69.Kamu Dah Kahwin Lagi

102 2 0
                                    

Bakar  menggosok-gosok matanya yang kabur sebelum melihat jam loceng di sebelah katilnya. Belum masuk waktu subuh lagi,  baru pukul dua sepuluh minit. ‘Aku mimpi barangkali’ bisiknya dalam hatinya. Baru saja hendak merebahkan semula tubuhnya loceng rumah berbunyi berkali-kali.
“Siapa pulak yang datang tengah malam buta ni” risau juga memikirkan tiba-tiba ada tetamu yang muncul pada waktu yang tak sepatutnya. Mungkin ada jiran yang dalam kecemasan hendak bersalin atau sakit, fikir Bakar lagi sambil melangkah keluar dari bilik dan terus menuju ke pintu utama rumah tersebut.
Langkah berjaga-jaga takut ada orang yang datang dengan niat yang tidak baik, Bakar menjenguk melihat melalui cermin tingkap yang berdekatan. Dua buah kereta belum lagi memadamkan lampunya. Cahaya lampu kereta menyuluh tubuh pemiliknya yang sedang berdiri di hadapan pintu. Sudah pasti siapa orangnya Bakar cepat-cepat  bergerak untuk membuka pintu.
“Ya Allah kamu Is, kenapa datang waktu macam ni. Atok ingat siapa tadi?” bersambung-sambung soalan Bakar menegur cucu menantunya itu. Syed Ismeth  hanya tersengih. Hujung minggu lepas dia baru saja balik melawat Bakar dan Siti.
“Atok dan nenek sihat?” tanyanya memulakan bicara.
“Atok macam yang kamu nampak ni, nenek kamu tu yang sekejap sihat sekejap demam, macam  biskut chipsmore, malam tadi demamnya datang lagi” balasnya sambil membalas senyuman Syed Ismeth .
“Saya bawa isteri saya jumpa atok dan nenek” Syed Ismeth segera memberitahu tujuan kedatangannya.
“Kamu dah kahwin lagi?’ riak wajah lelaki tua itu segera berubah setelah mendengar kata-kata Syed Ismeth. Ini bermaksud  Syed Ismeth  sudah menemui pengganti cucunya. Rasa sebak dan pilu mula bertandang dalam sanubarinya. Syed Ismeth hanya tersenyum memandang Bakar.
“Bawalah isteri kamu masuk, ingin jugak atok tengok isteri baru kamu” mendengar arahan Bakar, Syed Ismeth segera kembali ke kereta untuk mendapatkan Aryani dan anaknya. Aryani  masih terlena begitu juga Adam. Kedua-dua pipi insan teristimewa itu dikucupnya sayang.
“Jom Sayang! Kita sudah sampai, mari abang dukung Adam” ucapnya lalu mengangkat tubuh Adam  dari pangkuan isterinya. Aryani keluar dari kereta lalu membuntuti langkah suaminya. Hatinya tiba-tiba sebak melihat rumah di hadapannya. Bakar yang berdiri di hadapan pintu cuba mengenali perempuan bertudung yang berjalan di belakang Syed Ismeth. Raut wajah yang seperti pernah dilihatnya, semakin dekat semakin jelas wajah orangnya.
“Yani! Cucu atok” tegur Bakar dengan suara yang sebak, air mata sudah berlinangan di pipinya.
“Atok” Aryani segera memeluk tubuh tua Bakar yang nampak begitu kurus dan tidak bertenaga seperti dulu. Empat tahun mereka tidak berjumpa nampak benar perubahan lelaki itu.
“Maafkan Yani tok sebab tinggalkan atok” suara bergetar dalam sebak dan tangisnya.
“Alhamdullillah, kamu masih hidup. Memang benar firasat suami kamu bahawa kamu belum pergi lagi tinggalkan kami” balas Bakar yang sedang membalas pelukan erat cucunya.
“Ada orang selamatkan Yani, nanti Yani ceritakan semuanya. Nenek mana tok?” Bakar diam kemudian tersenyum.
“Ada dalam biliknya, dia tak berapa sihat. Sejak kebelakangan ini nenek kerap benar mimpikan kamu sebab tu demamnya tak pernah sembuh sebab rindukan kamu”. Aryani tidak menunggu lama selepas mendengar kata-kata bakar, terus dia melangkah laju menuju ke bilik menemui nenek.
Hati Aryani terus sebak dan sayu memandang tubuh kurus Siti yang terbaring di atas tilam. Pipinya cengkung dan nampak uzur benar.
“Nenek, Yani balik nek. Bangunlah nek pandang Yani”  mendengar ada suara dan tubuh yang menerpanya Siti perlahan-lahan membukakan matanya.
“Nenek, ini Yani nek. Yani rinndukan nenek. Yani dah balik dan takkan tinggalkan nenek lagi” ujarnya sambil memeluk erat tubuh Siti yang sedang terlentang di atas katil.
“Yani, betulkah ni Yani cucu aku. Abang, Siti bukan mimpi lagi kan bang?” tanyanya sambil melihat Bakar dan Syed Ismeth  yang sedang berdiri di belakang Aryani.
“Bukan ti, cucu awak memang dah balik. Dia ada bawa hadiah untuk kita. Awak nampak apa yang Is bawa tu. Tu cicit kita, anak Yani” mata Siti terus beralih memandang Syed Ismeth .
“Ya nek, Yani tak sempat beritahu sesiapa yang Yani mengandung. Maafkan Yani nek sebab tinggalkan semua macam tu saja” Aryani mencium pipi Siti yang cengkung itu berkali-kali. Semua rindu ingin dilerainya waktu itu. Siti menarik Aryani dalam pelukan dan turut mencium pipi cucu kesayangannya itu.
