Aryani tidak tahu berapa hari dia akan bermalam di rumah bakal mentuanya. Bakar dan Siti mengizinkannya pergi tapi jelas wajah kedua orang tua tersebut begitu sedih. Selama ini Aryani tidak pernah berjauhan dari mereka atau bermalam di rumah orang lain tanpa atok dan nenek ada bersama.
"Tolong jaga cucu nenek elok-elok ya nak. Hanya Yani yang atok dan nenek ada dalam dunia ni. Selama ni Yani tak pernah bermalam di rumah orang kalau kami tak ikut sekali". Syed Ismeth tersenyum dan mengangguk mendengar pesanan yang sudah diulang beberapa kali oleh Siti di hadapannya.
"Nenek jangan risau, saya akan jaga Yani macam saya jaga nyawa saya sendiri. Dekat sana nanti ada mama dan saya tahu mama sayangkan Yani macam dia sayangkan saya". Siti gembira mendengar jawapan Syed Ismeth .
Mendengar nasihat mama dan tunangnya Aryani hanya membawa beberapa pasang pakaian sahaja. Bakal ibu mentuanya memberitahunya bahawa dia telah membeli banyak baju untuk bakal menantunya itu. Selama ini Puan Sharifah Ratnah terlalu inginkan anak perempuan tetapi hajatnya tidak kesampaian. Kehadiran bakal menantunya yang begitu sempurna, cantik dan menawan dengan sekali pandang berjaya menambat jiwa dan naluri keibuannya. Kehadiran Aryani disambutnya seperti kehadiran anak perempuan yang ditunggu-tunggunya selama ini.
"Sejak awak tak dapat saya hubungi seminggu yang lalu, hari-hari mama suruh saya cari awak. Mama suruh saya pergi kampung jemput awak ke KL sehingga saya terpaksa ceritakan perkara yang sebenar bahawa saya tidak dapat menghubungi awak. Saya juga terpaksa beritahu mama yang awak dan atok serta nenek awak tidak ada di kampung. Hari-hari mama berleter dan marahkan saya sehingga saya hampir nak menangis dibuatnya. Dalam saya risaukan dan rindukan awak mama pulak tak henti-henti membebel dan salahkan saya" Aryani rasa bersalah mendengar cerita lelaki itu. Apakah pula yang akan berlaku sekiranya dia terus melayan marah dan rajuknya sehingga mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka.
"Saya minta maaf sebab susahkan dan buat awak risau. Saya tak fikir awak akan peduli dan risaukan fasal saya kalau saya ada atau tidak kerana pertunangan kita terjalin atas sebab yang awak sendiri faham. Saya tak fikir saya ni penting pada awak sebab awak ada kekasih yang boleh menghiburkan hati awak malah saya anggap awak tentu gembira kalau saya tak mengganggu awak berdua.
Kalau ikutkan hati memang saya nak pujuk atok jualkan tanah tu dan bayar semua hutang pada awak dan kami pindah ke tempat lain tapi saya tak mahu menyusahkan atok dan buat dia rasa kecewa dengan saya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk berkorban demi kebahagian atok dan nenek walaupun saya terpaksa menanggung deritanya. Saya tak kisah akan menjadi isteri di atas kertas pada awak asalkan saya mampu membalas pergorbanan atok dan nenek }kerana menjaga dan membesarkan saya dan membantu arwah ayah mendapatkan semula tanah pusaka atok yang tergadai kerana membiayai pengajian arwah ayah saya dulu. Saya tak mahu Pak Long dan Mak Ngah terus mengutuk dan menyalahkan arwah ayah saya" panjang luahan hatinya. Aryani mengesat air matanya yang tidak mampu dibendung kala mengingatkan perkara yang bersangkutan dengan arwah ayahnya.
"Sayang, buangkan semua prasangka yang tujuan awak berkahwin dengan saya untuk membayar hutang atok tu. Semua tu alasan saja sebab sebenarnya saya memang suka dan cintakan awak. Tiada cara lain untuk saya mengikat awak untuk jadi milik saya. Saya tak mahu kehilangan awak dan tak mahu awak jadi milik orang lain. Saya sanggup berkorban apa saya untuk dapatkan awak. Saya tak kisah siapa pun awak sebab dalam hati saya hanya ada wajah awak yang sering bertahta dan akan melekat di sini sampai bila-bila" sambil tangannya mendakap ke dadanya Syed Ismeth menatap wajah Aryani penuh kasih bersulam cinta yang syahdu.
Sepanjang perjalanan mereka berbual pelbagai cerita dan Syed Ismeth bertanyakan banyak soalan kepada Aryani tentang peribadi tunangnya.
"Saya memang tak ramai kawan kecuali kawan-kawan yang saya kenali zaman sekolah. Shima satu-satunya kawan saya sejak zaman sekolah rendah lagi yang masih saya berhubung sampai sekarang. Dia mengikut pengajian diploma kejururawatan di sebuah kolej di KL. Dia balik masa kita bertunang hari tu" sambil tersenyum mengingatkan kenangan-kenangan lucu, pahit dan manis yang pernah dilaluinya bersama Shima.
