita lain ke nak ditengok?" Kata si abang. Berkerut dahi lelaki itu. Perempuan zaman sekarang suka menonton drama korea tetapi adiknya berbeza.

Kalau bukan drama hindustan, drama Indonesia.

Kaki sinetron.

"Suka hati.." Hanim membalas selamba.

"Pandai betul kau menjawab aku, ni.. Abang nak cakap pasal event nanti"

"Kenapa?" Hanim angkat sebelah keningnya. Telekung yang masih lagi tersarung di tubuhnya dikemaskan sebelum ekor matanya beralih memandang Haffaz.

"Nanti kau datang dengan Naim.."

Hanim terdiam.

"Abang tak dapat datang.. Ada kerja dekat Perancis.."

"Jadi macam mana dengan Haira?" Soal Hanim. Haira masih kecil, takkanlah dia kena tinggal seorang?

"Takyah risau, Haira kena jaga oleh nenek dia.." Beritahu Haffaz penuh tenang. Mujur sahaja Puan Qaira rela hati ingin menjaga Haira selama seminggu. Adakalanya Haffaz risau akan keadaan Haira, apatah lagi anak perempuannya dalam keadaan tidak sihat.

"Okey, bila abang jalan?"

"Minggu depan, seminggu abang dekat sana. Satu je abang mintak, tolong tengok - tengokkan Haira.."

Hanim mengangguk mengiakan. Faham sungguh dia betapa prihatinnya Haffaz terhadap Haira yang masih lagi kecil. Anak kecil yang belum tahu apa - apa.

"Takyah risau, pandai - pandai Hanim jaga dia. Kalau kak Risa masih hidup, mesti dia dah senyum tengok abang macam ni" Tuturnya tanpa sedar.

Sejenak kemudian, Haffaz hanya mampu tersenyum tawar. Kedua dua tangannya digosok - gosok perlahan walaupun perasaan rindu sudah lama membekas dalam hati.

Ya, dia rindukan arwah.

"Itu je abang nak cakap. Satu lagi abang nak pesan.."

"Tutup TV, pergi tidur.. Esok masih ada kerja nak dibuat, kalau taknak kena leter dengan Umi, baik pergi tidur" Arah si abang dengan nada tegas.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now