71.Demi Keutuhan Rumah Tangga

77 1 0
                                    

Dua malam di kampung, Syed Ismeth membawa isteri dan anaknya balik ke rumah keluarganya. Di rumah itu bilik mereka sudah lama sepi. Kedatangan Syed Ismeth membawa balik semula isterinya Rose Aryani bersama begitu mengejutkan Puan Sharifah Ratnah dan Tan Sri Dato’ Syed Bahrin. Kejayaannya membawa pulang isterinya telah membuktikan betapa kuat firasat lelaki itu terhadap isterinya. Kehadiran Adam  menambahkan lagi seri dalam pertemuan itu.
“Yani, jangan tinggalkan kami lagi nak. Is tak boleh hidup tanpa kamu” Aryani terharu mendengar kata-kata ibu mentuanya. Wanita itu terlalu baik kepada dan langsung tidak pernah melukai hatinya begitu juga dengan  Tan Sri Dato’ Syed  Bahrin. Keadaan orang tua itu semakin uzur.
“Abang dah buat apa dengan bilik kita ni?” Aryani terkejut melihat bilik tidur mereka yang sudah jadi bilik pameran lukisan dan gambar. Baju-baju Aryani juga bertaburan di atas tilam. Seolah-olah lelaki tidur di atas timbunan bajunya. Syed Ismeth hanya tersengih mendengar komen isterinya.
“Kerana abang tak boleh tak ada sayang. Kalau lama lagi sayang tak muncul abang tak tahu nak buat apa lagi. Abang mungkin gali lubang dan tanam diri sendiri” balasnya sambil merenung sayu wajah isterinya.
“Maafkan Yani bang sebab buat abang susah. Yani fikir abang sudah bahagia dan sudah berkahwin lagi masa Yani tak  ada”luahnya ketika membalas tatapan suaminya.
Syed Ismeth duduk di birai katil lalu menarik Aryani duduk di atas ribanya. Tubuh isterinya didakapnya erat lantas pipi isteri isterinya diciumnya berkali-kali. Aryani menjadi kaku membiarkan saja perlakuan suaminya. Entah kenapa setelah pelbagai penjelasan dan luahan yang lelaki itu lakukan hatinya masih degil dan berat untuk mempercayainya. Dari ini Aryani mula menyedari hatinya terlalu anti dengan namanya perkhianatan.
“Abang yang bodoh sebab tak jaga hati isteri abang sehingga isteri abang terluka dan merajuk sampai tinggalkan abang. Kalau sayang meninggal dalam kemalangan itu abang tak tahu nak fikir macam mana. Abang akan menyesal seumur hidup dan akan benci dengan diri sendiri seumur hidup” Pelukan suaminya semakin erat di kala melepas kepiluan dan sebak di hatinya. Aryani terus kaku dengan air mata Aryani mula bergenangan di kelopaknya.
Deringan nada tone telefon bimbit Aryani  meleraikan pelukan suaminya. Nama Tengku Firhan  terpamer di skrin. Aryani melompat turun dari riba suaminya sebelum menjawab panggilan tersebut.
“Assalammualaikum”
"Sorry Fir, I tak sempat nak beritahu you”
“I dan Adam  ok, we healthy. Don’t worry ya”
“Kami dekat rumah granny I, do not know when to go back there"
“Yes, I will tell you”
“To night? Wait I think first, Later I cal you back” ayat akhirnya sebelum menamatkan panggilan.
“Tengku Firhan?” tanya suaminya sambil mengangkat kening. Aryani mengangguk lalu melabuhkan punggung di birai katil.
“Sayang kena berterus terang pada dia yang sayang isteri orang”ucapnya dengan ketegangan yang jelas nampak di wajah suaminya. Mempamerkan cemburu dan rasa tidak senangnya pada hubungan rapat isterinya dengan Tengku Firhan.
“Kenapa dulu abang tak pernah berterus terang yang abang tu suami orang?” kenapa mulutnya lancar saja menuturkan ayat itu. Mungkin kenangan empat tahun dulu  masih lagi bersisa di hatinya.
“Jadi sayang nak balas dendam pada abanglah maksudnya?” tanyanya apabila agak terkilan mendengar jawapan isterinya.
“Bukan itu maksud Yani. Beri Yani masa dulu. Yani tak nak menyakitkan hati sesiapa macam abang pernah jaga hati perempuan lain walaupun hati isteri abang terluka” balas Aryani dengan sedikit sindiran.
“Sayang memang nak balas dendam pada abang” tambah suaminya dengan nada lirih.
“Terpulanglah pada abang kalau nak fikir macam tu. Dia terlalu baik pada Yani dan Adam. Kalau kita dah tiada apa-apa hubungan mungkin Yani akan terima dia sebagai papa Adam dan....” ucapan yang bukan dari hati tetapi kenapa Aryani menuturkannya.
