"NAIM!"
Jeritan Hanim buatkan Naim tersentak. Lekas - lekas lelaki itu alihkan ekor matanya cuba menatap langkah isterinya yang baru sahaja menuruni tangga.
"Awak dah balik!" Jeritnya penuh teruja. Kaki itu berlari mendekati Naim lalu didakap tubuh tinggi dan sasa itu begitu erat sehingga terdorong sedikit ke belakang.
"Kau ni dah kenapa?" Ruas dahinya sudah kelihatan kerutan. Manakan tidak, tiba - tiba saja gadis itu memeluknya.
Lama juga soalan Naim tidak berbalas, Hanim eratkan pelukan dan membiarkan kepalanya disembamkan pada celah leher lelaki itu. Retak jantung sang suami benar-benar kedengaran olehnya. Laju.
"Saja nak peluk, rindu dekat awak." Hanim tersenyum simpul. Dalam hati gembira kerana Naim tidak menolak langsung. Malah membalas pelukannya walaupun tidak erat seperti yang dia lakukan.
"Buang tabiat ke?"
Puk! Tangan dihayun kuat hingga mengena pada bahagian dada Naim. Berkerut - kerut dahi lelaki itu menatap seraut wajah isterinya di hadapan. Main pukul - pukul dah pula?
"Salah ke saya nak melepas rindu?" Bibirnya dicebik.
"Kau rindu?"
Hanim menganggukkan kepalanya. Bila - bila masa saja dia akan rindukan sosok suaminya. Naim terlalu sibuk sehingga dia rasakan dirinya terlalu jauh dengan Naim.
"Berapa banyak kau rindukan aku?" Naim angkat keningnya. Tak ada angin, tak ada ribut, ada pula hatinya ingin bertanyakan soalan seperti itu.
"Eh? Nak tahu juga ke? Tak payahlah, awak bukannya rindu dekat saya pun." Kata Hanim sebelum menjegilkan matanya ke atas. Naim ni terlalu ego, nak ucap sayang tu cakap sajalah. Dari perilaku pun Hanim sudah tahu.
Seakan akan tercabar, Naim ketap bibirnya dengan rapat. Masih merenung tepat ke dalam anak mata isterinya tanpa sepatah perkataan.
"Oh ya! Saya dah masakkan makanan untuk awak." Lengan kekar itu ditarik lalu dibawa tubuh Naim menuju ke arah ruang dapur. Bau aroma makanan yang sedap kini menusuk ke dalam rongga hidungnya buatkan Naim teguk air liur. Lapar.
"Saya bukannya pandai masak sangat. Tapi jangan kata saya ni tak ada effort nak masak untuk awak. Penuh dengan kasih sayang tau."
Makanan dihidangkan di depan mata. Rupa memang cantik tapi tidak tahu adakah makanan itu kena dengan rasanya. Tanpa berlama - lama, sudu dan garfu yang diletakkan di sisi segera diambil dan dikautkan sedikit makanan untuk disuakan ke dalam mulut.
Hanim menanti disebelah Naim. Mata tak lepas memandang reaksi sang suami. Berdebar - debar dia menunggu komen seperti menunggu komen daripada Chef Wan.
"Sedap?" Dia sudah menyoal begitu saja makanan selamat dikunyah oleh Naim. Tetap menanti.
"Not bad untuk pemula."
Lebar senyuman Hanim. Suka!
"Yes!" Soraknya penuh teruja. Lantas itu, lengan Hanim melingkar pada bahagian leher suaminya lalu pipi itu dikucup sekilas buatkan Naim terkaku.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed