77.Dalam Perut Mama Ada Baby

109 2 0
                                    

Nora sudah merasakan dia tidak mampu lagi turut sama menanggung dosa kerana membiarkan majikan terus melakukan dosa kerana hampir setiap malam ada saja tanda yang membuktikan majikannya membawa lelaki masuk ke bilik tidur. Minggu lepas dia meminta cuti untuk menziarahi ahli keluarganya yang berada di kampung. Nora masih mempunyai ibu saudara yang kerap ditanyanya khabar berita.
“Kenapa puan?” tanya Nora bila melihat muka majikan agak pucat dan kurang berselera untuk makan.
“Entahlah, rasa tak sedap badan. Mual pulak bila tercium bau asam pedas Kak Nora tu” Nora sudah tidak sedap hati mendengar jawapan majikannya. Perkara itu mula bersarang di kepalanya. ‘Kalau dah setiap malam layan jantan mana taknya perut tu berisi’ rungut Nora dalam hatinya.
“Kak Nora bila nak mula cuti?” tanya Aryani sambil memandang wajah Nora yang sedikit pelik merenungnya.
“Hari ini puan tapi lepas Asar nanti barulah saya balik” ujar Nora memberitahu majikannya.
‘Kalau aku tak ada nanti makin senanglah kau bawa jantan masuk rumah ni, Adam  tu bukan tahu apa lagi’. Bisik Nora dalam hatinya sambil tangannya menyambung kerjanya menghidang makan tengah hari untuk majikannya. 
Nora sebenarnya ada tujuan dan niat lain sewaktu meminta cuti dari majikan dan menziarahi keluarganya adalah alasan agar majikannya tidak curiga dengan rancangannya.
“Kenapa sayang tak berterus terang saja dengan Kak Nora. Mesti dia fikir sayang buat kerja tak baik” Syed Ismeth risau tanggapan tidak baik Kak Nora pada mereka. Aryani juga ingin mencerita perkara yang sebenarnya pada Nora tetapi belum ada kesempatan. Memandang Nora sudah keluar petang tadi Aryani menhubungi  suaminya agar datang awal ke  kondonya. Kepalanya yang kerap pening dan tubuhnya rasa kurang sihat membuatkan dia ingin selalu berasa di sisi suaminya.
“Nak cakap tapi tunggulah dulu. Abang kepala Yani peninglah” ucapnya sambil memicit-micit dahinya. Dahi Syed Ismeth  berkerut menatap wajah isterinya. Syed Ismeth menarik tubuh isterinya lalu merebahkan kepala isterinya di atas ribanya. Sejak sampai tadi dia nampak wajah isterinya pucat dan hendak menegurnya.
“Muka sayang pucat, sayang sakit ke?”
“Mama tak nak makan sebab tu cakit” Adam  yang nampak seronok menonton kartun di televisyen rupanya sempat mencuri dengar perbualan papa dan mamanya. Aryani dan Syed Ismeth saling berpandang apabila mendengar suara Adam  mencelah.
“Sebab tu pening sebab perut dah masuk angin” membenarkan kata-kata Adam sambil tangannya terus mengelus perlahan rambut isterinya.
“Tak da seleralah bang. Bau ikan masak asam pedas yang Kak Nora masa makan tengah hari tadi buat Yani rasa loya nak muntah” cerita sambil menggosok-gosok perutnya di sebalik baju T ketat yang tersarung di tubuhnya. Syed Ismeth  semakin risau mendengar cerita isterinya.
“Lepas Maghrib sekejap lagi abang bawa sayang pergi klinik ya. Risau abang dengar cerita sayang tu” Aryani mengangguk mendengar cadangan suaminya.
  “Lepas tu kita singgah KFC, Adam  nak ayam goyeng”  Syed Ismeth  tergelak mendengar Adam  menyampuk perbualan mereka.
   “Adam  ni, asyik-asyik ayam goreng KFC. Nak muntah tau mama bila dengar ayam goreng” Aryani menegur anaknya.
    “Ayam goyeng sedaplah mama tengok tu sehingga mencilat jari” kebetulan iklan KFC keluar di kaca televisyen. Syed Ismeth dan Aryani  menggelengkan kepala melihat gelagat anak mereka.
  
