22.Cinta Bererti Saling Mempercayai

57 1 0
                                    


Syed Ismeth mengarahkan salah seorang pengawal peribadinya pergi ke kampung Aryani tetapi berita yang disampaikan oleh orang suruhannya membuatkan hati dan perasaan Syed Ismeth semakin bertambah risau. Rumah Bakar kosong dan menurut pekerja-pekerja yang sedang menyiapkan rumah baru, Bakar dan keluarga keluar rumah sejak tiga hari yang lalu dan belum balik lagi.
"Beritahu Jamal supaya cal I kalau mereka dah balik" beritahu Syed Ismeth sebelum menamatkan panggilannya.
Apa saja yang hendak dibuat semuanya tidak menjadi. Baik di pejabat atau di rumah Syed Ismeth begitu gelisah dan termenung memikirkan masalah yang masih menemui jalan buntu. Selagi Aryani tidak dapat dihubungi dan ditemui semuanya tidak dapat diselesaikan. Sekarang keadaannya lebih teruk daripada pesalah yang sedang menunggu untuk dijatuhkan hukuman mati.
Berkali-kali Katrina menghubungi menyatakan rasa kesalnya kerana lelaki itu tidak datang pada malam sambutan majlis hari jadinya. Malam itu Katrina sudah ada perancangan besar untuk lelaki itu. Dia terpaksa melakukan tindakan yang berani untuk memiliki lelaki itu dan malam itu dia perlu melakukannya. Namun perancangan tidak dapat dilaksanakan kerana lelaki itu tidak muncul pada malam itu. Alasannya tidak sampai hati untuk bergembira ketika datuknya yang sedang sakit membuatkan Katrina benar-benar kecewa.
"Masalah I sekarang lebih penting daripada memikirkan pasal you. Buat masa sekarang I tak mahu berjumpa sesiapa, I nak bersendirian" jawapan Syed Ismeth membuatkan Katrina membalingkan telefon di atas katil. Masalah apa yang sedang lelaki itu fikirkan sehingga langsung tidak mahu melayannya apabila diajak untuk keluar makan malam.
"Hai!" Katrina menoleh apabila ada suara menegur. Walaupun senyum yang dibuat-buat namun ia tetap manis di mata Syed Kazi.
"Seorang je mana buah hati you?" sudah pasti buah hati yang dimaksudkan adalah Syed Ismeth Syaqimie.
"Buah hati yang menyakitkan hati" jawapan Katrina membuatkan lelaki itu tergelak.
"Why you say like that?" tanya Syed Kazi apabila gelaknya sudah reda.
"I tak tahu nak beritahu you macam mana. Apa masalah Is tu sebenarnya. You kerja dengan dia tentu you tahu serba sedikit" cuba mendapatkan informasi dari lelaki yang sememangnya rapat dengan Syed Ismeth .
"You pun kena tempias ke?" tanya Syed Kazi sambil mengerutkan dahinya.
"Dia tak nak diganggu dan nak bersendirian" balas Katrina mengingatkan jawapan Syed Ismeth kepadanya.
"Setahu I company tak ada masalah dan Tan Sri Dato' Syed pun sudah semakin sihat. Siang tadi dia mengamuk di pejabat, I pun kena sekali. Masalah kecil je sebenarnya. Sejak beberapa hari kebelakangan ni perangai dia pelik sikit, suka marah-marah lepas tu tak nak jumpa sesiapa tu" cerita Syed Kazi membuktikan Syed Ismeth memang sedang berdepan masalah yang rumit tapi lelaki itu seperti tidak mahu berkongsi dengan sesiapa.
"You boleh fikir kenapa dia begitu?" soal Katrina.
"Orang yang ada masalah dengan buah hati je kalau macam tu. Macam orang tengah frust menonggeng" jawapan Syed Kazi membuatkan kening Katrina bertaut.
"You syak Is ada perempuan lain ke selain I?"
"Tu I tak berani nak jawab tapi setakat ni I tak nampak lagi dia dengan sesiapa cuma ada kelainan setiap hujung minggu. Dia tolak bila I ajak dia ke kelab untuk menunggang. Dia selalu out station. May be mungkin ada projek yang dia rahsiakan dari I" cerita Syed Kazi membuatkan Katrina mendiamkan diri seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Mungkin kerana projek tak berjaya lelaki itu kecewa" fikir Katrina positif dalam hatinya.
