Telefon bimbit Aryani yang asyik menerima panggilan masej membuatkan Puan Sharifah Ratnah menggelengkan kepala. Geram benar memikirkan perangai anak teruna tunggalnya itu. Kalau Aryani tidak membalasnya panggilan masuk akan kedengaran pula.
"Is ni asyik kacau Yani ni kenapa, dah tak da kerja lain ke nak buat" marah Puan Sharifah Ratnah tapi malangnya Syed Ismeth hanya tergelak di taliannya.
"Tulah mama, Is nak ikut tak bagi, kat mana sekarang? Is nak lunch sama" tanpa sedikitpun ambil hati dengan kata-kata mamanya. Puan Sharifah Ratnah terpaksa menyatakan lokasinya kepada anak terunanya kesayangannya itu.
"Is! Nak ke mana tu?" Syed Kazi menegurnya.
"I nak keluar lunch dengan buah hati kesayangan I" dahi Syed Kazi berkerut mendengar jawapan Syed Ismeth tapi kemudian Syed Kazi tergelak.
"Perempuan manakah yang malang sangat tu Is" tanya tanya Syed Kazi sambil bergurau.
"I yang akan malang kalau terlepas dia, ok I pergi dulu" Syed Kazi terpingga-pingga mendengar jawapan Syed Ismeth .
Syed Kazi tidak faham bagaimana cita rasa Syed Ismeth dalam memilih wanita. Kalau dilihat perempuan-perempuan yang mendampingi semuanya dari golongan yang sofisikated dan berkedudukan. Kalau golongan model dan artis-artis cantik yang glamour memang Syed Ismeth tidak pernah melayan. Yang jelasnya Syed Ismeth bukan yang suka mengejar tetapi ramai yang mengejarnya namun tidak pernah ada yang mampu menangkapnya.
Aryani tersenyum melihat kemunculan seorang lelaki kacak dengan langkah yang bergaya mendekati meja yang dirinya dan Puan Sharifah Ratnah sedang duduk menunggu pesanan.
"Hai sayang, mama! dah order ke?" tanya Syed Ismeth sambil tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di kerusi kosong sebelah Aryani.
"Dah, sahut Aryani dan Puan Sharifah Ratnah serentak" kedua mereka kemudian tergelak kecil.
"Is ke sini naik apa?" tanya mama Puan Sharifah Ratnah sambil memandang anaknya.
"Keretalah mama, kenapa?" hairan dengan soalan mamanya.
"Is guna jalan atas atau bawah?" Syed Ismeth tergelak mendengar soalan Puan Sharifah Ratnah. Dia faham maksud soalan mamanya.
"Mama tahulah kat sini ada buah hati yang sedang menunggu tapi keselamatan tu kena fikirkan jugak. Yani tak lari ke mana, mama ada sini tolong jagakan" leter Puan Sharifah Ratnah apabila Syed Ismeth tidak menjawab soalannya.
"Nanti tak merasa nikmat jadi suami Yani baru padan muka" tambah Puan Sharifah Ratnah lagi.
"Jangan cakap macam tu mama, sorry lain kali Is tak buat lagi. Is tak nak mati dulu mama, Is nak kahwin dengan Yani dan hidup dengan Yani sampai akhir hayat Is" balasnya sambil memandang Aryani di sebelahnya. Rindu pada wajah tunangnya walaupun baru beberapa jam terpisah.
"Tahu takut" sambung Puan Sharifah Ratnah sambil tersenyum. Ketibaan makanan yang dipesan membuatkan perbualan mereka terhenti.
"Lepas ni jangan ganggu mama dan Yani" sambil menikmati hidangan Puan Sharifah Ratnah menyambung perbualannya.
"Kenapa?" tanya Syed Ismeth seperti budak bodoh.
"Dekat spa mama, mama nak buat treatment untuk bakal menantu mama ni jadi mana ada masa untuk bermasej dan jawab cal masa tu" Syed Ismeth tergelak mendengar penjelasan mama ni.
