30.Dia Syok Sendiri

54 1 0
                                    

Laili mendengar dengan teliti satu persatu tugas yang diarahkan oleh majikannya. Pelanggan istimewa majikan datang ke butik itu sebentar nanti.
"Siapa akan pelanggan istimewa yang maksudkan tu Laili" Sarah rakan sekerjanya menegur.
"Lelaki ni" sambil jarinya menunjukkan gambar lelaki yang menghiasi muka depan majalah niaga di tangannya,
"Wow! Betulkah Li, dia nak kahwin ke?" tanya Sarah yang sememangnya salah seorang peminat lelaki kacak dalam majalah tersebut. Gadis mana yang tidak meminati lelaki itu walaupun mustahil untuk mendekatinya.
"Yalah, dia nak datang hari ni nak cuba baju" balas Laili.
"Bestnya, dapat jugak aku tengok muka lelaki pujaan malaya tu, dia nak kahwin jugak ke dengan perempuan tu" sambung Sarah pula.
"Maksud kau, Cik Katrina?" Sarah menganggukkan kepalanya.
"Tak pasti pulak tapi tak pernah dengar pun berita mereka dah bertunang. Mustahil tak masuk akhbar atau tv sedangkan sebelum ni sudah berkali-kali perempuan tu buat kenyataan Syed Ismeth Syaqimie Al-Walid tu kekasih dan bakal suami dia. Syed Ismeth Syaqimie Al-Walid tu pulak buat kenyataan yang dia masih available. Tak malu betullah perempuan tu. Nampak sangat dia syok sendiri dan tergila-gilakan lelaki tu. Muka taklah cantik mana?" Sarah menjadi pendengar setia Laili berceloteh tentang Syed Ismeth Syaqimie Al-Walid dan Katrina binti Dato'Dani seorang ahli perniagaan yang juga terkenal.
"Laili! Tengok kereta tu, rasanya orang yang bos tunggu dah sampai" tegur Sarah.
"Yalah, Encik Rezman pun dah tunggu depan pintu tu, aku ke sana dulu" Laili terus melangkah laju menghampiri Encik Rezman yang sedang menunggu pelanggan istimewanya.
Sebuah kereta Lamborghini Sian diiringi sebuah Toyota pancuan empat roda parkir di hadapan petak parking di hadapan butik terkenal milik pereka fesyen terkenal tanah air itu.
"Dia datang dengan tunang dia ke bos?, perempuan tu maksud saya Cik Katrina" tanya Laili berbisik perlahan sekadar dapat didengari oleh Encik Rezman sahaja.
"Ya, tapi saya tak rasa dia pilih perempuan tu sebab Puan Puan Sharifah Ratnah beritahu saya bulan lepas bakal menantunya pakai tudung. Imposible pulak Cik Katrina yang seksi tu" balas Encik Rezman sambil tersenyum. Syed Ismeth tersenyum memandang mereka sebelum membuka pintu kereta di sebelah penumpang. Seorang gadis bertudung bertubuh kecil dan tinggi lampai melangkah keluar sambil tersenyum.
"Wow! Cantiknya tunang dia, ni baru orang kata bagai pinang dibelah dua" tegur Laili lalu melangkah mengiringi majikan mendekati pasangan tersebut.
"Selamat datang Tuan Syed, dan..?" tegur Encik Rezman sambil memandang gadis muda dan cantik berkulit putih melepak yang berdiri di samping lelaki itu.
"Kenalkan my beloved fiancée, Rose Aryani. How are you Rez?" tanya Syed Ismeth membalas sapaan Encik Rezman.
"Fine, thanks. Silalah masuk. Pakaian you dan Cik Rose adalah best collections yang I buat sendiri. Puan Sharifah minta I buat tiga persalinan untuk majlis di sebelah pihak perempuan and sebelah pihak you dua persalin dan mama you juga tempah sehelai gaun dari Paris melalui katalog collections dari butik I. Mama you memang punya cita rasa yang hebat sebab gaun yang dia tempah untuk bakal menantunya tak ada yang berani tempah sebelum ni. Paling cantik tapi very expensive you know dan kalau fiancée you pakai nanti pasti semua orang terpegun like a princess" Syed Ismeth tersenyum mendengar penjelasan Encik Rezman yang panjang berjela-jela bagaikan tiada ruang untuk lelaki itu singgah meneguk nafas.
"I berdua anak tunggal sebab tu kami berdua beri kepercayaan dan peluang pada mama I untuk buat pilihan dan pilih tema untuk majlis kami nanti. Kami tahu mama I mesti buat yang terbaik untuk kami dan dia yang akan tentukan konsep untuk kedua-dua belah pihak" balas syed Ismeth sambil tersenyum memandang Aryani yang hanya menjadi pendengar setia perbualan tunangnya dengan Encik Rezman.