“Kalau nak is berlaku tunggu abang mati kerana selagi abang hidup abang takkan lepaskan sayang pada orang lain” segera Syed Ismeth  memutus cakap isterinya.
“Jadi sekarang Yani cuma minta tolong abang rahsiakan dulu hubungan kita dari Tengku Firhan. Tiba masa yang sesuai nanti Yani akan berterus terang dengannya” Aryani memandang wajah suaminya meminta lelaki itu memahaminya. Pandangan mereka bertaut untuk seketika sebelum Syed Ismeth  dulu bersuara.
“Okay, Tapi tolong jangan rapat sangat dengannya. Abang tak suka isteri abang berkepit dengan jantan lain sampai terjadi maksiat dan berbuat dosa. Tapi kalau lama sangat abang sendiri yang akan cakap dengan dia” kata-kata suaminya membuatkan Aryani terkejut dan mula terasa.
“Selama empat tahun tanpa abang,Yani tak pernah buat benda tak senonohlah bang. Lain dengan abang baru lima bukan kita kahwin abang sudah berkepit dengan perempuan lain  depan Yani pulak tu, lepas tu biar perempuan buat sesuka hati pada abang. Yani tak boleh nak gambarkan sakitnya hati Yani masa tu tapi abang buat tak kisah dan Yani tunggu abang panggil Yani semula dan halang Yani keluar dari bilik abang tapi lastnya Yani terpaksa terus melangkah dengan hampa” perasaannya kembali menggeledak dan memberontak bila memikirkan kembali kenangan lama itu. Mahu saja Aryani membatalkan niatnya untuk kembali ke pangkuan suaminya.
Syed Ismeth tersentak mendengar jawapan isterinya. Belum dapatkan Aryani memadam perasaan cemburu empat tahun yang lalu. Terbayang sifat pendendam isterinya dan kalau dia melayan dengan kekerasan juga Aryani mungkin tidak mahu mengalah dan terus memberontak, dan entah apa pula yang akan dibuat isterinya  kali ini. Dia sudah mula belajar dan memahami serta mengenali jiwa isterinya. Oleh itu dia harus mengalah,  sabar dan bijak mengawal emosi amarah isterinya demi keutuhan rumah tangga mereka. Aryani adalah segalanya, hidup dan matinya. Matanya akan terbuka melihat kebaikan dan menutup bila nampak keburukannya. Kata-kata Aryani tadi tidak dibidasnya walau dengan sepatah perkataan kerana semuanya sudah dijelaskan semasa bercerita di hadapan atok dan nenek. Mungkin  Aryani sudah lupa. 
“Malam ni Yani minta izin abang bawa Adam  jumpa dia” terlalu berat untuknya meluluskan permintaan isterinya.
“Nak ke mana?” Tanyanya perlahan sambil merenung wajah isterinya.
“Biasanya kami keluar makan je, dia risau pasal Adam  dan I nak dia tengok sendiri keadaan Adam  yang dah sihat tu” beritahu Aryani dengan nada yang datar  dan perlahan.
“Nanti abang hantar sayang balik kondo. Abang tunggu di situ sampai sayang balik” Aryani mengangguk mendengar cadangan suaminya. Dia pun mahu menggunakan keretanya sendiri semasa bertemu Tengku Firhan nanti.
Nora gembira melihat keadaan Adam  yang begitu  sihat sejak kembali daripada rumah datuk dan neneknya.
“Makcik No, Adam  ada dua lagi atok dan nenek dekat kampung” Nora mengerutkan dahi mendengar cerita Adam .
“Saya bawa Adam  balik kampung jumpa datuk dan nenek saya sebelah ayah saya” setelah mendengar jawapan majikannya barulah Nora faham cerita Adam.
“Tengku Firhan ada datang cari puan dan Firhan, jadi saya cakaplah puan dan Adam  balik rumah datuk dan nenek puan. Saya tak tahulah pulak masej  yang puan hantar tu puan balik jumpa datuk dan nenek yang dekat kampung” cerita Nora lagi.
“Tak palah kak, dia pun ada cal saya” sahut Aryani sambil tersenyum.
“Puan, apa lelaki malam tu puan kenal? Kacakkan puan, macam model versi hindustan, macam orang arab pun ada jugak. Lelaki tulah yang saya cerita selalu tegur Adam  masa saya bawa Adam  pergi taman dekat bawah tu” Nora bercerita sambil tersenyum memandang Aryani.
“Emm..” Aryani tidak menyambung cerita Nora dan terus berlalu untuk bersiap. Sebentar lagi dia dan Adam  akan keluar berjumpa Tengku Firhan.  Walaupun berat hatinya untuk berjumpa Tengku Firhan hari itu tapi perasaan lelaki itu perlu dijaga. Dia ingin menolak Tengku Firhan secara baik dan tidak mahu hubungan baik yang terjalin selama ini bertukar menjadi permusuhan.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now