Bakar memandang wajah Siti isterinya dan kemudian pandangannya beralih pula pada wajah Aman dan Suri. Walaupun Aryani anak saudara mereka tapi Aman dan Suri nampaknya tidak berani membuat keputusan sendiri. Mereka berdua sudah berkeluarga dan mempunyai anak sendiri.
"Hah! Apa keputusan kamu Aman, Suri?' soal Bakar pada kedua anaknya itu.
"Saya bukan apa ayah, saya tak boleh buat keputusan sekarang. Kami suami isteri perlu berbincang dulu. Anak kami pun sudah ada sepasang, rumah kami pun bukannya luas sangat untuk menambah lagi isi di dalamnya dengan orang lain. Perkara ni bukannya untuk sehari dua, yang bekerja cuma abang Ishak sorang. Kadang-kadang terputus tak sampai hujung bulan. Bulan lepas abang Razlan dah guna duit simpanan kami untuk bayar duit muka kereta yang kami pakai tu" akui Suri sambil menjerling suaminya yang kelihatan mengangguk menyokong pendapat isterinya.
"Anak saudara sendiri kau kata orang lain" soal Bakar yang agak geram mendengar jawapan Suri anak keduanya itu.
"Hah! Kau pulak Aman macam mana, apa alasan kamu pulak?" tanya Bakar ketika beralih memandang Aman anak sulungnya yang kini menjadi pengusaha kolam ikan milik arwah mertuanya.
"Saya terpaksa ikut kata isteri saya ayah sebab ayah pun faham. Segala yang saya ada sekarang semuanya datang dari arwah ayah Watie. Macam mana saya nak guna untuk besarkan Aryani kalau isteri saya tak izinkan saya guna harta keluarganya. Semua keluar masuk duit perbelanjaan kami Watie yang tentukan" Aman tunduk selepas menjelaskan kepada ayahnya kenapa dia tidak dapat membantu menjaga Aryani. Isterinya Watie pula tidak datang ke rumah mertuanya untuk ikut serta dalam mesyuarat itu kerana masih berpantang selepas melahirkan anak keduanya.
"Ayah dah agak kamu berdua memang tak akan sanggup dan sudi membela anak saudara kamu tu. Ayah tahu semua alasan yang kau berdua bagi tu bukan alasan sebenar. Hati kamu yang sebenarnya tidak mahu. Kamu masih bencikan arwah adik kamu Hardy sebab kamu cemburu lihat adik kamu pandai dan berjaya belajar sampai ke universiti. Kamu tuduh ayah pilih kasih kepada anak-anak. Tapi sebenarnya kamu tak sedar yang kamu berdua yang tak pandai ambil ayah dan ibu kamu. Bila kamu sudah berjaya, berkeluarga dan hidup senang kamu berdua lupa pada kami berdua. Kamu dah tak pandang lagi pada ayah dan ibu. Pijak rumah buruk ayah ni setahun sekali tu pun akhir-akhir raya selepas kamu beraya di rumah mertua kamu. Ayah buat majlis doa selamat pernikahan adik kamu pun kamu tak datang" Bakar tak mampu menahan rasa sebak di dadanya. Segalanya harus diluahkan agak apa yang terbuku di hatinya kini agar tidak bernanah dan busuk.
"Ayah jangan tuduh kami macam tu, kami bukan tak pedulikan ayah tapi sikap ayah yang tak nak bertolak ansur tu yang buat kami berkecil hati" Aman cuba membidas kata-kata Bakar.
"Kerana aku tak bagi kau jual tanah tu untuk hantaran duit perkahwinan kau dulu kan?. Itu sebab kau kata aku tak bertolak ansur" sahut Bakar yang sudah lama memendamkan perkara itu. Beraku dan berkau kerana hatinya terlalu sakit mendengar kata-kata Aman.
"Ayah tak bagi abang Aman jual tanah tu tapi selepas tu ayah gadaikan tanah tu untuk hantar Hardy belajar ke universiti" Suri mencelah membantu Aman menentang ayahnya.
"Adik kamu perlukan duit untuk pergi belajar. Kalau gadai kita masih ada peluang untuk dapatkan semula tanah tu" sahut Bakar mempertahankan dirinya.
"Kalau untuk Hardy ayah sanggup pulak bergolok bergadai. Ayah ada duit ke nak tebuskan semula tanah tu semula. Sudah hampir tujuh tahun ayah. Nak harap Hardy nak tolong ayah sekarang? Hah! ayah jumpalah budak yang dah dalam kuburtu. Minta budak tu tebuskan semula tanah ayah tu?" Aman meninggikan suaranya, puas meluahkan apa yang tidak terpuaskan hatinya selama ini.
"Kurang ajar kau Aman, langsung kau tak ada rasa sayang dan hormat pada adik kau. Adik kau dah tak ada pun kau sebut-sebutkan jugak" Bakar mendekati Aman ingin menyampaikan rasa geramnya dengan telapak tangannya tapi cepat-cepat dihalang oleh isterinya.
"Sudah, sudahlah tu bang, mengucaplah. Hardy dan Yana baru saja meninggal tak baik kita gaduh-gaduh begini dan sebut-sebut nama orang yang dah tak ada". Siti cuba mententeramkan suaminya.
"Kau berdua berambus dari rumah aku ni. Mulai hari ini tak payah kau fikir susah payah kami berdua ni sebagai ibu ayah kamu. Tahu aku macam mana nak bela cucu aku yang sorang tu" Aman berdegus lalu bergerak menaiki kereta Mitsubishinya lantas meninggalkan rumah papan usang milik orang tuanya. Rumah pusaka yang diwarisi daripada arwah datuknya. Sejurus selepas itu Suri dan suaminya melangkah menuju ke kereta Proton Waja juga turut bergerak meninggalkan rumah tersebut.
