83.Syed Ismeth Terkena Tembakan

103 1 0
                                    

Tan Sri Dato' Wong telah mendapat satu lagi maklumat baru dari penyiasat yang diupahnya. Wang syarikat mengalir masuk ke dalam akuan sebuah kelab malam yang beroperasi di Kuala Lumpur.
“I nak you siasat siapa owner kelab tu, atau dapatkan  maklumat tentang ownernya" arah Tan Sri Dato' Wong kepada lelaki tersebut.
“Kenapa Grandpa, ada masalah ke?” Aryani menyapa Tan Sri Dato' Wong semasa dia masuk ke bilik lelaki itu untuk mendapatkan tandatangan.
“Cucu I” Aryani diperkenalkan kepada lelaki tersebut. Lelaki tersebut tersenyum memandang Aryani.
“Ada apa Yani” tanya Tan Sri Dato' Wong dalam bahasa Hokkein. Aryani menyerah fail lalu bercakap sesuatu dengan Tan Sri Dato' Wong dalan bahasa yang sama.
“Yani keluar lunch dengan suami, nanti grandpa keluar makan dengan Susan ya, jangan tak makan tau” pesan Aryani sebelum meminta diri untuk beredar dari bilik datuknya.
“Itukah cucu Tan Sri Dato' yang diceritakan dalam news  dan isteri kepada Al-Walid tu” Tan Sri Dato' Wong menganggukkan kepalanya mendengar soalan lelaki itu.
Lelaki tersebut seperti teruja selepas melihat sendiri cucu perempuan Tan Sri Dato' Wong. Dia kemudian meminta diri untuk beredar.
“Kita makan di tempat semalam ya, Yani teringin lagi nak makan daging bakar asam jawa tu”Aryani merayu manja pada suaminya.
“Ke mana sayang nak pergi dan makan abang akan ikut, tapi bagi abang kiss dulu sikit” lelaki tersebut tergelak apabila melihat muka isterinya sudah  merona merah. Entah kenapa ketika berpisah ke haluan tempat kerja masing-masing pagi tadi hatinya begitu sayu dan rindu meluap-luap menggenangkan isterinya sehingga dia menghubungi isterinya mengajaknya makan tengah hari bersama.
Syed Ismeth merapatkan pipinya ke wajah isterinya. Mahu tak mahu Aryani terpaksa melakukan di hadapan pekerja-pekerja Al-Walid Mega yang turut berada di lobi bangunan untuk keluar makan tengah hari. Kedua-dua pipi suaminya diciumnya sayang.  Kedengaran bunyi tepukan yang datang dari lobi membuatkan pasangan tersebut saling berpandangan. Rupa-rupanya ramai yang berada di situ menyaksikan adegan romantik  mereka berdua.  Semua pekerja yang bertepuk tangan tadi tergelak. Wajah Aryani merona merah menahan malu membuatkan suami tergelak sebelum meraih pinggang isteri untuk pergi dari situ.
“Romantiklah bos, bos ni buat kita jelouse je. Kalau ada isteri kat sini pasti kami minta juga bos”kedengaran suara usikkan salah seorang pekerja Al-Walid Mega. Aryani sudah cepat-cepat masuk ke dalam kereta suaminya. 'Malulah beb! Orang tengok aku cium suami dahlah penuh perasaan', rungut Aryani dalam hatinya. Suaminya hanya tersenyum langsung tak da riak malu di wajahnya. Berbanggalah tu tunjuk kat orang  yang aku sayang dia, rungut Aryani lagi dalam hatinya.
Sewaktu melangkah keluar dari kereta, Aryani melangkah laju meninggalkan suaminya menuju ke restoran. "Macamlah daging bakar tu dah nak habis" desis Syed Ismeth dalam hati lucu melihat gelagat isterinya. Belum sampai ke muka pintu restoran langkah Aryani terhenti apabila ternampak Tengku Firhan melangkah keluar dari restoran tersebut.
