MTHE | 20

15.2K 507 11
                                    

DERAPAN kaki memecahkan keheningan dalam markas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DERAPAN kaki memecahkan keheningan dalam markas. Bola mata itu memandang kearah figura seorang lelaki yang sedang melakukan latihan tembakan.

"Tuan." Suara itu menyeru lelaki tersebut. Begitu menyedari kehadiran anak buahnya, pandangan segera dialihkan kearah lelaki tadi. Pistol di tangan diletakkan semula ke tempat asal. Kaca mata hitam yang dikenakan dilepaskan begitu juga penutup telinga.

"Dia nak jumpa Tuan." Kata lelaki itu lagi.

Mahu tidak mahu, dia mengangguk. Kaki yang mengenakan kasut hitam yang tebal dihayun mengikuti jejak anak buahnya.

"Alex..." Suara menyeru nama itu dipandang.

"Kenapa?" Balas Alexander bersama pandangan penuh serius. Wajah Naim tidak terlepas dari pandangannya.

"Aku nak minta tolong kau."

"Tolong apa?" Alexander mengerutkan dahi. Figura tubuh rakannya didekati lalu satu tangannya mencekak pinggang.

"Kau polis. Kau tahu." Naim menghulurkan satu plastik yang menunjukkan dalamnya ada satu kamera kecil. Alexander merenung tajam bukti itu.

"Kau dah tengok apa yang ada kat dalam tu?"

"Dah, aku dah save file pun kat tempat lain. Aku nak kau siasat benda ni. No matter what happen. Lagi satu, aku dah delete apa yang tak perlu tengok."

"Ni berkaitan dengan siapa?"

"Isteri aku."

Raut wajah Alexander kian berubah. Serius dan tajam. Malah rahangnya bergerak-gerak seperti menduga sesuatu yang busuk.

"Kau tau dalang dari semua ni?" Soal Alexander lagi. Daripada pandangan Naim, terlihat lelaki itu tahu segala-galanya.

"Black Kairos. Kau tahu nama tu, kan?"

Langsung Alexander terdiam. Halkumnya mulai bergerak seperti meneguk air liur. Tatapan mata Naim mencerlung tajam ke arahnya. Macam mana dia boleh tahu sebuah organisasi besar yang mengedar dadah di bahagian Utara Malaysia.

"Aku tahu kau tahu nama tu, Alex. Benda ni ada kaitan dengan hal aku. Aku tahu segala-galanya. Kalau nak minta bantuan aku. Aku boleh tolong."

"Tak, masalahnya. Macam mana kau tahu kewujudan organisasi tu?"

"Aku tahu sebab aku kenal ketua dia." Jawab Naim lebih laju.

"Siapa?"

"Ercel Antonio. Seorang jutawan berpengaruh tinggi di Itali. Keluarga dia semua tak betul. Tak habis guna dadah, mereka mengedar dadah. Arwah isteri dia, Alma Natasha orang Malaysia. Tapi disebabkan penyakit HIV, dia meninggal kat hospital dan aku jadi doktor dia." Beritahu Naim penuh serius. Dia kenali keluarga itu.

"Kau jadi doktor dia?"

Naim menganggukkan kepalanya. Disebabkan kematian Alma itulah menjadi punca Nicholas menyimpan dendam terhadap dirinya. Nicholas tak pernah meletakkan kepercayaan terhadap Naim. Malah mengira lelaki itu sebagai musuh ketat yang merosakkan kehidupannya.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now