“Syukur Alhamdulillah, akhirnya tuhan kaburkan juga doa nenek” bisiknya sambil tersenyum memandang Aryani.
Kegembiraan dalam hati Syed Ismeth  hanya tuhan saja yang tahu. Niatnya untuk menemukan semula Bakar dan Siti dengan cucu kesayangannya akhir tercapai jua. Kini isteri tercinta sudah ada di depan matanya bersama anak kesayangannya. Wajah Adam yang diletaknya baring di sebelah Siti dipandangnya sayang.
“Comel cicit kita bang, macam muka Is” tegur Siti sambil mengelus perlahan rambut Adam .
“Siapa nama anak kamu berdua?” tanya Siti sambil memandang Aryani dan Syed Ismeth .
“Adam Haqimie nek” sahut kedua-duanya serentak kemudian saling berpandangan.
“Nasib baik kamu sempat jumpa nenek. Nenek sedih betul bila kamu hilang macam tu saje. Kalau kamu mati mana kuburnya. Kami tak tahu nak cakap apa dengan orang yang tanya pasal kamu dan kenapa Ismeth  sering balik seorang diri saja ke sini. Kami cuma bagi alasan kamu menyambung pelajaran ke luar negara. Dengan Pak Long dan Mak Ngah kamu ekeluarga pun  tak tahu kisah kamu. Kami beri alasan yang sama” Aryani begitu terkejut mendengar cerita Bakar.
Kecuali Adam,  seisi rumah tersebut  terus berbual sementara menunggu masuk waktu solat subuh. Berimamkan Bakar mereka sekeluarga menunai solat subuh berjemaah. Aryani bersalam dan memohon ampun kepada semua insan-insan yang pernah ditinggalkan tanpa khabar dan berita selama empat tahun.
“Abang! Maafkan Yani kerana keluar tanpa izin dan tak pernah kembali ke sisi abang dan sebagai isteri memang Yani tahu apa yang Yani lakukan adalah satu dosa” tangan suaminya dikucupnya dengan linangan air mata.
“Abang tidak pernah marahkan sayang, malah abang marah pada diri abang sendiri kerana gagal menjaga hati isteri abang sehingga dia merajuk dan pergi bawa diri. Sayang tidak pernah berdosa pada abang kerana setiap langkah sayang  abang izinkan kerana abang teramat sayang dan cintakan sayang setulus hati abang. Sayang jangan tinggalkan abang lagi.l Abang tak larat menanggungnya sekali lagi. Tiada wanita lain yang layak untuk terima cinta abang dari dulu, kini dan selamanya. Hanya sayang di hati abang dan akan jadi isteri abang sampai bila-bila, sampai abang menutup mata” dahi isterinya dikucupnya lama. Kelegaan yang dirasanya ketika itu seolah-olah mendaki sampai ke puncak setelah berhari-hari berpenat lelah mendaki gunung yang terlalu tinggi.
Bakar dan Siti  menyuruh mereka berdua menyambung semula tidurnya kerana Syed Ismeth  sudah semalaman memandu. Adam  yang sudah diberinya makan ubat demam telah menyambung semula tidurnya dalam bilik Siti dan Bakar. Keadaan bilik tidur mereka seperti kerap digunakan menunjukkan suaminya memang kerap balik ke situ. Aryani hairan melihat baju tidur berada di atas katil.
“Abang guna baju tidur sayang untuk temankan abang setiap kali bermalam di sini. Abang rasa janggal tidur seorang diri tanpa sayang di sebelah abang” suaminya tiba-tiba muncul di belakangnya lalu memeluk erat tubuh isterinya. Walaupun masih sangsi dengan setiap ucapan dan kata-kata suaminya namum Aryani tidak mahu membebankan lagi dirinya dengan dosa kerana mengabaikan tanggungjawab seorang isteri yang sudah lama tidak dilaksanakan. Walaupun lelaki itu tidak mencintai setulus hati tapi cinta serta jiwa dan raganya adalah milik lelaki itu selamanya. Kini Aryani berserah pada masa dan takdir yang menentukan segalanya.
Getaran dalam hatinya sukar digambarkan. Empat tahun dia merindui sentuhan hangat tangan itu. Asmaranya yang kembali menggunung bersama rindu yang bergelora. Syed Ismeth sudah mula menjiwai kembali watak sebagai suami yang kerinduan dan dahagakan kehangatan tubuh isterinya. Empat tahun ditinggalkan kedinginan oleh isterinya dan malam ini dia ingin meleraikan segala kerinduan dan ketandusan asmara berahinya yang amat didahagakannya selama ini. Dia lelaki yang sempurna, berkat keimanan dan  cinta yang mendalam pada isteri tersayang membuatkannya tidak pernah terfikir untuk pergi melepaskan keinginannya pada wanita lain.
Aryani memandang jam dindingnya sudah menunjukkan hampir tengah hari. Lama dia cuba mengingati di mana dia berada. Terlena selepas melayari syurga nirmala bersama suaminya selepas subuh tadi membuatnya terlupa dirinya berada di kamar pengantin mereka empat tahun yang lalu. Berlaku sekali lagi untuk permulaan episod rumah tangga mereka dalam bilik yang sama. Suaminya begitu lena tidur meniarap dalam selimut tebal tanpa pakaian di sebelahnya. Menyedari dirinya dalam keadaan yang sama cepat-cepat Aryani bangun lalu  menarik tuala untuk membalut tubuhnya. Pakaian mereka yang berselerak di lantai segera dipunggut lalu dimasukkan ke dalam bakul pakaian kotor sebelum ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now