"Berapa lama tu mama?" Syed Ismeth giat dan seronok mengusik mamanya.
"Empat jam" balas Puan Sharifah Ratnah pantas.
"Fu yoo lama tu, kenapa lama sangat mama" soalnya sambil menjerling Aryani di sebelahnya. Gadis itu bersahaja menikmati makanannya. Tidak pula menyampuk perbualan kedua beranak itu.
"Biasa kalau special pakej. Tak payah cal malam nanti jumpa di rumah" balas Puan Sharifah Ratnah sambil mengenyitkan matanya memandang Aryani. Aryani kemudian membalasnya dengan senyuman.
"Kejamlah mama ni, sampai hati mama seksa Is sampai macam tu sekali" Aryani dan Puan Sharifah Ratnah akhirnya tidak dapat menahan gelaknya. Lakonan wajah sedih Syed Ismeth langsung tidak mendatangkan kesan.
"Tengok muka budak tu Yani, ceh..ceh! Nak minta kesihanlah tu, no way. Jangan harap!" jawapan Puan Sharifah Ratnah membuatkan Syed Ismeth membutangkan matanya. Aryani tergelak melihat wajah tunangnya yang bagai budak kecil yang sedang dimarah oleh mamanya.
"Sayang! Jahatlah mama tu, sampai hati dia pisahkan kita"
"Awak ni macam budak kecil ni kenapa? Malam nanti kita jumpa ya" Aryani akhirnya bersuara membuatkan Syed Ismeth tersenyum.
"Malam nanti saya nak bawa awak keluar dinner"
"Mama ikut sekali ya" tanya Aryani sambil memandang wajah Puan Sharifah Ratnah. Wanita itu menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
"Yani pergilah berdua dengan Is. Mama nak berehat di rumah temankan datuk Is".
Syed Ismeth seronok melihat kemesraan yang begitu cepat terjalin antara Aryani dan mamanya. Mamanya menerima Aryani dengan begitu baik malah kasih dan perhatian yang diberikan bagaikan kasih orang ibu kandung kepada anaknya. Aryani juga pandai mengambil hati dan tidak kekok melayan mamanya.
"Esok Is mesti ambil cuti separuh hari, bawa Yani pergi cuba baju pengantin. Tadi mereka sms tanya mama bila Is nak datang cuba baju, kebetulan Yani ada baik datang berdua" Syed Ismeth mengangguk mendengar kata-kata mamanya.
"Esok tak ada masalah, lusa Is ada big seminar di Putra Jaya. Kena bawa setiausaha sekali harap-haraplah Fatima tak ada masalah hendak pergi" teringatkan setiausahanya yang sedang sarat menunggu masa hendak bersalin.
"Kenapa dengan Fatima?" tanya Puan Sharifah Ratnah yang memang mengenali Fatima setiausaha anaknya.
"Tunggu masa untuk bersalin. Saya dah benarkan dia bercuti tapi dia nak juga datang kerja. Harap-harap Fatima bersalin selepas habis seminar tu" Puan Sharifah Ratnah dan Aryani hanya menjadi pendengar apabila Syed Ismeth bercerita tentang Fatima.
"Ok sayang saya pergi dulu, nanti kalau dah selesai nanti jangan lupa masej saya" Aryani mengangguk kemudian membalas senyuman tunangnya.
"Awak, jaga diri assalammualaikum"
"Waalaikummusalam my love, take care" ucapnya sambil tangannya pantas mencuit hidung Aryani. Selepas mencium tangan Puan Sharifah Ratnah, Syed Ismeth terus berlalu pergi untuk kembali semula ke pejabatnya.
YOU ARE READING
Maafkanlah Aku
RomanceRose Aryani begitu terluka dan kecewa setelah mendengar seorang wanita mengakui sebagai kekasih suaminya. Aryani yang merasa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan akhirnya tidak lagi mampu untuk bertahan. Aryani akhirnya pergi membawa diri untuk me...