36.I Hope You Bahagia

57 1 0
                                    

Aryani menconggak-conggak mengira berapa kali lelaki itu lalu di hadapan meja. Kalau lelaki itu hendak berjumpa dengan Syed Ismeth tentu lelaki itu akan bertanya keberadaan majikan merangkap tunangan kesayangannya itu di dalam bilik kepadanya. Lelaki itu meleparkan senyuman setiap kali Aryani mengangkat wajah memandangnya.
"Awak ada ambil bodyguard baru ke dan sekarang sebab sudah sebelas kali orang tu buat kawad kaki di hadapan meja saya" sudah tidak sabar dan muak melihat wajah separuh handsome lelaki itu di hadapan mejanya Aryani terus menekan butang interkomnya untuk bertanya pada Syed Ismeth. Syed Kazi menggarukan kepalanya mendengar suara Aryani. Selang beberapa saat pintu bilik Syed Ismeth terbuka. Syed Kazi cepat-cepat mengatur langkahnya hendak meninggalkan tempatnya berdiri.
"Kaz, masuk dalam!" arah Syed Ismeth sambil mencerlung matanya melihat lelaki itu. Syed Kazi melemparkan senyuman dengan wajah tidak bersalah. Dengan perlahan lelaki itu terpaksa memutarkan laluannya menuju ke bilik Syed Ismeth .
"Kau dah tak da kerja nak buat ke selain dari praktis kawad kaki depan meja secretary aku tu?" Syed Kazi tersengih mendengar soalan Syed Ismeth .
"Aku sekadar nak tengok dia aje, cantik sangat! Dia ganti Fatima ke? siapa perempuan tu mana kau jumpa" soal Syed Kazi akhir membongkarkan rahsianya membuat kawad kaki di hadapan meja Aryani tadi.
"Kau ni bukan buaya tembaga lagi tapi buaya besi buruk. Pantang ada perempuan cantik cepat-cepatlah kau nak jual saham. Dia ganti sementara tempat Fatima. Dia secretary aku, tiada kena mengena dengan kau, jangan kau nak kacau. Nahas kau aku kerjakan nanti" amaran Syed Ismeth membuatkan mata Syed Kazi membutang.
"Kenapa pulak? Bukan dia awek atau isteri kau pun. Kau kan dah ada Katrina?" soal Syed Kazi tidak puas hati dengan amaran Syed Ismeth .
"Itu aku tak peduli, Katrina tu kau boleh ambil. Aku bagi can kau pikat dia sampai dapat aku tak kisah tapi yang dekat luar tu kau jangan nak cuba-cuba. Bayang dia pun aku tak bagi kau sentuh. Aku cakap betul ni bukan main-main. Kau kau buat jugak tahulah nasib kau kalau akau dah beri arahan pada askar kamando aku yang empat orang tu" dengan wajah yang serius memberi amaran sekali lagi kepada Syed Kazi.
"Sampai macam tu sekali. Apa ni bro, kenapa kau strick sangat ni? Kat tu bukannya aku nak sangat pun tapi yang dekat luar tu boleh jadi calon isteri yang mithali. Perempuan macam tulah sebenar yang aku cuba nak cari. Cantik, manis, menutup aurat, lemah lembut. Bila aku nampak dia senyum pada Masitah tadi fuhh! bergetar jantung aku tengok lesung pipit di pipinya tu. Bibir tu kalau aku dapat cium tak lepas bro" Syed Ismeth semakin geram mendengar kata-kata Syed Kazi lalu dengan marah lelaki itu bangun dari kerusi terus mendekati Syed Kazi. Leher baju lelaki itu diterkam sambil menikam tajam pandangannya ke mata Syed Kazi.
"Kau ni pekak kah apa?, aku tak suka dengar kau cakap apa saja pasal perempuan tu dah kalau kau cakap lagi sekali aku akan pecat kau dari sini. She is my mine!" gertaknya dengan suara yang kuat. Syed Kazi menelan air liurnya. Selama ini tidak pernah Syed Kazi melihat Syed Ismeth marah sehingga bertindak begitu kepadanya. Saiz tubuh Syed Ismeth yang lebih besar dan tinggi daripadanya membuatkan dia mudah berasa kecut dan mengalah kepada lelaki itu apalagi digertak seperti itu.
"Kau..kau ni kenapa Am, aku cakap je. Aku minta maaf sebab cakap yang bukan-bukan tadi. Aku janji tak kacau perempuan tu kalau kau tak suka cuma aku nak tahu siapa perempuan tu?" Syed Ismeth melepaskan tangannya yang mencengkam leher baju Syed Kazi kemudian kedengaran suara keluhannya.
