60.Perubahan Wasiat

68 2 0
                                    

Desmond mula risau mendengar desas-desus Tan Sri Dato' Wong telah menukarkan wasiatnya. Semalam Desmond nampak Peguam Lim keluar dari pejabat Tan Sri Dato' Wong. Apakah tujuan kedatangan peguam Lim berjumpa Tan Sri Dato' Wong. Kenapa Tan Sri Dato' Wong menukar wasiatnya?. Apakah perubahan yang Tan Sri Dato' Wong ingin buat dalam wasiatnya?.
Setelah Vivyana Wong meninggal dunia dalam tragedi dua lebih puluh tahun yang lalu. Desmond sudah merasakan dirinya sudah kukuh sebagai pewaris kepada segala kekayaan Tan Sri Dato' Wong. Sebagai satu-satu anak saudara Tan Sri Dato' Wong hubungan dengan lelaki itu memang rapat dan sekarang dirinya merupakan orang nombor dua yang terpenting dalam syarikat Wong Capital Company.
Khabar yang disampaikan oleh peguam Tan Sri Dato' Wong yang menyatakan bahawa Tan Sri Dato' Wong telah memanggilnya untuk mengubah wasiat membuatkan Desmond tertanya-tanya sebab kenapa Tan Sri Dato' Wong menukarkan wasiatnya.
"Segala harta, aset-aset, wang ringgit dan sahamnya dalam WCC telah diwasiatkan kepada cucu tunggalnya, anak perempuan Vivyana Wong" hanya itu cerita dapat dikoreknya dari peguam Lim.
'Sejak bila Tan Sri Dato' Wong ada cucu perempuan tunggal?' Semua menjadi pesoalan dan tanda tanya kepada Desmond.
Kenapa baru sekarang wujud cucu perempuan Tan Sri Dato' Wong. Macam perkara ni boleh berlaku. Siapa perempuan yang mengaku sebagai cucu perempuan tunggal Tan Sri Dato' Wong sedangkan Vivyana Wong yang sarat mengandung meninggal dunia dalam kemalangan tersebut. Desmond masih ingat lagi maklumat yang disampai oleh orang-orang suruhannya bahawa Vivyana Wong dan suami cedera parah dan kedua-dua tidak dapat diselamatkan. Perancangan teliti diaturnya disebalik kekeruhan yang berlaku dalam keluarga Tan Sri Dato' Wong. Vivyana Wong meninggalkan rumah kerana mencintai seorang lelaki Melayu. Ketiadaan Vivyana Wong membuka peluang untuk Desmond berkuasa dalam WCC. Pertalian darah yang wujud di antaranya dengan Tan Sri Wong Wong sebagai satu-satu anak saudara lelaki itu memberi peluang untuknya mewarisi segala kekayaan lelaki itu. Semuanya hampir menjadi kenyataan apabila wasiat yang sebelum ini menyebut nama Desmond Wong sebagai pewaris utama segala harta dan kekayaan Tan Sri Dato' Wong.
"Shawn, I nak you siasat tentang ni, kalau betul wasiat telah ditukar I nak tahu siapa cucu tunggal Tan Sri" arah Desmond kepada orang kanannya yang bernama Shawn.
"I tak suka sesuatu yang menyusahkan. Kalau anak kandungnya I boleh hapuskan, cucunya pun I akan buat macam tu jugak" balas Desmond sambil memandang Shawn dengan tajam.
"Nanti saya arahkan orang kita siasat tentang perkara ni bos" sahut Shawn, orang suruhan yang paling setia kepada Desmond.
"Tapi ingat I mahu semuanya clean, jangan ada sesiapa tercium apa yang kita buat" Shawn menggangguk mendengar amaran Desmond. Selepas Tan Sri Dato' Wong, Desmond adalah orang kedua yang berkuasa dalam WCC.
Desmond adalah anak kepada Alice Wong adik Tan Sri Dato' Wong. Sebelum mengetahui tentang kewujudan anak Vivyana Wong, Tan Sri Wong beranggapan bahawa sebagai satu-satunya anak saudaranya ada hanya Desmond sahaja calon yang paling layak sebagai pewarisnya. Berita yang diterimanya tentang kewujudan anak perempuan Vivyana mula mengubah pendirian Tan Sri Dato' Wong untuk mengubah wasiatnya. Penyesalan dan rasa bersalah menjadi pendorong utama untuk Tan Sri Dato' Wong menjejaki cucunya.
Hampir sebulan orang-orang Desmond menyiasat tentang perkara tersebut namun tiada sebarang maklumat yang boleh memuaskan hatinya. Tan Sri Dato' Wong tidak pernah menghebahkan apa-apa tentang kewujudan cucunya. Desmond juga beberapa kali berkunjung ke kediaman Tan Sri Dato' Wong dengan alasan kononnya untuk menziarahi Puan Sri Datin Lissa yang sudah lama tidak didengar khabar beritanya. Desmond ingin menyiasat sendiri sekiranya cucu perempuan Tan Sri Dato'Wong benar-benar wujud.
Tapi malangnya sepanjang berada di kediaman Tan Sri Dato' Wong, Desmond tidak ternampak kelibat mana-mana perempuan yang dicarinya. Puan Sri Datin Lissa juga tidak pernah menyebut atau menyentuh cerita tentang cucunya.
"Kalau benar-benar wujud bos nak buat apa?" tanya Shawn sambil memandang Desmond menunggu jawapan lelaki itu.
