MTHE | 62

16.2K 443 6
                                    

PADA hari itu, wajah Hanim terlihat begitu bersinar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PADA hari itu, wajah Hanim terlihat begitu bersinar. Duduk di atas bangku walau dipandang oleh Haffaz berkali-kali. Hanim tahu apa yang Haffaz cuba ingin sampaikan.

"Kalau abang nak marah Hanim, marah je lah. Hanim okey." Sempat dia tersenyum seperti tidak apa-apa.

"Abang tak marah. Tapi abang bangga ada adik macam Hanim." Riak wajah Haffaz buatkan Hanim terkedu. Lama juga dia merenung wajah lelaki itu. Wajah yang tampak tegas tetapi Hanim tahu Haffaz lebih menyimpan banyak luka darinya.

"Sebab itu abang datang sini temankan Hanim?" Soalnya lagi. Tinggal beberapa jam lagi dia akan dimasukkan ke dalam dewan pembedahan. Tetapi yang ada dengannya ketika itu hanya Haffaz seorang.

Tidak ada seorangkah yang mahu melihatnya?

Tidak ada seorangkah yang menemaninya selain Haffaz?

"Jangan kecil hati. Abang datang sini sebab abang nak bagi semangat. Abang tahu adik abang kuat. Tak mungkin Allah bagi jantung istimewa tu dekat Hanim, kan?" Kata-kata Haffaz seolah olah memberikannya semangat. Hanim menahan sebak lagi.

"Umi tak sayang Hanim ke? Kenapa umi tak datang?"

Haffaz ketap bibir tatkala mendengar soalan itu.

"Umi sayang."

"Habistu kenapa umi taknak jumpa Hanim?"

"Umi tahu umi tak kuat. Sebab itu umi minta abang yang datang." Jelas Haffaz. Seraya itu, Hanim menganggukkan kepalanya. Tanda faham. Mungkin itu lebih baik.

"Naim?" Nama suaminya dipetik. Sejak tadi, figura Naim langsung tidak kelihatan. Bahkan tidak ada sama sekali tanda-tanda akan tiba. Tampak sungguh Naim masih menyimpan rasa marah itu.

"Mungkin dia tengah sibuk."

"Sibuk sangat ke?"

"Hanim dah try call?"

Ekor mata beralih memandang telefon pintarnya. Dia sudah menunggu dari semalam, berharap Naim akan menelefon ataupun menghantar pesanan teks kepadanya. Tetapi...

Langsung tidak ada.

"Tak apa. Nanti dia akan call Hanim balik." Pujuk Haffaz sedaya upaya menyedapkan hati adiknya. Mahu tidak mahu, Hanim hanya mengangguk.

Jam di dinding sempat dikerling sebelum dia sendiri dipanggil oleh jururawat untuk bersiap sedia. Syukur Alhamdulilah, sepanjang tempoh pemeriksaan, semua urusan dipermudahkan. Tahap kesihatannya juga tidak sampai tahap yang membahayakan. Dengan izin Allah, risiko pemindahan organ akan berjalan dengan lancar.

"Nak pergi mana?" Tegur Haffaz sebaik sahaja melihat Hanim tiba-tiba berbangkit daripada terus melabuhkan punggung di atas bangku.

"Nak jumpa Dara."

"Sekarang?"

Hanim mengangguk mengiyakan.

"Okey. Abang bagi tiga puluh minit. Lepastu datang semula." Tegas Haffaz pula.

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now