MTHE | 61

12.9K 417 0
                                    

BUNYI hempasan ombak kedengaran

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNYI hempasan ombak kedengaran. Angin bertiup begitu kencang sehingga tudung shawl yang dikenakan oleh Hanim berkibar-kibar. Tepat di hadapan lautan yang terbentang luas, mereka berdiri di situ. Berada di bawah langit yang sama dan menjejakkan kaki di tempat yang sama.

Hanim senyum manis. Wajahnya kelihatan begitu cerah apabila dihiasi dengan langit senja berwarna jingga.

"Atleast we see the same sky everyday from now on."

Kata-kata itu sejenak dilontarkan oleh Hanim. Perlahan-lahan Naim menatap sisi wajah isterinya seperti menyimpan sesuatu yang mendalam.

"What do you mean with the same sky?" Soalnya pula.

"Dulu, sekarang dan masa depan.. Saya harap kita berada di bawah langit yang sama. Dulu saya sukakan awak, sekarang saya sukakan awak dan Insya Allah kalau umur saya panjang, saya harap cinta ni berkekalan."

"Cinta ni akan kekal. Abang janji." Balas Naim. Tanpa sedar, kata-kata itu sudah menyentuh perasaan Hanim.

Bukankah ini yang dia harapkan selama ini? Harapkan Naim akan mencintainya.

Saat suasana semakin sepi dan hanya ditemani dengan bunyi-bunyi ombak menghempas, Hanim berjalan mendekati air.

"Hanim!" Laung Naim seraya melangkah laju mendekati tubuh isterinya. Belum sempat air laut menyentuh kaki yang putih mulus itu, Naim lebih pantas mencempung tubuh kecil tersebut dalam dakapan.

"Lepaskan saya, Naim.."

"No, abang tak lepaskan selagi sayang tak explain. Kenapa buat macam ni? Nak bunuh diri ke?"

Serentak itu, tawa Hanim meletus. Lengannya dililit pada bahagian leher Naim bersama mata menatap antara satu sama lain.

"Bunuh diri tu berdosa. Saya nak basahkan kaki saya dengan air laut. Salah ke?"

"Cakap awal-awal, sayang." Nafas dihembus lega. Hampir sahaja detak jantungnya berhenti berdetak. Suka sangat membuatkannya terkejut.

"Sorry, tapi dah alang-alang awak masuk sekali. Kita main air sama-sama?"

"Abang tak bawa baju. Kalau abang tahu, abang bawa sekali. Boleh kita honeymoon tidur dekat mana-mana hotel."

Hanim tergamam.

"Apasal diam?" Usiknya. Bibir tersengih lebar tika melihat reaksi yang ditunjukkan Hanim. Tampak terkejut.

"Kita pengantin lama. Dah dua tahun kita berkahwin, jangan nak acah-acah jadi pengantin baru."

"Dua tahun tu masih dikira pengantin baru. Masih tak puas bercinta."

Tidak semena-mena Hanim jegilkan matanya ke atas. Naim memang suka sangat mengusiknya dengan kata-kata romantik yang ditaburkan dengan gula.

"Jangan sampai saya gigit awak."

"Abang gigit sayang balik."

"Turunkan saya." Hanim merengus geram. Walaupun dia meronta meminta Naim menurunkannya, Naim tetap merangkul tubuh itu dengan erat.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now