MTHE | 29

12.6K 444 3
                                    

RUANGAN gelap diterobos masuk penuh paksaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RUANGAN gelap diterobos masuk penuh paksaan. Lampu dinyalakan daripada senjata api itu membuatkan ruangan itu sedikit terang. Mata seakan akan mencari buruan mereka.

"Kau! Cari dekat sana! Aku cari dekat sini!" Alexander kuatkan suaranya bagi memberikan arahan kepada anak-anak buahnya. Masing - masing melakukan misi.

"Baik Tuan!"

Jawab mereka dengan serentak. Bersama kasut hitam tebal memasuki ruangan itu, setiap sudut dihalakan lampu. Setapak demi setapak terus dimajukan.

Sehinggalah...

"Stop!" Tangan diangkat menyuruh anak buahnya menghentikan langkah. Mata tertancap kearah meja yang dipenuhi dengan plastik kecil berwarna hitam. Ekor matanya beralih menatap salah seorang bawahan yang sedang berdiri di belakang. Seakan memberikan isyarat.

Begitu saja isyarat tiba, senjatanya diletakkan disisi. Kasut tebal berwarna hitam selangkah demi selangkah mendekati barang yang dicurigai. Ikatan beg plastik lantas dileraikan.

Dua-dua akhirnya bungkam. Tidak percaya apabila sepasang anak mata mereka sendiri melihat dua jenis dadah dalam beg plastik tersebut. Kokain dan Metamfetamin. Kalau salah guna, memang boleh memudaratkan diri sendiri.

Alexander mengeraskan rahangnya sebentar. Entah mengapa ianya membangkitkan kemarahan lelaki itu. Betullah apa yang Naim pernah dikatakan, Black Kairos memang sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk melakukan aktiviti haram.

"Tuan!" Belum sempat Alexander mengarahkan apa - apa. Lelaki itu sudah dipanggil. Langkah diatur kali ini lebih cepat berbanding sebelum ini.

Sebaik saja tiba, mulut tak usah lagi ditanya. Bahkan ingin mengeluarkan sepatah perkataan pun bagaikan tidak mampu lagi. Ekor mata asyik menatap gambar - gambar yang sudah jelas dilekatkan pada dinding. Seolah olah sudah merancangkan sesuatu.

"Dia memang gila.." Seorang bawahannya mula bersuara. Manakan tidak, ini kali pertama bagi lelaki itu untuk menangani kes - kes besar seperti ini. Walaupun jarak pengalamannya tidak jauh dengan Alexander, tapi Alexander lebih berpengalaman setelah bekerja di luar negara.

Alexander mengeluh panjang.

"Ambil gambar ni sebagai bukti. Jangan lepaskan satu pun bukti yang ada dalam rumah ni!"

UZZAM masih kekal berdiri di hadapan Naim. Sahabat yang juga merangkap majikannya kini duduk di hadapan Uzzam di atas kerusi kerja rumah lelaki itu. Berkali kali dibelek. Raut wajah Naim juga ikut serius buatkan Uzzam sedikit gelisah.

"Kes kematian Alma Natasha, aku nak kau siasat balik."

Mendengar arahan itu, Uzzam terus terdiam sejenak.

"Kejap. Buat apa nak siasat sedangkan kematian arwah tu dah sah-sah disebabkan HIV?" Soal Uzzam. Sudah terang lagi bersuluh kematian Alma Natasha berpunca daripada penyakit itu. Mahu buat apa lagi untuk siasat?

𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚 Where stories live. Discover now