"I cuma frust sebab sepatut dengan I dia bercerita masalahnya bukannya marahkan I" keluh Katrina tidak puas hati.
"Itu tandanya dia belum percayakan you. Cintanya beerti saling mempercayai"
"Memang dia tak pernah percayakan I sebab tu dia tidak pernah setuju bila I ajak kita orang kahwin. I ni macam perigi mencari timba, bertepuk sebelah tangan" kecewa mengenang layangan Syed Ismeth yang semakin teruk sejak kebelakangan itu.
"Jadi kenapa you masih tetap mengharapkan dia sedangkan ada orang lain yang betul-betul sukakan you" Katrina tahu apa siapa yang Syed Kazi maksudkan
"Tu soal hati dan perasaan. Hati I untuk dia dan akan tetap untuk dia" jawapan Katrina hanya membuatkan Syed Kazi tesenyum.
"You tak menyesal kalau apa yang you kejar tak dapat dan yang you kendong berciciran" tambah Syed Kazi.
"Maksud you?" Tanya Katrina sambil memandang wajah Syed Kazi.
"Sekiranya sampai bila-bila Am tak cintakan you dan orang yang benar-benar sukakan you beralih pada orang lain" soal Syed Kazi sengaja menduga perasaan Katrina.
"I takkan mengalah sampai bila-bila dan I percaya hati dia tak sekental mana" balas Katrina dengan wajah yang benar-benar yakin.
"I harap apa yang you fikirkan tu betul dan jangan pulak you menyesal" Katrina mengetapkan bibirnya mendengar jawapan Syed Kazi yang rasanya seperti memperli dirinya.
"How kita lupakan masalah you, kita menari atau keluar makan di tempat yang you suka" Katrina tidak membantah kerana pada fikirannya tidak patut dia bersusah payah memikirkan tentang Syed Ismeth. Syed Kazi boleh membantunya melupakan rasa kecewa kepada Syed Ismeth . Selagi dia belum terikat dengan sesiapa dia bebas untuk menghabiskan masa dengan lelaki yang dia suka. Dia pernah terlanjur dengan kekasih pertamanya seorang lelaki Inggeris semasa dia berlajar di Australia tetapi dia tidak pernah mengulangi sejak balik ke Malaysia. Kalau teringin pun orang yang akan menjadi pasangannya adalah lelaki yang bakal menjadi suaminya.
"Boleh I tahu Is kekasih you yang ke berapa?" mereka berbual semasa sedang menunggu pesanan makanan tiba.
"I pernah serius dengan seorang lelaki Inggeris semasa di Australia, balik ke sini I cuma berkawan-kawan sahaja dengan dua tiga orang tapi tak pernah serius. But dengan Is I memang serius dan dia calon suami yang I dambarkan. I tak pernah rasa seperti yang I rasa waktu I couple dengan Frank dulu. Keluarga I pun sokong I dengan dia".
"Maksudnya you dan Is dah pernah...?" harap Katrina faham maksud soalannya walaupun dia tidak menghabiskan ayatnya.
"Hey..you fikir apa ni. Mesti you fikir Is dah sentuh I ke sebelum kita orang kahwin. No..no..no..!, Is bukan orangnya, nak cium perempuan pun takut. I peluk lengan dia pun macam batu dan kayu" jawapan Katrina membuatkan Syed Kazi tegelak. Tapi Syed Kazi tahu Kartrina pernah terlanjur dengan Frank kekasih pertamanya tetapi itu kisah silam gadis itu dan dia juga tidak pernah mengenali lelaki Inggeris yang pernah menjadi kekasih pertama Katrina. Kalau Katrina sudi membalas cintanya dia akan terima Katrina seadanya memandangkan dirinya sendiripun bukan teruna yang suci lagi. Dia juga ada pengalaman yang sama dengan bekas kekasihnya dulu.



Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now