"I tak suka ada orang yang menghalang jalan I" Shawn faham maksud Desmond.
"Dengan cara yang sama" tanya Shawn lagi.
"Tengoklah nanti macam mana sebab kita belum kenal lagi siapa perempuan tu, you siasat dulu perkara ni betul-betul" tambah Desmond lagi. Sejak kebelakangan ini banyak tindakan Tan Sri Dato' Wong di luar jangkaannya. Jalinan kerjasama perniagaan dengan sebuah syarikat bumiputera turut membuatkan Desmond keliru. Namun sebagai seorang pemegang saham terbesar justeru pemilik WCC, Desmond tidak mampu membantah. Demi menjaga hati dan kepentingannya dalam WCC dan kedudukan dalam wasiat Tan Sri Dato' Wong, Desmond terpaksa menukar watak dalam lakonannya sebagai penyokong dan orang kuat Tan Sri Dato' Wong. Desmond tidak mahu Tan Sri Dato' Wong tahu rahsia di sebalik kejadian kemalangan yang menyebabkan kematian Vivyana Wong adalah sebahagian daripada rancangannya untuk mengusai WCC dan kekayaaan Tan Sri Dato' Wong.
"Dady!" suara seorang kanak-kanak lelaki menegurnya sebaik sahaja dia melangkah masuk ke banglo mewah miliknya membuatkan Desmond tersenyum. Frankie, anak lelakinya yang berusia tiga tahun hasil perkahwinannya dengan Vivian seorang wanita keturunan serani berlari mendekatinya. Hampir 70 peratus wajah Frankie mewarisi wajah isterinya cuma kulitnya putih cerah mewarisi kulit Desmond dan ini yang menjadikan kanak-kanak lelaki itu akan menjadi seorang lelaki kacak bila dewasa kelak.
"Frankie sihat, mami mana?" tanya Desmond lalu memeluk dan mendukung Frankie.
"Dalam bilik, tidur" Desmond tersenyum mendengar jawapan Frankie. Desmond tahu keadaan kesihatan isterinya yang semakin buruk sejak kebelakangan ini. Lilian dikesan menghidap barah rahim selepas melahirkan Frankie. Desmond telah berusaha untuk merawat Lilian namun Lilian sendiri yang seperti tidak bersemangat untuk melawan dan merawat penyakitnya. Malah Lilian menolak apabila Desmond memujuknya untuk menjalani rawatan di luar negara.
"You macam mana?" Desmond mendekati isterinya yang terbaring di katil dalam bilik mereka.
"Makin teruk, I rasa I dah tak lama lagi. You baru sampai ke?" Desmond sedih mendengar jawapan isterinya namun dia menganggukkan kepalanya mendengar soalan isterinya.
"I ajak you pergi berubat ke luar negara you tak nak. Kenapa Li, I lebih dari mampu nak hantar you berubat ke mana pun you nak" Desmond mengelus perlahan rambut isterinya. Air matanya mula bergenangan di kelopak matanya melihat keadaan Lilian yang nampak kurus, pucat dan tidak bermaya.
"I tak nak guna wang ringgit you Des. I pun tak nak berjauhan dengan Frankie. I tahu peluang I untuk sembuh sekarang terlalu tipis" sahut Lilian dengan suara yang tersekat-sekat dan agak lemah.
"You belum cuba lagi tapi sudah menyerah kalah dan berputus asa. Keadaan you sekarang buatkan I dan Frankie bertambah risau". Ujarnya kembali sambil menatap mata isterinya.
"You tak payah risau dengan keadaan I. Tiba masanya I takkan menyusahkan you lagi. I cuma I minta satu saja dari you apabila datang masa tu. You janji dengan I jaga Frankie dan beri pendidikan yang baik padanya. Kalau you tak dapat menjaganya cari keluarga angkat yang baik-baik untuk menjaganya" Desmond tertunduk mendengar jawapan isterinya. Desmond tahu hati Lilian masih kecewa dan terluka setelah tahu siapa dirinya.
Sejak mengenali Lilian sehingga mereka mendirikan rumah tangga Desmond cuba merahsiakan siapa dirinya daripada pengetahuan Lilian. Lilian hanya mengetahui suaminya hanya seorang ahli perniagaan anak saudara Tan Sri Dato' Wong dan salah seorang yang terpenting di WCC. Namun ketika lima bulan mengandungkan Frankie segala rahsia tentang dirinya terbongkar dan diketahui oleh isterinya. Lilian tidak dapat menerima hakikat suaminya mengepalai satu sendiket pengedar dadah yang terbesar di Malaysia. Rahsia suaminya mempunyai perempuan simpanan juga sampai ke pengetahuannya. Faktor ini yang melemahkan semangat Lilian untuk meneruskan hidup. Kekayaan yang Desmond kecapi dari kegiatan haramnya dan janji-janji manis Desmond semuanya palsu. Sebahagian daripada sebab kenapa Lilian tidak mahu menggunakan wang ringgit Lilian untuk merawat penyakitnya.

Maafkanlah AkuWhere stories live. Discover now