"I teruja bila mama you pilih Rezman Event Great and Wedding Consultation untuk majlis you" tanya Encik Rezman sambil menghulurkan pakaian yang akan dicuba oleh pasangan tersebut.
"Yup, mama I cakap you yang terbaik dekat Malaysia ni" sahut Syed Ismeth tersenyum sambil menyambut pakaian yang dihulurkan oleh Encik Rezman pemilik Event Great and Wedding Consultation kepadanya.
"Ni pakaian Cik Rose, cubalah fitting room kat sana" Laili pula menyerahkan pakaian kepada Aryani.
"Panggil saya Yani, saya lebih senang dengan panggilan tu". Balasnya ketika menyambut gaun pengantin yang dihulurkan oleh Laili.
"Oh Yani, macam mana pelakon Korea, Oh ya Cik Yani, Cik Yani ni cantiklah, model ke?" tanya Laili yang ingin mengenali gadis cantik itu. Aryani tergelak mendengar soalan Laili.
"Eh taklah. Saya bertudung mana sesuai jadi model malah tak sesuai langsung dengan jiwa saya. Sebelum ni kerja biasa je tapi sekarang tak lagi. Orang tu suruh berhenti" sambil menunjukkan Syed Ismeth dengan mulutnya.Laili tersenyum mendengar jawapan Aryani.
"Wah! Hebatnya baju ni. Awak tahu tak berapa harganya?" terkesima melihat gaun pengantin yang ada di tangannya.
"Tak pastilah pulak saya Cik Yani tapi Encik Rezman kata gaun ni adalah yang termahal pernah ditempahnya" beritahu Laili sambil tersenyum. Aryani mengangguk mendengar jawapan Laili.
Rezman dan Laili menemani Aryani dan Syed Ismeth menuju ke fitting room masing-masing. Dengan potongan badan yang sasa dan sempurna dan ketinggian menyamai seorang model antarabangsa itu Syed Ismeth begitu bergaya dan tampan sewaktu menyarungkan tuxedo putih ke tubuhnya. Rezman tersenyum dan gembira apabila Syed berpuas hati dengan rekaannya.
"My fiancée mana?" teringatkan tunangnya yang tidak kelihatan.
"Masih dekat dalam tuan" balas Laili.Syed Ismeth terus bergerak mendekati fitting room Aryani.
"Sayang! Dah ke, keluarlah saya nak tengok awak" panggilnya sambil mengetuk bilik tersebut. Rezman dan Laili tersenyum mendengar Syed Ismeth memanggil manja tunangnya.
Ketika daun pintu terbuka mata Syed Ismeth tidak berkelip memandang gadis yang melangkah keluar dari bilik itu. Mereka saling berpandangan tanpa bicara untuk seketika sebelum sama-sama tersenyum selepas itu.
"Wow!, you like princess, very-very beautiful. Rasa nak ci..."
"Jangan nak mengada-gada" Aryani pantas menolak wajah Syed Ismeth yang tiba-tiba mendekatinya. Syed Ismeth tergelak kerana niat nakalnya dapat dikesan Aryani. Rezman dan Laili termasuk beberapa pekerja butik juga turut terpana melihat Aryani mengayakan gaun pengantinnya dan tersenyum mendengar perbualan pasangan tersebut.
"I dah cakap tadi, you fiancée pasti menarik perhatian semua orang bila pakai gaun pilihan mama you ni. Kecantikan fiancée you menambahkan lagi tumpuan semua mata kepadanya. I cuma harap you tak cemburu bila semua mata asyik tengok you fiancée nanti" Rezman sempat bergurau bagi menceriakan hati pelanggan istimewanya itu walaupun pada hakikatnya kata-katanya itu ikhlas dari hatinya. Rezman memang memuji kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Rose Aryani itu dan sudah menjadi niat dalam hatinya untuk menjadikan gambar persandingan pasangan tersebut nanti sebagai perhiasan di dalam butiknya nanti sebagai mempromosikan pakaian-pakaian pengantin di butiknya.
"Ikhlas I puji, you berdua jauh lebih cantik, tampan dan menyerlah jika dibandingkan dengan duke England atau mana-mana princes dan princess di luar sana. Fiancee you memang jelita. Kelembutan wajah fiancée you menambat semua mata yang melihatnya. Wajah fiancee you baby face, like baby doll dengan gaun ni" Aryani merasakan malu menerima pujian yang dirasanya keterlaluan dari Rezman lebih-lebih lagi lelaki itu memuji di hadapan pekerja-pekerja butik tersebut.
"I cemburu tau dengar you puji tunang I lebih-lebih sangat" Rezman tergelak apabila Syed Ismeth berbisik di telinganya.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now