“Hai Rose, how are you?” tegur Tengku Firhan apabila ternampak kelibat Vyviani Rose. Dia memang belum boleh melupakan wanita itu walaupun sudah jelas perempuan itu isteri sahabat baiknya sendiri.
“Fine! Thanks” jawab Aryani sedikit gementar.
Dari jauh Syed Ismeth yang bergerak untuk mendekati isterinya turut terkejut melihat kewujudan Tengku Firhan di situ. Perasaannya tiba-tiba bergelora, cepat-cepat langkahnya  diatur untuk mendekati isterinya. Kemunculan sebuah kereta Honda hitam yang tiba-tiba berhenti tidak jauh di hadapan  restoran membuatkan perhatian beralih apabila terdengar jeritan Norman.
“Bos, puan!” Syed Ismeth terus bergerak pantas ke arah isterinya. Aryani merasakan tubuhnya di rentap kasar dan terus berada dalam pelukan seseorang dan suatu bunyi kuat kedengaran di telinganya.
Kejadian yang berlaku terlalu pantas, Syed Ismeth  hanya mampu menarik tubuh isterinya kedalam pelukannya. Bunyi tembakan yang kuat kedengaran dan terasa sesuatu telah menembusi tubuhnya membuatkan dia hanya mampu memandang sayu wajah isteri yang berada dalam pelukannya sambil tersenyum.
“Sayang! I really love you!” bisiknya lalu membawa tubuh isteri rebah bersamanya. Tengku Firhan panik apabila mendengar pengawal peribadi Syed Ismeth  dan Aryani  berbalas tembakan dengan dua lelaki dari dalam kereta tersebut. Tengku Firhan juga segera memberi arahan kepada orang-orang supaya membantu. Salah seorang penyerang tersebut mati ditembak oleh Norman dan seorang lagi  walaupun turut terkena tembakan tetapi masih hidup. Lelaki itu di tawan oleh orang-orang Tengku Firhan sementara menunggu kedatangan pihak polis.
“Abang! Bangun bang, jangan tinggalkan Yani, abang bangun!” Aryani menangis sambil menggerak-gerakkan tubuh suaminya yang sudah berlumuran darah.
“Puan, bertenang puan kita bawa tuan ke hospital sekarang” Norman memeriksa keadaan nadi Syed Ismeth . Dia berharap majikannya masih lagi mempunyai peluang untuk diselamatkan. Tengku Firhan turut bertafakur di sisi Syed Ismeth cuba memujuk Aryani tetapi Aryani menepis kasar tangannya. Beberapa minit kemudian tempat kejadian tersebut serta merta sesak dikerumuni orang ramai. Aryani yang tidak hirau keadaan sekelilingnya dalam esak dan tangisnya masih memangku suaminya dan memeluk tubuh suaminya sementara menunggu ambulan sampai.
“Selamatkan suami ku ya Allah. Dia nyawaku Ya Allah. Aku cintakan suamiku Ya Allah” hanya itu yang mampu diucapnya berkali-kali di dalam hati sepanjang perjalanan ambulan menuju ke hospital.
Wajah Desmond menakutkan semua pengikut-pengikut. Kegagalan orangnya membunuh pasangan jutawan tersebut terutama cucu Tan Sri Dato' Wong adalah berita yang paling mengecewakan Desmond hari itu.
“Bodoh! kenapa kau orang tak tolong Jo dan Vince, tak pasal-pasal salah orang kita mati. Kalau Vince buka mulut habis kita” marah Desmond kepada orang-orangnya.
“Orang mereka ramai bos, ada group lain yang bantu mereka. Mungkin bodyguard lelaki yang baru keluar dari restoran tu” sahut Hans yang memandu sebuah lagi kereta  semasa kejadian. Dia ditugaskan untuk membuat tembakan kedua sekira tembakan Jo dan Vince tidak mengena sasaran.
“Tapi saya rasa Vince mungkin akan mati sebelum sempat bocorkan rahsia, saya nampak dia sudah cedepa parah bos” tambah Hans lagi.
“Suruh orang kita siasat tentang Vince, kalau dia hidup I tak mahu dia bocorkan rahsia kita” Hans mengangguk mendengar arahan Desmond kemudian terus bergerak meninggalkan lelaki tersebut.