"Aku sayang dan cintakan dia dan sekarang she is my fiancée and wife future, aku harap kau jangan hebohkan dulu terutama pada Katrina. Kalau Kat tahu selepas kami berkahwin aku tak kisah sebab aku tak mahu hubungan kami rosak dan aku kehilangan dia" Syed Ismeth menghampiri kerusi lalu melabuhkan punggung di situ. Terpaksa memberitahu Syed Kazi perkara yang sebenar.
Syed Kazi bagai tidak percaya dan agak terkejut mendengar cerita yang disampaikan oleh Syed Ismeth. Selama ini dia tidak pernah mendengar lelaki itu rapat dengan mana-mana perempuan dan mengakuinya sebagai kekasih apalagi sebagai tunang atau calon isteri. Tanpa angin dan ribut tiba-tiba Syed Ismeth memberitahunya bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan yang bertugas sebagai setiausaha sementaranya itu.
"Kalau kau cakap dari awal kan mudah aku faham kenapa kau bermati-mati bagi amaran pada aku. Kenapa selama ini aku tak pernah langsung dengar pasal perempuan ni dari kau. Mana kau jumpa dia dan aku rasa dia bukan perempuan KL yang selalu mengedik dekat kau selama ni" Syed Kazi turut melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Di samping terkejut mendengar pengakuan Syed Ismeth tadi dia juga begitu teruja untuk mendengar cerita yang seterusnya. Banyak perkara yang berlaku setelah dia tiada di syarikat tersebut kerana selama sebulan dia terpaksa berada di Singapura atas urusan keluarganya dan selepas itu dia sibuk pula menguruskan adik perempuannya yang akan berangkat ke New Zealand untuk menyambung pelajaran.
"Cukuplah rasanya kalau aku beritahu kau yang aku dah temui apa yang aku nak dan cari selama ni. Kami akan berkahwin bulan depan dan selepas majlis di pihak perempuan kami akan buat pula majlis persandingan dan resepsi di Ballroom utama Mega Paradise Hotel sempena perasmian hotel baru kita tu. Seminggu sebelum majlis barulah kita orang edarkan kad jemputan. I nak you jadi pengapit I nanti" Syed Kazi kelihatan mengangkat keningnya mendengar cerita Syed Ismeth .
"Kat macam mana?"
"Dari dulu lagi mama I memang berharap agar hubungan aku dan Kat takkan ke mana dan aku pun sedaya upaya cuba mencintai tapi perasaan aku hanya mampu menerimanya sebagai seorang kawan. Mama begitu gembira sekali menerima Yani. Mereka begitu serasi dan cepat mesra malah Yani macam telah merampas tempat aku di hati mama. Aku tahu Kat pasti marah tapi nak buat macam mana, cinta aku bukan untuk dia. Aku cuma harap Kat redha dan terima takdir bahawa aku bukan jodohnya dan kami takkan bahagia kalau perasaan aku dipaksa untuk menerimanya" luah Syed Ismeth lagi dengan tenang dan perlahan.
"I hope you bahagia dan semua berjalan ok. She menang sempurna sebagai seorang isteri. Tak payah tahu dalaman, dari luaran pun I boleh nampak sebab tu I macam orang bodoh dekat luar tadi konon nak masuk daun tapi langsung tak ada respon kantoi lagilah ada sebab dia report pada you" Syed Ismeth tersenyum mendengar jawapan Syed Kazi kemudian dia melihat jam tangannya.
"Jom Kaz, I belanja you lunch. Something I nak discuss pada you pasal bisness baru yang nak masuk".
"Ada good news ke?" tanya Syed Kazi ketika bangun dari kerusinya.
"Yup, I dapat pada seminar dua hari lepas" mereka berdua melangkah beriringan keluar dari bilik.
"Sayang jom keluar lunch!" Syed Ismeth mendekati meja setiausahanya.
"Tak awal sangat ke baru pukul 12 ni" tanya Aryani sambil menjerling jam tangan baru jenama Roscani yang dihadiahkan oleh Puan Sharifah Ratnah semalam.
"Tak pa, bos yang ajak" Syed Kazi mencelah. Syed Ismeth tersenyum mendengarnya. Aryani mencapai tas tangannya lalu melangkah menyaingi Syed Ismeth menuju ke pintu utama pejabat tersebut. Kebetulan pintu lif terbuka mereka bertiga terus memboloskan diri ke dalam lif yang akan bergerak turun menuju ke lobi bangunan Wisma Walid.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now