HANIM ERIANA hanya diam menatap laporan kesihatan pesakitnya. Keberadaan lelaki yang sedang berdiri beberapa tapak dengannya langsung tidak dilihat. Dingin? Canggung? Ya, kalau boleh dia mahu menjaga jarak.
"Harini doktor tak lunch dengan doktor Naim ke?" Soal Basyirah. Sedar bahawa tidak ada interaksi antara Hanim dan juga Naim selama hampir seminggu ini.
Seperti bergaduh.
"Tak. Saya masih kenyang." Balasnya dengan senyuman tipis. Selesai menandatangani laporan kesihatan pesakit, Hanim beredar dari kawasan itu. Tubuh Naim dilimpasi tanpa kata-kata.
Tidak pasal-pasal Basyirah mengerutkan dahinya. Serupa pasangan kekasih yang sedang bergaduh pun ada.
"Hanim.."
"Ya?" Tatkala namanya dipanggil, Hanim segera menyahut. Terus saja mata kepalanya memandang ke arah sosok tubuh seorang lelaki.
Syed Efzan Hafizi.
"Nah, I ada belikan you makanan. Dengar you tak makan lagi." Bungkusan plastik dihulurkan kepada Hanim. Gadis itu hanya mampu tersenyum. Tanpa ragu, bungkusan plastik tersebut segera diambil.
"Thanks. You dah makan?"
"Dah. I risau je dekat you, semalam I dengar you kerja dan hari ni pun you kerja syif pagi. Kalau penat, mintaklah orang gantikan tempat you" Ujar Efzan. Lembut saja lelaki itu berkata dengannya.
"Takpa. I lagi selesa buat kerja ni, lagipun tak sibuk sangat macam hari tu"
Efzan angguk kepala. Tanda faham. Lama juga dia berdiri di hadapan Hanim tanpa sebarang kata-kata.
"You ada nak cakap apa-apa dengan I ke?" Hanim kembali bersuara. Melihat gerak geri Efzan membuatkan gadis itu tertanya-tanya.
"Takda. Saja nak jumpa" Balas Efzan. Dia senyum, Hanim pun senyum. Tak lama kemudian, lelaki itu berlalu pergi meninggalkannya. Dalam masa itu juga, Hanim perlahan menghembuskan nafasnya.
"Penatnya." Keluhnya sendirian. Dada diusap dengan lembut. Bayangkan bekerja sejak semalam sehingga awal pagi ini tanpa henti. Malah, dia langsung tidak ada peluang untuk melelapkan matanya.
"Irah, boleh tak tolong tengok-tengokkan patient. Saya nak berehat kat bilik rehat dulu." Pinta Hanim.
Basyirah tidak menolak. Laju-laju kepalanya diangguk cuba mengiyakan arahan yang diberikan oleh pihak atasannya. "Boleh je, dok."
"Terima kasih"
Usai mengucapkan terima kasih, dia menyusun langkah menuju ke ruang rehat. Langsung tidak ada sesiapa di situ. Sunyi.
Sesaat itu, Hanim segera melabuhkan punggungnya di atas sofa. Kemudian cuba membetulkan posisi berbaring di atas sofa tersebut.
Lega rasanya apabila tubuh dapat diregangkan. Bungkusan makanan yang Efzan bagi tidak disentuh sama sekali dan hanya diletakkan di atas meja.
YOU ARE READING
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐦 𝐄𝐫𝐢𝐚𝐧𝐚
Romance𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟑 Known as His Lovely Wife Tengku Hanim Eriana | Naim Faeeq Start : 2022 End : 2023 ➾ Crush to marriage trope ➾ She fell first, he fell harder ➾ Rollercoaster storyline ➾ Mystery ⚠️ No Plagiarism Allowed