Aryani sudah tiga jam menunggu di luar bilik pembedahan. Suaminya terkena dua das tembakan, di belakang dan di bahagian rusuk. Kalau suaminya tidak melindungi tubuhnya ketika memeluknya kemungkinan salah satu peluru itu menembusi tubuhnya..
“Abang, jangan tinggalkan Yani bang. Yani tak sanggup hidup tanpa abang” rintihnya sambil menyandarkan tubuhnya dengan pakaian yang penuh dengan darah suaminya.
“Yani! Bagaimana dengan keadaan Is” Aryani menggelengkan kepala lalu memeluk tubuh Puan Sharifah Ratnah yang baru tiba di hospital bersama Tan Sri Dato’ Syed Bahrin.
“Ada orang nak bunuh kami mama, abang selamatkan Yani tapi abang sendiri kena tembak” Puan Sharifah Ratnah juga turut menangis tersesak-esak sambil berpelukan dengan anak menantunya.
“Sayang, kita doakan Is selamat dan tidak apa-apa?” cuba memujuk diri sendiri dan menenangkan perasaan menantunya.
“Tunggu aku mati Fir, baru kau boleh dapatkan dia” ayat itu terngiang-ngiang di cuping telinganya. Tengku Firhan begitu kesal dengan kejadian yang baru saja berlaku di depan matanya. Syed Ismeth mengorbankan diri demi melindungi dan menyelamatkan nyawa wanita yang dicintainya. Di depan matanya dia menyaksikan sendiri dua das tembakan mengenai tubuh Syed Ismeth sebelum lelaki itu rebah sambil memeluk tubuh isterinya.
“Tak Syed, you takkan mati. I takkan rampas dia dari you. Dia milik you, hanya you yang berhak dan layak memiliki cintanya. I kesal dengan apa yang berlaku antara kita. Maafkan I Syed” ucapnya dalam hati dengan rasa sebak, kesal dan bersalah. Tengku Firhan turut menunggu di hospital untuk mengetahui keadaan Syed Ismeth. Dia tidak berani mendekati Aryani yang pastinya tidak mahu didekatinya.
Aryani terus menerpa doktor lelaki yang baru melangkah keluar dari bilik pembedahan.
“Macam mana keadaan suami saya doktor?” tanya Aryani sambil memandang wajah doktor tersebut.
“Operasi berjalan lancar dan kami berjaya keluarkan peluru. Setakat ni kami tak berani nak jamin apa-apa. Kita tunggu perkembangan dalam tempoh beberapa jam lagi. Dia belum melepasi tempoh kritikal. Tuan Syed akan dimasukkan ke ICU. Di sana nanti puan dan ahli keluarga boleh menjengguknya tapi janganlah terlalu ramai” Aryani mengangguk mendengar penjelasan doktor tersebut.
“Yani baliklah dulu, mandi dan tukar pakaian supaya boleh solat doakan supaya Is  selamat. Mama akan jaga sini sementara Yani datang ke sini semula” beritahu Puan Sharifah Ratnah memujuk Aryani yang seperti tidak mahu berganjak dari hospital.
“Tapi mama, Yani nak tunggu abang sedar” balasnya sambil menatap wajah  ibu mertuanya.
“Baliklah dulu Yani, doktor kata tadi mungkin mengambil masa beberapa jam lagi baru tahu perkembangannya” celah Tan Sri Dato’ Syed Bahrin pula. Tan Sri Dato' Wong dan Puan Sri Datin Lissa yang turut muncul sejam yang lalu turut menasihatkam perkara yang sama kepada cucunya. Selepas apa yang berlaku kali ini kawalan Tan Sri Dato' Wong ke atas Aryani semakin ketat. Bilangan pengawal peribadi ditambah lagi menjadi lapan orang. Sehinggakan tubuh kecil Aryani tidak lagi nampak kerana dilindungi oleh pengawal-pengawalnya yang semuanya bertubuh besar dan tegap.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now