"Sebenar abang saja nak uji mereka berdua tu. Abang tidak akan serahkan Aryani pada sesiapa. Abang dah boleh agak apa jawapan Aman dan Suri sejak mula lagi. Tapi abang fikir kalau mereka tak boleh tolong jaga Aryani sekurang-kurangnya mereka boleh sumbangkan sedikit untuk kita belikan susu dan lampin untuk Aryani" Bakar tersenyum hampa memandang isterinya yang sedang mengoyang buaian Aryani. Seminggu selepas Hardy dan Yana meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya, Bakar telah mengumpul anak-anaknya untuk meminta buah fikiran tentang masa depan Aryani dan sedikit sumbangan untuk anak saudara mereka yang sudah menjadi yatim piatu namun apa yang Bakar dan isteri perolehi hari itu begitu mendukacitakan.
Sambil memerhati sicomel Aryani yang sedang lena di dalam buaian, Suri mengesatkan cecair yang hangat berlinangan di kelopak matanya. Suri tiba-tiba sebak apabila terkenangkan Hardy dan Yana. Memang sudah takdir Hardy dan Yana akan sehidup dan semati. Aryani merupakan suatu kenangan yang paling berharga dan satu-satunya harta bernilai yang Hardy dan Yana ditinggalkan kepada mereka berdua.
Peristiwa yang bukan mudah untuk diterima oleh Siti dan suaminya. Ketika sama-sama bergembira di saat menunggu seorang cucu, Hardy dan Yana terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan menuju ke hospital. Hardy dan Yana cedera parah dan mereka berdua akhirnya meninggal dunia. Bayi dalam kandungan Yana sempat diselamatkan oleh pihak doktor kerana berjaya dikeluarkan melalui pembedahan.
Seperti isterinya, Bakar juga sering mengelamun mengingat kejadian malang yang menimpa Yana dan Hardy. Melihat isterinya mengalirkan air mata Bakar juga turut tidak dapat membendung perasaan sedih dan pilu yang menular dalam hatinya. Hanya air mata yang mampu menceritakan apa yang mereka sama-sama rasakan waktu itu. Kenapa tuhan ambil nyawa anaknya yang baik, sedangkan anak yang tidak pernah menghargai dibiarkan hidup lama. Bakar berishtifar panjang apabila menyedari dirinya seperti tidak redha dengan ketentuan tuhan seperti meragui apa yang tuhan buat.
Hardy hanya sempat bekerja hampir setahun untuk menunai kewajipan membalas jasa kedua orang tuanya. Seribu ringgit dari wang gaji diserahkan kedua ibunya untuk perbelanjaan. Seminggu sebelum peristiwa malang tersebut Hardy cuba membuat pinjaman bank untuk menebuskan semula tanah pusaka ayahnya tapi akhirnya semua harapan Bakar untuk mengambil semula tanah tersebut akhirnya tidak kesampaian.
Selagi lelaki yang bernama Dato' Kadir masih hidup Bakar yakin majikannya itu tetap menepati janji tidak akan mengenakan bunga ke atas harga gadaian tanah tersebut. Lelaki itu berjanji akan memberi harga yang sama mengikut jumlah pinjaman Bakar kepadanya walau selama mana geran tanah tersebut berada di tangannya. Tetapi sampai bilakah hayat majikannya yang berhati mulia itu. Mampukah Bakar menebuskan tanah pusaka tersebut semasa hayat Dato' Kadir masih ada. Bakar risau jikalau waris majikannya nanti tidak semulia hati majikannya itu dan tidak menghiraukan tentang perjanjian antara Dato' Kadir dan Bakar.
"Lima puluh ribu, sampai bongkok pun abang bekerja dengan bos abang tu belum tentu lagi abang boleh tebus tanah kita tu. Sekarang kita perlukan duit untuk besarkan Aryani pula" Siti turut terharu mendengar kata-kata suaminya. Dato' Kadir seorang majikan yang terlalu baik. Pada mulanya Dato' Kadir cuma mahu memberi pinjaman wang sewaktu Hardy mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti di London tetapi Bakar rasa malu untuk menerimanya begitu saja dan akhirnya meletakkan tanah pusakanya sebagai cagaran. Dato'Kadir pula terpaksa bersetuju apabila Bakar terlalu mendesaknya menerima tanah tersebut. Perjanjian tanpa hitam putih itu yang hanya diketahui di antara Bakar, Siti dan Dato' Kadir sahaja. Bakar berharap tamat belajar dan berjaya mendapat pekerjaan Hardy boleh membantunya menebus semula tanah tersebut. Bakar cepat-cepat mengesat airmata yang mula berlinangan di kelopak matanya apabila ingatan kembali terkenangkan arwah anak bongsunya itu..
"Ayah tahu Hardy dah cuba nak bantu ayah tapi tuhan lebih sayangkan Hardy. Ayah tak pernah menyesal dan menyalahkan Hardy kalau ayah gagal mendapatkan kembali tanah pusaka itu. Hardy tenanglah di sana, tinggallah semua kenangan di dunia ini, urusan dunia adalah untuk orang yang masih hidup seperti ayah. Ayah akan membesar dan mendidik cucu ayah jadi insan yang sempurna akhlak dan lakunya. Semoga Aryani menjadi gadis yang membanggakan sesiapa saja yang memilikinya" Air matanya dibiarkan jatuh satu persatu, biarlah, mungkin itu boleh melarikan kerinduannya pada arwah Hardy dan arwah Yana yang masih terbayang di depan matanya.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...