MTHE | 43

11.1K 397 0
                                    

BERSAMA tubuh yang mengenakan baju kemeja putih bersertakan vest hitam melangkah masuk ke dalam satu ruangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BERSAMA tubuh yang mengenakan baju kemeja putih bersertakan vest hitam melangkah masuk ke dalam satu ruangan. Ruangan yang besar dengan pelbagai perabot yang cantik dan juga mewah.

"Dah datang? Maaf, Pak Long busy sangat sampai tak sedar kamu dah sampai." Bunyi pintu dikuak buatkan Naim tersentak. Dato Taqeem seolah olah tergesa-gesa menemuinya.

"Takpa. Lagipun Im baru je sampai." Kata lelaki itu. Setapak demi setapak dia mendekati figura tubuh ayah saudaranya.

"Duduklah dulu. Pak Long ada meeting tadi dengan staff. Dah alang-alang Im ada dekat sini, Pak Long nak bincang sikit." Punggung dihenyak lembut di atas sofa. Begitu juga Naim. Mereka saling berpandangan apabila merasakan topik perbincangan semakin serius.

"Pak Long nak Im kendalikan pengurusan hospital."

Naim kerutkan dahi. Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba Dato Taqeem menyuruhnya untuk mengendalikan pengurusan hospital. Setahunya Dato Taqeem tidak memegang mana-mana hospital.

"Pak Long rancang nak beli hospital Sri Jaya sebab Doktof Nazri nak jual hospital tu atas sebab tertentu. Memandangkan Im pernah jadi doktor dekat situ, tak salah kalau Pak Long letakkan Im sebagai pengarah hospital, kan?" Ulas Dato Taqeem lagi. Percaya dengan kebolehan anak saudaranya.

Saat mendengar permintaan Dato Taqeem. Naim meneguk air liur sedikit berpasir. Kembali ke hospital itu? Bolehkah dia?

"Kalau Im setuju. Pak Long dah boleh rasmikan jawatan Im minggu depan." Kata lelaki itu lagi bagi tujuan untuk memujuk.

Lama Naim mendiamkan diri. Tak lama kemudian, dia anggukkan kepala. Menerima tawaran yang diberikan oleh Dato Taqeem kepadanya.

Begitu saja mendengar jawapan Naim. Senyuman lega terlakar pada wajah orang tua itu. Bersyukur ada anak buahnya yang mampu membantu walau dia tidak mempunyai zuriat.

"Esok boleh gantikan Pak Long untuk hadiri perjumpaan. Tak banyak kerja dah, tinggal sign apa yang patut. Lagi satu, macam mana keadaan mak kamu? Sihat?"

"Syukur Alhamdulilah sihat." Balas Naim dengan anggukan.

"Datanglah rumah bawa mak kamu sekali. Dah lama Pak Long tak nampak, entah muka pun tak kenal dah." Sempat lelaki tua itu bergurau senda.

"Kalau ada masa lapang, kami datang." Kata lelaki itu lagi dengan raut wajah tenang. Dato Taqeem sememangnya orang yang baik. Jauh berbeza dengan adik beradik ibunya yang lain.

"Lepasni ada nak pergi mana-mana ke? Kalau tak ada, Pak Long belanja makan." Bahu bidang Naim dipaut lembut. Ketinggian lelaki itu memang tak dapat disamakan. Dulu Naim pendek dan selalu dipersendakan tetapi sekarang, bukan main tinggi seperti tiang lampu.

"Boleh juga."

"Jom. Dah alang-alang jumpa kamu ni, Pak Long nak juga merasa jiwa muda. Kalau balik rumah tu, dengar Mak Long kamu membebel adalah." Dia mengadu. Kerana tak ada anak untuk dia melepaskan segala tekanan, Naim lah jadi tempat sandarannya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now