"Awak mesti ramai temankan?" sambil berpaling memandang tunangnya yang diam mendengar ceritanya walaupun lelaki itu menumpukan pada pemanduannya.
"Adalah jugak tapi bila saya menyambung pelajaran ke UK saya kurang berkawan dengan sesiapa. Hanya seorang dua itupun semuanya kawan lelaki sebab saya lebih gemar menghabiskan dengan sukan ekstrem bila cuti semester. Balik saja ke sini selepas habis belajar saya terus ambil alih beberapa tugas penting dalam syarikat dan sejak dari tu hampir separuh dari kehidupan saya tumpukan pada kerja". Mengingati dirinya yang selalu dimarahi oleh mamanya yang kerap balik lewat dan pernah sampai tertidur di dalam pejabat sampai ke pagi.
"Kalau masa awak asyik dengan kerja macam mana pulak awak ada masa layan perempuan yang rapat dengan awak tu? Kalau awak tak selalu layan takkan dia serapat dan semesra itu dekat awak" teringatkan perempuan yang dilihatnya bersama tunangnya hari itu. Mesti lelaki itu berbohong padanya.
"Katrina, dia maksud awak. Dia yang sebenar selalu datang ke pejabat saya. Selain kami dah lama kenal sejak zaman sekolah menengah, kami juga rakan kongsi dalam perniagaan. Syarikat Kat ada jalinkan beberapa kerja sama dengan syarikat kami jadi kami selalu keluar bersama atas urusan perniagaan terutama waktu lunch atau berjumpa di majlis-majlis makan malam yang diajurkan oleh rakan-rakan niaga kami. Kat memang pandai curi masa saya sebab itu dia nampak rapat dengan saya. Tapi dia juga selalu marah dan merajuk dengan saya sebab kerap menolak dan tiada masa untuk menemaninya. Tapi sebenarnya walaupun saya ada terluang, saya memang sengaja mengelak untuk bertemu dengannya. Dia bukan gadis yang saya rindu kalau tidak berjumpa dan ketiadaannya tidak buat saya rasa kehilangan seperti apa yang saya rasa pada awak. Seminit tanpa suara awak saya rasa terlalu lama saya kehilangan awak" luahnya diakhir bicaranya yang panjang lebar. Aryani tersenyum lantas melemparkan pandangannya ke luar tingkap.
"Awak tak sukakan saya ke?" soalnya kemudian tangan kirinya meraih tangan Aryani ke dalam genggamannya.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana, awak tunang saya jadi tanggungjawab saya untuk menyukai tunang sendiri dan menerimanya dalam hati saya" Aryani tidak pasti apakah jawapannya itu boleh diguna pakai.
"Tak sedikitpun ada perasaan tu sejak awak jumpa saya?' soalnya lagi sambil tersenyum.
"Memang pada mulanya saya bencikan awak sebab awak langgar nenek saya" mengingatkan bagaimana bencinya dia dengan orang yang melanggar nenek kesayangannya. Bermacam-macam kutukan yang pernah dilemparkannya kepada lelaki itu sebelum ini.
"Sampai awak kutuk saya macam-macam dan awak tumbuk perut saya" sambungnya pula sambil tergelak kecil. Aryani turut tersenyum mendengarnya.
"Garang betul awak masa tu tapi garang macam mana pun awak tetap comel di mata saya. Sampai saya gelar awak sigarang yang cute" sambungnya lagi sambil jarinya pantas mencuit hidung Aryani.
"Saya minta maaf sebab saya marah sangat masa tu" Aryani rasa malu juga apabila mengingat peristiwa itu.
"Saya tak ambil hati pun tapi sejak hari tu saya nampak awak ni seperti ada dua identiti yang begitu berbeza. Kalau marah awak akan akan jadi seorang yang begitu garang dan dan keadaan tenang pula awak seorang yang begitu lembut dan berbudi bahasa"tambah lelaki setelah mengingat kembali kenangan itu.
"Ye ke? Banyak lagi yang awak belum tahu dan belajar tentang saya". sahut Aryani pula.
"Ya begitu juga diri saya, jadi mulai sekarang kita akan saling kenal mengenali. Saya ingin mengenali serapat-rapat dan sedalam-dalam wanita yang akan menjadi teman hidup saya dan yang akan berkongsi segala-gala dengan saya tidak lama lagi. Yang akan menemani saya dalam susah dan senang, dalam suka dan duka. Sanggupkan awak berjanji untuk selalu ada di samping saya dan sentiasa menemani saya walaupun ke mana saya pergi" pandangan mererka bersatu sebaik sahaja Syed Ismeth memberhentikan kereta mereka di tapak parkir di sebuah kawasan R&R.
"Sanggupkah awak?" soalnya lagi sambil menggenggam erat tangan Aryani. Aryani membalas renungan kemudian mengangguk kepalanya sambil tersenyum.
'Thanks sayang, I love you so much forever" ucapnya dengan perasaan yang sarat dengan rasa cinta yang membara.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...