MTHE | 33

12.1K 424 7
                                    

"BERSIAP lah, kita keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"BERSIAP lah, kita keluar."

Bersinar-sinar terus bola mata Hanim. Gembira akhirnya boleh keluar dari zon terkurung. Memang boleh pecah otak nak tengok benda sama setiap hari.

"Awak nak bawa saya pergi mana?" Penuh teruja dia menyoal. Senyum mahu sampai ke cuping telinga. Lebar sungguh. Manakan tidak, hampir sebulan lebih di terkurung dengan kawalan keselamatan yang begitu ketat.

Biasalah, Tuan Ravino kan?

"Jalan-jalan."

Hanim mengeluh, "Saya tahulah jalan. Tapi nak kemana?"

"Tempat yang kau tak pernah pergi." Selamba lelaki itu menjawab. Sempat tubuhnya dilabuhkan di atas sofa sebelum memandang semula ke arah Hanim.

"Dekat mana? Venice?" Hanim sengih penuh lebar. Teringin sangat nak tengok Venice. Yalah, kota yang juga menjadi salah satu tempat penggambaran filem Hollywood. Selama ni mampu tengok dari televisyen, kali ini mana tahu ada rezeki tengok depan mata?

"Kau nak pergi sana?" Anak mata Naim kini menatap seraut wajah isterinya yang sudah penuh teruja.

"Boleh ke?"

"Tak boleh." Naim menggeleng laju. Saja ingin mengusik.

"Ala! Bolehlah. Tak baik tau macam tu, kesiankan isteri awak ni. Awak dah kurung dia hampir sebulan." Wajah cuba dibuat minta simpati. Macamlah Naim makan sangat muka simpati dia.

"Tempat tu jauh, jangan mengada."

"Alaa... Bolehlah... Hm? Bolehlah ya?" Hanim mengebilkan matanya. Masih tidak berputus asa memujuk suaminya itu.

Pada masa itu, Naim turut memandang wajah isterinya. Otot muka sedaya upaya menahan senyuman daripada terukir. Bukannya apa, gelagat Hanim terlalu comel, susah untuk dia sembunyikan senyum itu.

"Buat apa nak pergi sana?" Sebelah keningnya diangkat.

"Ni honeymoon kita, takkan awak nak sia-siakan masa ni. Awak ni langsung tak romantik, Zariff lagi romantik daripada awak!" Gadis itu merengus geram. Sengaja nama Zariff diungkit.

"Dengan aku pun kau sebut nama lelaki tu, kan? Apasal? Suka dia, kalau suka pergilah.. Pergi kahwin dengan dia, jangan kahwin dengan aku." Balas Naim sedikit kasar. Dalam masa itu juga, Hanim menghidu sedikit aura cemburu daripada suaminya.

Halah! Cemburu!

"Woooo dia cemburu." Jari telunjuk dituding tajam ke arah Naim. Tergelak kecil Hanim melihat reaksi lelaki itu. Dah nampak api cemburu menyerbu dalam kalbu.

"Macam mana aku tak cemburu kalau tengok bini sendiri asyik sebut nama lelaki lain? Ingat aku ni apa? Batu tunggul? Ke aku ni laki atas kertas aje? Effort aku tinggi nak propose kau siap rasuah budak kecik tu lagi."

Angkara cemburu dan marah, tanpa sedar dia melampiaskan segala perasaannya. Hanim tersenyum senget mendengar pernyataan itu. Macam tak percaya Naim Faeeq cemburu.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now