MTHE | 34

11.3K 382 2
                                    

"HESY, mana dia ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"HESY, mana dia ni." Dahinya sudah mulai berkerut. Sejak tadi ekor matanya mencari-cari figura tubuh suaminya. Salah sendiri sebab melepaskan pegangan tangan Naim. Tak semena-mena dia kehilangan arah seperti budak yang sesat.

"Dahlah aku tak pandai cakap Itali, nak aku mati agaknya dekat sini." Mulutnya terkumat kamit mengutuk diri sendiri. Salah sendiri, terimalah padah sendiri.

Kaki terus melangkah cuba mencari tempat. Dengan keadaan sesak bersama orang ramai buatkan Hanim hampir tidak cukup nafas.

"Naim.." Perasaan takut menyerbu dalam dada. Sudahnya hari semakin gelap, macam mana kalau dia masih hilang? Naim tak cari dia ke?

Ish!

Pelipis kepala dipicit-picit cuba menahan sakit kepala yang teramat. Punggung dilabuhkan di atas salah satu bangku yang sudah disediakan di kawasan tersebut.

" Waktu macam ni juga telefon nak mati." Hanim mengomel sendirian sambil melihat telefon pintarnya yang sudah mati.

Lama dia merenung, akhirnya Hanim bangkit semula. Kaki diatur menuju ke salah satu lorong yang pernah dilaluinya tadi. Cantik penuh dengan lampu warna warni ketika waktu hampir malam.

"Cantiknya.." Dia bergumam dalam hati. Andailah Naim pernah melamarnya di tempat itu. Pasti akan menjadi detik indah.

Namun, Hanim hanya mampu berangan-angan. Kalau Naim mahu buat sekalipun, mungkin bukan sekarang. Dia perlu tunggu dua atau tiga tahun akan datang.

Pandangan tetap menatap kearah langit. Cantik pemandangannya dengan langit senja sehingga membuatkan jiwa Hanim tenang. Mungkin kali ini dia memandang langit seorang diri, tapi mungkin akan datang dia akan menatap langit bersama seseorang yang bermakna dalam hidupnya.

"Naim, kalaulah saya cinta pertama awak. Mesti saya akan jadi orang pertama yang dilamar oleh awak,kan?" Bisiknya bersendirian tanpa sesiapa yang mendengar. Tak menghiraukan lagi orang di sekelilingnya.

"Kalaulah kita tak pernah berpisah. Pasti saya boleh jadi yang pertama untuk awak, kan?" Katanya lagi.

Nafas ditarik lalu dihembus perlahan. Senyuman yang terukir menunjukkan suasana hati Hanim bagaimana. Bersama suara orang ramai di sekeliling, dia bahkan berjalan meredah laluan itu.

Tanpa sedar, dia diperhatikan.

Tanpa sedar, dia diperhatikan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now