Syed Ismeth akhirnya bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati pengalaman yang pernah dia terlepas dulu. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Syed Ismeth mencium sepuas-puasnya pipi dan bibir isterinya, naik rimas Aryani dibuatnya. Adam  yang duduk di belakang kereta papanya menutupkan matanya dengan telapak tangan.
  “Malulah Adam  tengok” suara anak kecil itu membuatkan Syed Ismeth  baru tersedar ada insan lain yang berada dalam kereta mereka selain dia dan isterinya.
“Papa gembira sangat sebab tu tak nampak Adam  tadi. Papa aje yang boleh buat mama macam tu sebab papa sayang mama” Syed Ismeth  tersengih memandang Adam  sebaik sahaja kanak-kanak itu membukakan matanya.
“Adam tahu tak kenapa papa gembira sangat malam” Adam  menggelengkan kepala.
“Sebab dalam perut mama ada baby, adik Adam” Adam  membutangkan matanya memandang papa dan mamanya.
“Betulkah mama” Aryani mengangguk sambil tersenyum menatap Adam. Memang kebahagian sukar digambarkan saat itu. Dulu semasa mula-mula tahu dirinya mengandung Adam, Aryani tidak dapat berkongsi rasa gembira itu bersama suaminya atau sesiapa pun. Malah cuma kesedihan  yang dirasai ketika mengandungkan Adam.
Saat melahirkan Adam dia bertarung seorang diri tanpa suaminya. Adam yang sepatutnya diazan dan diiqamadkan oleh papanya akhirnya dilaksanakan seorang ustaz yang dibawa oleh Tan Sri Dato' Wong  menemuinya di hospital. Sedih hatinya mengingatkan detik-detik itu.
“Abang tak mahu lagi terlepas peluang ini seperti dulu. Kali ini abang akan sentiasa di samping sayang sepanjang masa sayang mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak kita. Abang akan jadi pelindung untuk keluarga kita. Abang akan jaga sayang, Adam  dan anak kita ni” sambil memegang perut isterinya.
“Dan sayang jaga diri, jaga kesihatan”tambahnya lagi.
“Yani dah pernah laluinya seorang diri bang dan tiada siapa tahu sakit payah Yani mengandungkan Adam dulu, usah abang risau” Syed Ismeth terkedu mendengar jawpan isterinya. Dia tahu Aryani memang terlalu kecewa dan sukar melupakan apa yang sudah berlaku. Bukan dia meninggalkan isterinya tapi dia tetap rasa bersalah kerana Aryani membawa diri kerana merajuk dan kecewa kepadanya. Dahi dan pipi isterinya diciumnya sekali lagi sebelum menggerakkan kereta meninggalkan kawasan klinik tersebut.
Adam  sudah lena selepas meratah seketul ayam goreng.  Syed Ismeth  menatang tubuh anaknya membawanya masuk ke bilik. Aryani masih lagi cuba menghabiskan segelas susu Anmum  yang dibancuh oleh suaminya sebentar tadi. Sebaik sahaja tahu isteri mengandung Syed Ismeth terus membawa isterinya singgah di sebuah pasaraya untuk membeli susu untuk ibu mengandung apabila mengingatkan nasihat doktor yang memeriksa isterinya di klinik tadi.
“Habiskan, abang nak isteri dan anak abang sihat. Sayang cakap apa saja sayang nak abang akan cuba dapatkan” ujarnya sambil tersenyum memandang isterinya.
Aryani segera menghabiskan sisa air susu dalam gelasnya sebelum menyerahkan gelas kosong di tangannya kepada suaminya.
“Abang, Yani harap akan dapat anak perempuan kali ni” Syed Ismeth  mengangguk lalu mencempung tubuh isterinya masuk ke bilik tidur.
“Sayang, I love you! abang tak tahu nak gambar macam mana perasaan abang sekarang. Di baluti satu selimut tebal Syed Ismeth merenung sayang wajah isterinya yang terlentang di sebelah dan sebelah tangannya menyokong kepalanya sementara Aryani menatap wajah suaminya tanpa berkelip.
Ketika pasangan tersebut saling berpandangan terdengar bunyi loceng pintu di tekan beberapa kali.
“Orang abang tak?”
“Kalau ada hal mereka akan cal abang dulu. Sekarang mereka tentu dah membuta dalam kondo abang” balas Syed Ismeth  sambil membalas pandangan isterinya. Syed Ismeth  terus mendail nombor Norman supaya memeriksa di luar kondo isterinya untuk memastikan siapa yang menekan loceng kondo isterinya.
“Ada pegawai dari JAWI bos, mereka nak buat serbuan”
“What!, serbuan apa? gila. Siapa yang buat  aduan” Syed Ismeth terus bangkit dari katil lalu mencapai pijama mandi kemudian  melangkah keluar dari bilik tidur.
Aryani turut menyarung pijama mandinya dan memakai sehelai tudung ekpress di kepala sebelum menemui suaminya di ruang tamu.
“Kami dapat laporan bahawa ada orang bersekedudukan dan buat maksiat dalam kondo ini” beritahu salah seorang lelaki yang berkopiah tersebut. Norman dan orang-orang  sudah tersenyum melihat suasana tersebut.
“Norman, you settle benda ni semua” arahnya kepada Norman.
“Sayang mana sijil kahwin kita, ambil my kad abang dan my kad sayang sekali dalam bilik” beritahunya kepada isterinya.
“Encik-encik! Mereka pasangan suami isteri, sudah empat tahun kahwin. Ini buktinya” beritahu Norman sambil menyerah semua dokumen yang berkaitan.
Keempat-empat pegawai JAWI tersebut berbincang dan nampak berpuas hati dengan bukti yang ditunjukkan.
“Maafkan kami kerana mengganggu tuan dan isteri  malam-malam begini. Kami cuma menjalankan tugas. Kalau tak bersalah kami takkan ambil sebarang tindakan. Kami minta diri dulu” beritahu salah seorang pegawai JAWI tersebut.
“Tunggu dulu. Siapa yang buat laporan ni?” Syed Ismeth  menahan pegawai JAWI tersebut.
“Maaf tuan, sudah menjadi prosedur kami untuk merahsiakan identiti  pemberi maklumat, assalammualaikum!” sahutnya pegawai tersebut sebelum berlalu pergi.
“Waalaikummussalam” balas Syed Ismeth  dengan suara yang perlahan.
“Macam-macam hal” Norman dan orang-orang tergelak mendengar rungutan majikannya sebelum beredar meninggalkan kondo tersebut.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now